Akta Akuan Berkanun 1960 (Disemak 2016)

Akta Akuan Berkanun 1960 (2016)
dikarang oleh Parlimen Malaysia
4074Akta Akuan Berkanun 19602016Parlimen Malaysia

Jata Malaysia


UNDANG-UNDANG
MALAYSIA


Akta 783


AKTA AKUAN BERKANUN 1960

(Disemak―2016)


DISEMAK OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
2016

AKTA AKUAN BERKANUN 1960

Disemak sehingga
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
1 November 2016
Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
17 November 2016
Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
17 November 2016
Naskhah bahasa kebangsaan ialah naskhah sahih
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
P.U. (B) 1971994

Pertama kali diperbuat dalam tahun 1960 sebagai Akta No. 20 tahun 1960

SEMAKAN TERDAHULU

Semakan Pertama
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
1969 (Akta No. 13 m.b.p. 14 April 1970)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 783

AKTA AKUAN BERKANUN 1960


SUSUNAN SEKSYEN


Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Borang akuan
3. Akuan palsu boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan
4. Fi
5. Sebutan dalam undang-undang persekutuan Sabah dan Sarawak mengenai undang-undang yang dimansuhkan
JADUAL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 783

AKTA AKUAN BERKANUN 1960

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi membuat dan mengambil akuan berkanun dan bagi maksud yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

[Semenanjung Malaysia —1 Jun 1961, L.N. 154/1961;
Sabah dan Sarawak—1 Januari 1969, P.U. 488/1968]

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Akuan Berkanun 1960.

Borang akuan

2. Mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah, atau, tertakluk kepada seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 [Akta 115], mana-mana notari awam yang dilantik di bawah Akta Notari Awam 1959, boleh mengambil dan menerima akuan mana-mana orang yang membuat akuan itu dengan sukarela dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris mengikut borang dalam Jadual.

Akuan palsu boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan

3. Akuan yang dibuat menurut kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai akuan yang disebut dalam seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan [Akta 574].

Fi

4. Seseorang yang membuat apa-apa akuan menurut kuasa Akta ini hendaklah membayar kepada pegawai atau Pesuruhjaya yang mengambil akuan itu apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Sebutan dalam undang-undang persekutuan Sabah dan Sarawak mengenai undang-undang yang dimansuhkan

5. Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang persekutuan yang berkuat kuasa di Sabah mengenai Ordinan Akuan Berkanun Sabah [Bab 138] dan apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang persekutuan yang berkuat kuasa di Sarawak mengenai Ordinan Akuan Berkanun Sarawak [Bab 52] atau mengenai Akta Akuan Berkanun 1835 [5 dan 6 Wm. IV, C. 62], United Kingdom, hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai Akta ini.


Jadual

[Seksyen 2]

Dalam bahasa Melayu

BORANG AKUAN

Saya, dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa akuan ini adalah benar, dan menurut kuasa peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas di di dalam Negeri pada , 20.

Di hadapan saya,

(Tandatangan Hakim
Mahkamah Sesyen, Majistret,
Pesuruhjaya Sumpah
atau notari awam)

Dalam bahasa Inggeris

FORM OF DECLARATION

I, do solemnly and sincerely declare that and I make this solemn declaration conscientiously believing the declaration to be true, and by virtue of the Statutory Declarations Act 1960.


Subscribed and solemnly declared by the abovenamed at in the State of this , 20.

Before me,

(Signature of Sessions Court Judge
Magistrate, Commisioner
for Oaths or notary public)



UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 783

AKTA AKUAN BERKANUN 1960

(Disemak—2016)

Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
P.U. 488/1968 Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Akuan Berkanun) (Pengubahsuaian dan Peluasan ke Negeri-Negeri Borneo) 1968 28-11-1968

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIAN-BAHAGIANNYA YANG DIGANTIKAN

No. Tajuk
Akta 13 Akta Akuan Berkanun 1960

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 783

AKTA AKUAN BERKANUN 1960

(Disemak—2016)

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA


Seksyen Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari

-TIADA-


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 783

AKTA AKUAN BERKANUN 1960

(Disemak—2016)

SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 [AKTA 1]


Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda
seksyen 2 1. Perkataan “Mana-mana” menggantikan “Sah bagi” perenggan 6(1)(xxi)
2. Tanda koma selepas perkataan “Majistret” ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi)
3. Perkataan “atau” dimasukkan sebelum perkataan “Pesuruhjaya” perenggan 6(1)(iii) dan (xxiv)
4. Perkataan “bagi” dimasukkan sebelum perkataan “mana-mana” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi)
5. Perkataan “boleh” dimasukkan sebelum perkataan “mengambil” perenggan 6(1)(xxi)
seksyen 3 Perkataan “kuasa” menggantikan “peruntukan” perenggan 6(1)(xxi)
seksyen 4 1. Perkataan “kuasa” menggantikan “peruntukan” perenggan 6(1)(xxi)
2. Perkataan “sebagaimana” selepas perkataan “fi” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi)
3. Perkataan “dari semasa ke semasa” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi)
Jadual dalam bahasa Melayu 1. Perkataan “bahasa” menggantikan “Bahasa” perenggan 6(1)(iii) dan (xxiv)
2. Perkataan “sesungguhnya” menggantikan “sesungguh” perenggan 6(1)(xxi)
3. Perkataan “dan” menggantikan “serta” perenggan 6(1)(xxi)
4. Perkataan “dalam” dimasukkan selepas perkataan “di” perenggan 6(1)(iii)

5. Tanda koma dimasukkan selepas perkataan “Majistret” perenggan 6(1)(xvi)
6. Perkataan “atau” selepas perkataan “Majistret” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi)
7. Perkataan “atau notari awam” dimasukkan selepas perkataan “Pesuruhjaya Sumpah” perenggan 6(1)(iii)
Jadual dalam bahasa Inggeris 1. Perkataan “bahasa” menggantikan “Bahasa” perenggan 6(1)(iii) dan (xxiv)
2. Perkataan “declaration” menggantikan “same” perenggan 6(1)(xxi)
3. Perkataan “the provisions of” ditinggalkan perenggan 6(1)(iii) dan (xxi)
4. Tanda koma dimasukkan selepas perkataan “Magistrate” perenggan 6(1)(xvi)
5. Perkataan “or” selepas perkataan “Magistrate” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi)
6. Perkataan “or notary public” dimasukkan selepas perkataan “Commissioner for Oaths” perenggan 6(1)(iii)