Akta Hak Cipta 1987

11Akta Hak Cipta 19871987Parlimen Malaysia
Jata Malaysia


UNDANG-UNDANG
MALAYSIA


________
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
________


Akta 332



AKTA HAK CIPTA 1987
Sebagaimana pada 1 Julai 2012

AKTA HAK CIPTA 1987


Tarikh Perkenan Diraja … … … 30 April 1987

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 21 Mei 1987

Kali terakhir dipinda melalui
Akta A1420 yang mula
berkuat kuasa pada … … … 1 Mac 2012



CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Pertama… … … … 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 332

AKTA HAK CIPTA 1987

______________

SUSUSNAN SEKSYEN

______________

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

  1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
  2. Takat pemakaian
  3. Tafsiran
  4. Penerbitan
  5. Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal

BAHAGIAN II

PERUNTUKAN AM

6. Tiada hak cipta kecuali menurut kuasa Akta ini

7. Karya yang layak mendapat hak cipta

8. Karya terbitan

9. Hak cipta dalam edisi karya diterbitkan

10. Kelayakan bagi perlindungan

10A. Kelayakan bagi perlindungan pelaku

11. Hak cipta mengenai karya Kerajaan, pertubuhan Kerajaan dan badan antarabangsa

12. Pentadbiran hak cipta Kerajaan

BAHAGIAN III

KUASA DAN JANGKA MASA HAK CIPTA

13. Kuasa hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni, filem dan rakaman bunyi Seksyen

13A. Dokumen reka bentuk dan model

13B. Kesan pengeksploitan reka bentuk yang diterbitkan daripada karya seni

13C. (Dipotong)

14. Kuasa hak cipta mengenai karya seni bina

15. Kuasa hak cipta mengenai siaran

16. Penyiaran karya yang dimuatkan dalam filem

16A. Kuasa hak pelaku

16B. Saraan saksama

17. Jangka masa hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni

18. Jangka masa hak cipta mengenai edisi diterbitkan

19. Jangka masa hak cipta mengenai rakaman bunyi

20. Jangka masa hak cipta mengenai siaran

21. (Dipotong)

22. Jangka masa hak cipta mengenai filem

23. Jangka masa hak cipta mengenai karya Kerajaan, pertubuhan Kerajaan dan badan antarabangsa

23A. Jangka masa hak pelaku

23B. Jangka masa saraan saksama

24. (Dipotong)

25. Hak moral

25A. Hak moral pelaku

BAHAGIAN IV

PEMUNYAAN DAN PENYERAHHAKAN HAK CIPTA

26. Pemunyaan pertama hak cipta

26A. Pemberitahuan sukarela hak cipta

26B. Daftar Hak Cipta

26C. Pindaan kepada Daftar Hak Cipta

27. Penyerahhakan, lesen dan pemberian berwasiat

BAHAGIAN IVA

PELESENAN HAK CIPTA

Seksyen

27A. Badan Pelesenan

27AA. Skim pelesenan yang kepadanya seksyen 27B hingga 27G terpakai

27B. Rujukan skim pelesenan yang dicadangkan kepada Tribunal

27C. Rujukan skim pelesenan kepada Tribunal

27D. Rujukan lanjut skim pelesenan kepada Tribunal

27E. Permohonan bagi pemberian lesen berkaitan dengan skim pelesenan

27F. Permohonan bagi kajian semula perintah tentang hak untuk mendapat lesen

27G. Kesan perintah Tribunal tentang skim pelesenan

27H. Lesen yang kepadanya seksyen 27I hingga 27L terpakai

27I. Rujukan kepada Tribunal tentang terma lesen yang dicadangkan

27J. Rujukan kepada Tribunal tentang lesen yang akan habis tempoh

27K. Permohonan bagi kajian semula perintah tentang lesen

27L. Kesan perintah Tribunal tentang lesen

BAHAGIAN V

TRIBUNAL HAK CIPTA

28. Penubuhan dan kuasa Tribunal Hak Cipta

29. Pelantikan Pengerusi dan anggota Tribunal

30. Prosiding di hadapan Tribunal

30A. Rujukan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Tinggi

31. Lesen untuk mengeluar dan menerbitkan terjemahan

32. (Dipotong)

33. Tribunal boleh meminta maklumat

34. Tiada tindakan terhadap Tribunal

35. Peraturan-peraturan mengenai Tribunal

BAHAGIAN VI

REMEDI BAGI PELANGGARAN DAN KESALAHAN

Seksyen

36. Pelanggaran

36A. Pemintasan langkah perlindungan teknologi

36B. Maklumat pengurusan hak

37. Tindakan pemunya hak cipta dan relif

38. Prosiding dalam hal hak cipta yang tertakluk kepada lesen eksklusif

39. Sekatan ke atas pengimportan salinan langgaran

39A. Pemakaian seksyen 36, 37, 38 dan 39 bagi hak pelaku

40. Salinan sokong program komputer

41. Kesalahan

41A. Pengkompaunan kesalahan

42. Afidavit boleh diterima dalam keterangan

43. Penalti

BAHAGIAN VIA

ANTIRAKAMAN KAMERA

43A. Kesalahan berhubungan dengan antirakaman kamera

BAHAGIAN VIB

PENGEHADAN TANGGUNGAN PEMBERI PERKHIDMATAN

43B. Tafsiran

43C. Pemancaran, penghalaan dan pengadaan penyambungan

43D. Sistem caching

43E. Storan dan peralatan lokasi maklumat

43F. Pengecualian pemberi perkhidmatan daripada tanggungan bagi penyingkiran salinan atau aktiviti lain daripada rangkaian

43G. Maklumat mengenai pemberi perkhidmatan

43H. Pemberitahuan oleh pemunya hak cipta dan kesannya

43I. Pembuat notis palsu melakukan kesalahan dan bertanggungan bagi ganti rugi

BAHAGIAN VII

PENGUATKUASAAN

Seksyen

44. Kemasukan dengan waran atau sebaliknya

45. Melangsungkan kemasukan, pemindahan dan penahanan

45A. Akses kepada data computer atau digital

46. Senarai barang-barang yang disita

47. Penyelakan barang-barang

48. Galangan terhadap carian, dsb.

49. Waran boleh diterima walaupun cacat, dsb.

50. Kuasa menyiasat

50A. Kuasa menangkap

50B. Kuasa untuk memintas komunikasi

51. Kebolehterimaan pernyataan

51A. Keterangan agent provocateur boleh diterima

52. Pendedahan maklumat

52A. Pemberian maklumat

53. Pemulaan pendakwaan

54. Perampasan artikel

55. Pemeriksaan berkadar artikel yang disita diterima

56. Melindungi pemberi maklumat daripada diketahui

57. Perlindungan bagi Penolong Pengawal dan pegawai polis

BAHAGIAN VIII

PELBAGAI

58. (Dipotong)

59. Peraturan-peraturan

59A. Peluasan pemakaian Akta

59B. Kuasa Menteri untuk mengecualikan daripada takrif "siaran"

60. Kecualian

61. Pemansuhan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 332

AKTA HAK CIPTA 1987

Suatu Akta bagi membuat peruntukan yang lebih baik dalam undang-undang berhubungan dengan hak cipta dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.

[1 Disember 1987, P.U. (B) 586/1987]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hak Cipta 1987 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

(2) Akta ini terpakai di seluruh Malaysia.

Takat pemakaian

2. (1) Tertakluk kepada seksyen ini dan seksyen 59A dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 59A, Akta ini hendaklah terpakai berhubungan dengan karya yang dibuat sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya yang dibuat selepas mula berkuat kuasanya Akta ini:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghidupkan semula mana-mana hak cipta yang telah tamat tempohnya sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini.

(2) Jika hanya disebabkan oleh subseksyen (1) hak cipta wujud dalam karya yang telah dibuat sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, tiada apa-apa jua yang dilakukan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini boleh dikira sebagai telah melanggar hak cipta itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini, sesuatu karya yang pembuatannya berlanjutan hingga suatu tempoh masa tidaklah boleh disifatkan sebagai telah dibuat sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini melainkan jika pembuatan karya itu disempurnakan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini.

Tafsiran

3. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"badan pelesenan" ertinya suatu persatuan atau pertubuhan yang diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan di bawah seksyen 27A;

"bangunan" termasuklah apa-apa binaan tetap, dan sebahagian daripada bangunan atau binaan tetap;

"bentuk bahan", berhubungan dengan suatu karya atau suatu karya terbitan, termasuklah apa-apa bentuk penyimpanan (sama ada boleh dilihat atau tidak) yang daripadanya karya atau karya terbitan itu, atau sebahagian besar daripada karya atau karya terbitan itu, boleh dikeluarkan semula;

"filem" ertinya apa-apa penetapan suatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa perihalan, sama ada lut cahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan—

(a) ditunjukkan sebagai gambar bergerak; atau (b) dirakamkan pada bahan-bahan lain, sama ada lut cahaya atau tidak supaya dengan menggunakan bahan itu ia boleh ditunjukkan sedemikian,

dan termasuklah bunyi yang terkandung dalam sesuatu runut bunyi yang berkaitan dengan suatu filem;

"fotograf" ertinya suatu perekodan cahaya atau sinaran lain pada apa-apa bahantara yang padanya suatu imej dihasilkan atau yang daripadanya suatu imej boleh dengan apa-apa cara dihasilkan, dan yang bukan sebahagian filem;

"hak cipta" ertinya hak cipta di bawah Akta ini;

"hak cipta masa depan" ertinya hak cipta yang akan atau mungkin wujud berkenaan dengan apa-apa karya atau kelas karya atau hal perkara lain masa depan, atau apabila mana-mana peruntukan Akta ini mula berkuat kuasa, atau dalam sesuatu peristiwa di masa depan;

"hak pelaku" ertinya hak pelaku di bawah Akta ini;

"hari berkaitan" ertinya Hari Merdeka berkenaan dengan Malaysia Barat dan Hari Malaysia berkenaan dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan;

"institusi pelajaran" hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pelajaran 1961;

"karya muzik" ertinya apa-apa karya muzik, dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik;

"karya ciptaan bersama" ertinya karya yang dikeluarkan dengan kerjasama dua orang pencipta atau lebih dalam mana sumbangan tiap-tiap seorang pencipta itu tidak boleh terpisah daripada sumbangan pencipta atau pencipta-pencipta lain itu;

"karya grafik" termasuklah—

(a) apa-apa lukisan cat, lukisan, rajah, peta, carta atau pelan; dan (b) apa-apa ukir pahat, ecing, litograf, ukir kayu atau karya seumpamanya;

"karya sastera" termasuklah—

(a) novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lain;

(b) lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomim;

(c) treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;

(d) ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;

(e) surat, laporan dan memorandum;

(f) syarahan, ucapan, khutbah dan karya lain yang sama sifatnya;

(g) jadual atau penyusunan, sama ada atau tidak dinyatakan dalam perkataan, angka atau simbol dan sama ada atau tidak dalam bentuk yang tampak; dan

(h) program komputer,

tetapi tidak termasuk teks rasmi Kerajaan atau badan berkanun, yang bersifat perundangan atau peraturan, atau keputusan kehakiman, atau ucapan politik dan debat politik, atau ucapan yang diberikan dalam perjalanan prosiding undang-undang, dan terjemahan rasminya;

"karya seni" ertinya—

(a) karya grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj, tanpa mengira kualiti seni;

(b) karya seni bina dalam bentuk bangunan atau model bagi bangunan; atau

(c) karya pertukangan seni,

tetapi tidak termasuk reka bentuk susun atur mengikut pengertian Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 [Akta 601];

"karya terbitan" ertinya karya yang disebut dalam perenggan 8(1)(a) dan (b); "Kerajaan" ertinya Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri;

"langkah perlindungan teknologi" ertinya apa-apa teknologi, alat atau komponen yang, dalam pengendalian biasanya, menghalang atau mengehad secara berkesan pelakuan apa-apa perbuatan yang mengakibatkan suatu pelanggaran hak cipta mengenai sesuatu karya;

"lesen" ertinya lesen yang diberi dengan sahnya secara bertulis,myang membenarkan perlakuan sesuatu perbuatan yang dikawal oleh hak cipta;

"manuskrip", berhubungan dengan sesuatu karya, ertinya dokumen asal yang mengandungi karya itu, sama ada ditulis dengan tangan atau tidak;

"Menteri" ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek;

"orang berkelayakan",—

(a) berhubungan dengan seseorang individu, ertinya seseorang warganegara Malaysia, atau seseorang pemastautin tetap di Malaysia; dan

(b) berhubungan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan, ertinya pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di Malaysia dan diperbadankan atau diberikan keperibadian undang-undang di bawah undang-undang Malaysia;

"pelaku" ertinya seorang pelakon, penyanyi, pemuzik, penari atau mana-mana orang yang berlakon, menyanyi, menyampaikan, mendeklamasi, memainkan, menginterpretasi, atau selainnya membuat suatu persembahan;

"pencipta"—

(a) berhubungan dengan karya sastera, ertinya penulis atau pembuat karya itu;

(b) berhubungan dengan karya muzik, ertinya penggubah; (c) berhubungan dengan karya seni selain daripada fotografi, ertinya seniman;

(d) berhubungan dengan fotograf, ertinya orang yang olehnya perkiraan untuk mengambil fotograf itu dibuat;

(e) berhubungan dengan filem atau rakaman bunyi, ertinya orang yang olehnya perkiraan untuk membuat filem atau rakaman itu dibuat;

(f) berhubungan dengan siaran yang dipancarkan dari dalam mana-mana negara, ertinya—

(i) orang yang memancarkan rancangan itu, jika dia bertanggungjawab bagi pemilihan kandungannya; atau

(ii) mana-mana orang yang mengadakan rancangan itu yang membuat perkiraan yang perlu dengan orang yang memancarkannya untuk pemancarannya;

(g) berhubungan dengan apa-apa hal lain, ertinya orang yang membuat karya itu;

"penetapan" ertinya pergandungan bunyi, gambaran atau keduaduanya dalam bentuk bahan yang cukup kekal atau tetap untuk membolehkan bunyi, gambaran atau kedua-duanya, atau perlambangannya didengar atau dilihat, dikeluarkan semula atau selainnya disampaikan sepanjang tempoh lebih daripada jangka masa sementara dengan menggunakan suatu alat;

"Pengawal" ertinya Pengawal Hak Cipta yang ditetapkan dalam subseksyen 5(1);

"pengeluaran semula" ertinya pembuatan satu salinan atau lebih sesuatu karya dalam apa-apa bentuk atau versi, dan berhubungan dengan suatu karya seni termasuklah pembuatan salinan suatu karya dua dimensi dalam tiga dimensi dan pembuatan salinan suatu karya tiga dimensi dalam dua dimensi, dan "mengeluarkan semula" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

"penyampaian kepada orang awam" ertinya pemancaran sesuatu karya atau persembahan melalui cara wayar atau wayarles kepada orang awam, termasuk menjadikan sesuatu karya atau persembahan itu tersedia kepada orang awam dengan cara yang melaluinya orang awam itu boleh mendapatkan akses kepada karya atau persembahan itu dari suatu tempat dan pada masa yang masing-masing dipilih oleh mereka;

"Penolong Pengawal" ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Penolong Pengawal di bawah subseksyen 5(2) atau (3);

"penyesuaian" termasuklah mana-mana yang berikut, iaitu—

(a) berhubungan dengan sesuatu karya sastera, suatu versi karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya itu ditukar menjadi karya drama;

(b) berhubungan dengan sesuatu karya drama, suatu versi karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya itu ditukar menjadi karya sastera;

(c) berhubungan dengan sesuatu karya sastera atau karya drama—

(i) suatu terjemahan karya itu;

(ii) suatu versi karya itu dalam mana cerita atau gerak geri disampaikan keseluruhannya atau sebahagian besarnya melalui gambar dalam suatu bentuk yang sesuai untuk pengeluaran semula dalam buku, surat khabar, majalah, atau majalah berkala yang seumpamanya;

(d) berhubungan dengan sesuatu karya sastera dalam bentuk program komputer, suatu versi karya itu, sama ada dalam bahasa, kod atau tatatanda dalam mana karya itu dilahirkan pada asalnya yang bukannya suatu pengeluaran semula karya itu;

(e) berhubungan dengan sesuatu karya muzik, suatu gubahan atau transkripsi karya itu;

(f) berhubungan dengan sesuatu karya sastera atau seni, suatu versi karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya itu ditukar menjadi filem; "Perbadanan" ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 [Akta 617];

"perkhidmatan penyiaran" ertinya mana-mana perkhidmatan siaran radio atau televisyen yang dikendalikan di bawah arahan dan kawalan am atau di bawah lesen Kerajaan di mana-mana bahagian Malaysia;

"persembahan"—

(a) termasuklah—

(i) persembahan karya drama, atau sebahagian daripada karya itu, termasuk sesuatu persembahan sedemikian yang dibuat dengan menggunakan boneka, atau persembahan karya drama yang dibuat secara spontan;

(ii) persembahan karya muzik atau sebahagian daripada karya itu, atau persembahan karya muzik yang dibuat secara spontan;

(iii) pembacaan, pengucapan atau penyampaian karya sastera, atau sebahagian daripada karya itu, atau pembacaan, pengucapan atau penyampaian karya sastera yang dibuat secara spontan;

(iv) persembahan tarian;

(v) persembahan lakonan sarkas atau lakonan aneka ragam atau apa-apa tontonan atau pertunjukan seumpamanya; atau

(vi) persembahan berhubungan dengan pengungkapan cerita rakyat,

yang disampaikan secara langsung oleh seorang atau lebih di Malaysia, sama ada di hadapan penonton atau selainnya; tetapi

(b) tidak termasuk—

(i) apa-apa pembacaan, pengucapan atau penyampaian apa-apa bahan berita atau maklumat; (ii) apa-apa persembahan sesuatu aktiviti sukan; atau

(iii) penyertaan dalam sesuatu persembahan oleh penonton;

"premis" ertinya apa-apa tempat, yang tidak bergerak atau sebaliknya, yang ditubuhkan atau didirikan oleh mana-mana orang, sama ada tempat itu dengan atau tanpa kepungan, dan termasuklah juga kenderaan, kapal udara, kapal dan apa-apa vesel lain;

'program komputer" ertinya suatu ungkapan, dalam apa-apa bahasa, kod atau tatatanda bagi suatu set arahan (sama ada dengan atau tanpa maklumat berkaitan) dengan niat untuk menyebabkan suatu alat yang mempunyai kebolehan pemprosesan maklumat untuk melakukan suatu fungsi tertentu sama ada secara langsung atau selepas salah satu atau kedua-dua perkara berikut:

(a) penukaran ke bahasa, kod atau tatatanda lain;

(b) pengeluaran semula dalam bentuk bahan yang lain;

"rakaman" ertinya rakaman bunyi atau filem, selain sesuatu rakaman yang dibuat di bawah subseksyen 16A(3);

"rakaman bunyi" ertinya apa-apa penetapan siri bunyi atau suatu perlambangan bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem; "salinan" ertinya pengeluaran semula sesuatu karya dalam bentuk tulisan, dalam bentuk rakaman atau filem, atau dalam apa-apa bentuk bahan lain;

"salinan" ertinya pengeluaran semula sesuatu karya dalam bentuk tulisan, dalam bentuk rakaman atau filem, atau dalam apa-apa bentuk bahan lain;

"salinan langgaran"—

(a) berhubungan dengan hak cipta, ertinya apa-apa pengeluaran semula apa-apa karya yang layak mendapat hak cipta di bawah Akta ini yang pembuatannya menjadi suatu pelanggaran hak cipta mengenai karya itu atau, dalam hal apa-apa artikel yang diimport ke dalam Malaysia tanpa persetujuan pemunya hak cipta, yang pembuatannya dijalankan tanpa persetujuan pemunya hak cipta itu; dan (b) berhubungan dengan hak pelaku, ertinya apa-apa pengeluaran semula apa-apa rakaman sesuatu persembahan, yang pembuatannya menjadi suatu pelanggaran hak pelaku atau, dalam hal apa-apa rakaman yang diimport ke dalam Malaysia tanpa persetujuan pelakunya, yang pembuatannya dijalankan tanpa persetujuan pelaku itu;

"seni ukir" termasuklah suatu acuan atau model yang dibuat bagi maksud sesuatu seni ukir;

"siaran" ertinya pemancaran, melalui cara wayar atau wayarles, akan imej tampak, bunyi atau maklumat yang lain yang—

(a) boleh diterima dengan sahnya oleh orang awam; atau

(b) dipancarkan bagi persembahan kepada orang awam,

dan termasuklah pemancaran isyarat penyulitan jika cara untuk penyahsulitan disediakan kepada orang awam oleh perkhidmatan penyiaran atau dengan persetujuannya;

"siaran semula" ertinya siaran serentak atau siaran kemudian oleh satu perkhidmatan penyiaran akan siaran suatu perkhidmatan penyiaran lain, sama ada terletak dalam Malaysia atau di luar negeri, dan termasuklah penyebaran siaran itu melalui wayar, dan "penyiaran semula" hendaklah ditafsirkan sewajarnya;

"skim pelesenan" ertinya suatu skim (termasuk apa-apa jua yang bersifat seperti suatu skim, sama ada diperihalkan sebagai suatu skim atau sebagai suatu tarif atau dengan apa-apa nama lain) yang menyatakan—

(a) kelas hal yang dalamnya pengendali skim itu, atau orang yang bagi pihaknya pengendali itu bertindak, bersedia memberi lesen hak cipta; dan

(b) terma yang atasnya lesen akan diberi dalam kelas kes itu;

"tarikh yang ditetapkan" mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002; "Timbalan Pengawal" ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pengawal di bawah subseksyen 5(2) atau (3);

"Tribunal" ertinya Tribunal Hak Cipta yang ditubuhkan di bawah seksyen 28; dan

"warganegara" termasuklah seseorang yang, sekiranya dia masih hidup pada hari berkaitan, adalah layak menjadi warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Penerbitan

4. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, bagi maksud Akta ini—

(a) sesuatu karya sastera, muzik atau seni atau sesuatu edisi karya tersebut, hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu atau beberapa salinan karya itu telah disediakan dengan persetujuan penciptanya atau mana-mana orang yang secara sah menuntut di bawah nama penciptanya dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah, sama ada melalui jualan atau sebaliknya;

(b) sesuatu filem hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu atau beberapa salinan filem itu telah dijual, disewakan atau ditawarkan atau didedahkan untuk jualan atau sewaan dengan persetujuan penciptanya atau manamana orang yang secara sah menuntut di bawah nama penciptanya dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah;

(c) sesuatu rakaman bunyi hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu atau beberapa salinan rakaman bunyi itu telah disediakan dengan persetujuan penciptanya atau mana-mana orang yang secara sah menuntut di bawah nama penciptanya dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah; dan

(d) suatu persembahan yang ditetapkan hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu salinan atau salinan-salinan persembahan yang ditetapkan itu telah disediakan dengan persetujuan pelaku dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah.

(2) Bagi maksud Akta ini, pertunjukan sesuatu karya sastera atau muzik dan pameran sesuatu karya seni tidak boleh dikira sebagai suatu penerbitan karya tersebut.

(3) Bagi maksud Akta ini, sesuatu penerbitan hendaklah disifatkan sebagai penerbitan pertama di Malaysia jika—

(a) karya atau persembahan itu mula-mulanya diterbitkan di Malaysia dan bukannya di tempat lain; atau

(b) karya atau persembahan itu mula-mulanya diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan di Malaysia dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan di tempat lain itu.

(4) Jika pada mulanya hanya sebahagian sahaja daripada sesuatu karya atau persembahan diterbitkan, maka bahagian itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai suatu karya berasingan atau persembahan berasingan, mengikut mana-mana yang berkenaan.


Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal

5. (1) Ketua Pengarah Perbadanan hendaklah menjadi Pengawal Hak Cipta.

(2) Menteri boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, daripada kalangan mana-mana pegawai awam dan orang dalam penggajian Perbadanan, apa-apa bilangan *Timbalan Pengawal Hak Cipta, Penolong Pengawal Hak Cipta dan pegawai lain yang perlu bagi pentadbiran yang sepatutnya Akta ini, dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian atau disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen (3).


*CATATAN—Timbalan Pengawal Hak Cipta, Penolong Pengawal Hak Cipta dan pegawai lain yang dilantik oleh Perbadanan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen 5(2) Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332] ─lihat subseksyen 38(1) Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 [Akta A1420]. (3) Orang yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain di bawah Akta ini sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dilantik sebagai Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain sedemikian di bawah subseksyen (2).

(4) Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pengawal dan kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar dan tertakluk kepada seksyen 41A, seseorang Timbalan Pengawal atau seseorang Penolong Pengawal boleh menjalankan apa-apa fungsi Pengawal di bawah Akta ini, dan apa-apa jua yang ditetapkan atau diberi kuasa atau dikehendaki oleh Akta ini supaya dilakukan atau ditandatangani oleh Pengawal boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana Timbalan Pengawal atau Penolong Pengawal dan perbuatan atau tandatangan seseorang Timbalan Pengawal hendaklah sama sah dan kuat kuasanya seolah-olah telah dilakukan atau ditandatangani oleh Pengawal.

(5) Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong Pengawal di bawah Akta ini.

BAHAGIAN II

PERUNTUKAN AM

Tiada hak cipta kecuali menurut kuasa Akta ini

6. Tertakluk kepada Akta ini, tiada hak cipta boleh wujud kecuali menurut kuasa Akta ini.

Karya yang layak mendapat hak cipta

7. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, karya yang berikut adalah layak mendapat hak cipta:

(a) karya sastera;

(b) karya muzik;

(c) karya seni;

(d) filem;
(e) rakaman bunyi; dan
(f) siaran.

(2) Karya adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya itu dihasilkan.

(2A) Perlindungan hak cipta tidaklah meluas kepada apa-apa idea, tatacara, kaedah pengendalian atau konsep matematik sebagai sedemikian.

(3) Sesuatu karya sastera, muzik atau seni tidaklah layak mendapat hak cipta melainkan—

(a) usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; dan
(b) karya itu telah ditulis, direkod atau selainnya dijadikan dalam bentuk bahan.

(4) Sesuatu karya tidaklah hilang kelayakannya mendapat hak cipta semata-mata kerana pembuatan karya itu, atau perlakuan apaapa perbuatan berhubungan dengan karya itu melibatkan pelanggaran hak cipta dalam sesuatu karya lain.

(5) Hak cipta tidak boleh wujud di bawah Akta ini dalam apa-apa reka bentuk yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan reka bentuk perindustrian.

(6) (Dipotong oleh Akta A1420).

(7) Bagi maksud seksyen ini, "mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan reka bentuk perindustrian" termasuklah:

(a) Akta Reka Bentuk United Kingdom (Perlindungan) 1949 [Akta 214];
(b) Ordinan Reka Bentuk United Kingdom (Perlindungan) Sabah [Sabah Bab 152]; dan
(c) Ordinan Reka Bentuk (United Kingdom) Sarawak [Sarawak Bab 59]. Karya terbitan

8. (1) Karya terbitan berikut adalah dilindungi sepertimana karya asal:

(a) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya yang layak bagi hak cipta; dan
(b) koleksi karya yang layak bagi hak cipta, atau penyusunan

data semata-mata sama ada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin atau bentuk lain, yang menjadi suatu hasil ciptaan intelek oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya.

(2) Perlindungan karya yang tersebut dalam subseksyen (1) hendaklah tidak menjejaskan apa-apa perlindungan kepada karya yang tersedia wujud yang digunakan.


Hak cipta dalam edisi karya diterbitkan

9. (1) Hak cipta wujud, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, dalam setiap edisi diterbitkan bagi mana-mana satu atau lebih karya sastera, seni atau muzik sama ada dalam hal—

(a) penerbitan pertama edisi itu berlaku dalam Malaysia; atau
(b) penerbit edisi itu adalah orang berkelayakan pada tarikh penerbitan pertama itu:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai kepada suatu edisi yang mengeluarkan semula susunan tipografi edisi yang sebelumnya karya atau karya-karya yang sama.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, penerbit sesuatu edisi adalah berhak kepada hak cipta yang wujud dalam edisi itu menurut kuasa seksyen ini.

(3) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, perlakuan yang disekat oleh hak cipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini dalam suatu edisi ialah perbuatan mengeluarkan semula susunan tipografi edisi itu. (4) Pengeluaran semula susunan tipografi suatu edisi yang diterbitkan bagi apa-apa maksud termasuk penyelidikan, pengajian sendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan berita atau peristiwa semasa tidak melanggar hak cipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini jika pengeluaran semula itu bersesuaian dengan urusan yang wajar:

Dengan syarat bahawa jika pengeluaran semula itu diumumkan kepada awam ia hendaklah disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu dimasukkan secara sampingan dalam sesuatu siaran.

(5) Kerajaan, Arkib Negara, atau mana-mana Arkib Negeri, Perpustakaan Negara, atau mana-mana perpustakaan Negeri, atau mana-mana perpustakaan awam dan institusi pelajaran, sains atau profesional sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui perintah, boleh mengeluarkan semula susunan tipografi suatu edisi yang diterbitkan tanpa melanggar hak cipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini jika pengeluaran semula itu adalah demi kepentingan awam dan bersesuaian dengan urusan yang wajar dan peruntukan mana-mana peraturan.


Kelayakan bagi perlindungan

10. (1) Hak cipta wujud dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta yang mana pencipta atau dalam hal karya ciptaan bersama, mana-mana daripada pencipta itu adalah seorang orang berkelayakan semasa karya itu dibuat.

(2) Hak cipta juga wujud dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta dan yang—

(a) sebagai suatu karya sastera, muzik atau seni atau filem atau

rakaman bunyi adalah mula-mulanya diterbitkan di Malaysia;

(b) sebagai suatu karya seni bina adalah didirikan di Malaysia atau sebagai mana-mana karya seni lain adalah dimuatkan dalam suatu bangunan yang terletak di Malaysia;
(c) sebagai suatu siaran adalah dipancarkan dari Malaysia. (3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), hak cipta wujud,

tertakluk kepada Akta ini, dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta jika karya itu telah dibuat di Malaysia.


Kelayakan bagi perlindungan pelaku

10A. Hak pelaku hendaklah wujud dalam tiap-tiap persembahan yang pelakunya itu ialah—

(a) warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau
(b) bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tetapi persembahannya—
(i) diadakan di Malaysia;
(ii) telah digabungkan dalam rakaman bunyi yang dilindungi di bawah Akta ini; atau
(iii) belum lagi ditetapkan dalam rakaman bunyi tetapi termasuk dalam suatu siaran yang layak untuk dilindungi di bawah Akta ini.


Hak cipta mengenai karya Kerajaan, pertubuhan Kerajaan dan badan antarabangsa

11. (1) Hak cipta wujud bagi tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta dan yang dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan dan mana-mana pertubuhan Kerajaan atau badan antarabangsa sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah.

(2) Seksyen 10 tidaklah boleh dikira sebagai memberi hak cipta kepada karya yang kepadanya seksyen ini terpakai.


Pentadbiran hak cipta Kerajaan

12. Jika hak cipta bagi mana-mana karya adalah terletak hak pada Kerajaan, Kementerian atau Jabatan yang berkaitan dengan hak cipta itu hendaklah bertanggungjawab atas pentadbiran dan kawalan hak cipta tersebut bagi pihak Kerajaan: Dengan syarat bahawa Kementerian atau Jabatan berkenaan boleh memberi kuasa kepada Pengarah Arkib Negara untuk mentadbir dan mengawal hak cipta tersebut bagi pihak Kerajaan.

BAHAGIAN III

KUASA DAN JANGKA MASA HAK CIPTA

Kuasa hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni, filem dan rakaman bunyi

13. (1) Hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni, filem, rakaman bunyi atau karya terbitan adalah hak eksklusif bagi mengawal dalam Malaysia—

(a) pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan;
(aa) penyampaian kepada orang awam;
(b) pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam;
(c) (Dipotong oleh Akta A994);
(d) (Dipotong oleh Akta A994);
(e) pengedaran salinan kepada orang awam melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan secara lain; dan
(f) penyewaan secara komersial kepada orang awam,

keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk asal atau bentuk terbitan dengan syarat bahawa—

(A) hak eksklusif untuk mengawal pengedaran salinan hanya merujuk kepada perbuatan mengedarkan salinan yang tidak diedarkan di Malaysia sebelum ini dan tidak kepada mana-mana pengedaran kemudiannya salinan itu atau apaapa pengimportan kemudiannya salinan itu ke dalam Malaysia; dan
(B) hak eksklusif untuk mengawal penyewaan komersial berhubungan dengan filem hendaklah terpakai hanya apabila penyewaan komersial itu telah menyebabkan pembuatan salinan karya itu secara meluas sehingga mengurangkan hak eksklusif pengeluaran semula secara material.


(2) Walau apa pun subseksyen (1), hak mengawal di bawah subseksyen itu tidak termasuk hak untuk mengawal—

(a) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara urusan yang wajar termasuk bagi maksud penyelidikan, pengajian persendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan berita atau peristiwa semasa:
Dengan syarat bahawa ia disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu berkaitan dengan pelaporan berita atau peristiwa semasa dengan cara suatu rakaman bunyi, filem atau siaran, maka perakuan tidak diperlukan;
(b) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara parodi, pastic, atau karikatur;
(c) kemasukan dalam sesuatu filem atau siaran apa-apa karya seni yang terletak di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;
(d) pengeluaran semula dan pengedaran salinan apa-apa karya seni yang terletak dengan kekal di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;
(e) kemasukan secara sampingan sesuatu karya dalam sesuatu karya seni, rakaman bunyi, filem atau siaran;
(f) kemasukan sesuatu karya dalam sesuatu siaran, pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam, koleksi karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem, jika kemasukan sedemikian dibuat secara ilustrasi bagi maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar:

Dengan syarat bahawa sumbernya dan nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan itu disebut;

(ff) apa-apa penggunaan sesuatu karya bagi maksud sesuatu peperiksaan dengan cara menyediakan soalan, menyampaikan soalan kepada calon atau menjawab soalan:
Dengan syarat bahawa suatu salinan reprografik sesuatu karya muzik tidaklah boleh dibuat bagi penggunaan seseorang calon peperiksaan dalam mempertunjukkan karya itu;
(g) pengeluaran semula yang dibuat di sekolah, universiti atau institusi pendidikan mengenai sesuatu karya yang dimasukkan dalam sesuatu siaran untuk digunakan bagi sekolah, universiti atau institusi pelajaran itu;
(gg) pembuatan sesuatu rakaman bunyi bagi sesuatu siaran, atau sesuatu karya sastera, drama atau muzik, rakaman bunyi atau sesuatu filem yang termasuk dalam siaran setakat mana ia mengandungi bunyi jika rakaman bunyi sesuatu siaran itu adalah bagi kegunaan persendirian dan domestik oleh orang yang membuat rakaman bunyi itu;
(ggg) pembuatan sesuatu filem bagi sesuatu siaran, atau sesuatu karya sastera, seni, drama atau muzik atau sesuatu filem yang termasuk dalam siaran setakat mana ia mengandungi gambaran pandangan jika pembuatan sesuatu filem bagi siaran itu adalah bagi kegunaan persendirian dan domestik oleh orang yang membuat filem itu;
(gggg) perbuatan dan pengeluaran salinan bagi apa-apa karya ke dalam suatu format untuk memenuhi keperluan khas orang yang kurang penglihatan atau kurang pendengaran dan pengeluaran salinan itu kepada orang awam oleh badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan dan atas terma yang ditetapkan oleh Menteri;
(h) pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam atau dalam sesuatu siaran akan apa-apa cabutan yang munasabah dari karya sastera yang sudah diterbitkan jika disertai dengan perakuan yang mencukupi;
(i) apa-apa penggunaan sesuatu karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan, oleh Arkib Negara atau mana-mana Arkib Negeri, oleh Perpustakaan Negara atau mana-mana perpustakaan Negeri, atau oleh mana-mana perpustakaan awam dan institusi pelajaran, sains dan profesional sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui
perintah, jika penggunaan sedemikian adalah untuk kepentingan awam dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan peruntukan mana-mana peraturan; dan
(i) tiada keuntungan didapati daripadanya; dan
(ii) tiada bayaran masuk dikenakan bagi pertunjukan, tayangan atau permainan, jika ada, kepada awam karya yang digunakan sedemikian;
(j) pengeluaran semula apa-apa karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan sesuatu perkhidmatan penyiaran jika pengeluaran semula sedemikian atau mana-mana salinannya dimaksudkan semata-mata untuk siaran yang sah dan pengeluaran semula itu atau salinannya dibinasakan sebelum berakhir tempoh enam bulan kalendar selepas sahaja pengeluaran semula itu dibuat atau sesuatu tempoh yang lebih lama sebagaimana dipersetujui di antara perkhidmatan penyiaran dan pemunya hak cipta bagi bahagian karya yang berkaitan itu:
Dengan syarat bahawa apa-apa pengeluaran semula sesuatu karya yang dibuat di bawah perenggan ini boleh, jika ia dokumentar bersifat teristimewa, disimpan dalam arkib perkhidmatan penyiaran yang mana dengan ini dinamakan arkib rasmi bagi maksud itu, tetapi tertakluk kepada Akta ini, pengeluaran semula itu tidak boleh digunakan untuk penyiaran atau bagi apa-apa maksud lain tanpa persetujuan pemunya hak cipta bagi bahagian karya yang berkaitan itu;
(k) pertunjukan, tayangan atau permainan sesuatu karya oleh sesuatu kelab atau institusi yang bukan mencari keuntungan jika pertunjukan, tayangan atau permainan itu adalah bagi maksud khairat atau pendidikan dan diadakan di sesuatu tempat di mana tiada fi kemasukan dikenakan berkenaan dengan pertunjukan, tayangan atau permainan itu;
(l) apa-apa penggunaan sesuatu karya bagi maksud apa-apa prosiding kehakiman, prosiding suatu suruhanjaya di raja, suatu badan perundangan, siasatan statutori atau Kerajaan, atau apa-apa laporan mana-mana prosiding sedemikian, atau bagi maksud memberi nasihat profesional oleh seorang pengamal undang-undang;
(m) penggunaan petikan dari karya yang sudah diterbitkan jika petikan itu bersesuaian dengan amalan yang wajar dan dibuat setakat yang berpatutan dengan maksudnya, termasuk petikan dari artikel surat khabar dan majalah berkala dalam bentuk ringkasan akhbar:

Dengan syarat bahawa sumbernya dan nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan itu disebut;

(n) pengeluaran semula oleh akhbar, penyiaran atau penayangan kepada awam akan artikel yang telah diterbitkan dalam surat khabar atau majalah berkala mengenai topik semasa, jika pengeluaran semula, penyiaran atau penayangan sedemikian tidak dipeliharakan dengan nyata:
Dengan syarat bahawa sumbernya adalah dinyatakan dengan jelas;
(o) pengeluaran semula oleh akhbar, penyiaran atau pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam syarahan, ucapan dan karya lain dari jenis yang sama yang disampaikan kepada awam jika penggunaan sedemikian itu adalah bagi maksud makluman dan tidak dipeliharakan dengan nyata;
(p) penyewaan secara komersial akan program komputer, jika program itu bukanlah matlamat penting penyewaan itu; dan
(q) pembuatan suatu salinan elektronik fana dan sampingan suatu karya yang telah dijadikan tersedia di suatu rangkaian jika pembuatan salinan itu diperlukan untuk menonton, mendengar atau menggunakan karya tersebut.
(2A) Bagi maksud perenggan (2)(a), dalam menentukan sama ada sesuatu urusan itu merupakan suatu urusan yang wajar, faktor yang diambil kira hendaklah termasuk—
(a) maksud dan sifat urusan itu, termasuk sama ada urusan itu bersifat komersial atau bagi maksud pendidikan yang bukan mencari keuntungan;
(b) sifat karya yang mendapat hak cipta itu;
(c) amaun dan banyaknya bahagian yang digunakan berhubungan dengan karya yang mendapat hak cipta itu secara keseluruhan; dan
(d) kesan daripada urusan itu terhadap potensi pasaran bagi atau nilai karya yang mendapat hak cipta itu.

(3) Bagi maksud perenggan (2)(l), "suatu badan perundangan" ertinya Parlimen Malaysia atau, berhubungan dengan sesuatu Negeri, pihak berkuasa yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Negeri itu untuk membuat undang-undang bagi Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.


Dokumen reka bentuk dan model

13A. (1) Adalah tidak menjadi suatu pelanggaran apa-apa hak cipta dalam suatu dokumen reka bentuk atau model yang merekodkan atau yang mengandungi reka bentuk bagi apa-apa jua selain daripada suatu karya seni atau rupa taip—

(a) untuk membuat suatu barang mengikut reka bentuk itu, atau untuk meniru atau untuk mengeluarkan semula suatu barang yang dibuat mengikut reka bentuk itu; atau
(b) untuk mengeluarkan kepada awam, atau memasukkan dalam suatu filem, siaran atau perkhidmatan rancangan kabel, apa-apa jua yang pembuatannya bukanlah, menurut kuasa perenggan (a), suatu pelanggaran hak cipta itu.
(2) Dalam seksyen ini—

"dokumen reka bentuk" ertinya apa-apa rekod suatu reka bentuk, sama ada dalam bentuk lukisan, perihalan bertulis, fotograf, data yang disimpan dalam komputer atau selainnya; dan

"reka bentuk" ertinya reka bentuk apa-apa aspek bentuk atau tatarajah (sama ada dalaman atau luaran) keseluruhan atau sebahagian daripada suatu barang, selain daripada hiasan permukaan.

Kesan pengeksploitan reka bentuk yang diterbitkan daripada karya seni

13B. (1) Seksyen ini terpakai jika suatu karya seni telah dieksploitkan, melalui atau dengan lesen daripada pemunya hak cipta, dengan—

(a) membuat, melalui proses atau cara perindustrian, barang yang patut dikira bagi maksud Akta ini sebagai salinan karya itu; dan
(b) memasarkan barang itu di Malaysia atau tempat lain.

(2) Setelah berakhirnya tempoh dua puluh lima tahun dari akhir tahun kalendar yang dalamnya barang itu mula-mula dipasarkan, karya itu boleh ditiru dengan membuat barang daripada apa-apa perihalan, atau melakukan apa-apa jua bagi maksud membuat barang daripada apa-apa perihalan, dan apa-apa jua boleh dilakukan berhubungan dengan barang yang dibuat sedemikian, tanpa melanggar hak cipta dalam karya itu.

(3) Jika hanya sebahagian daripada suatu karya seni dieksploitkan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1), subseksyen (2) terpakai hanya berhubungan dengan bahagian itu.

(4) Menteri boleh melalui perintah membuat peruntukan—

(a) tentang hal keadaan yang dalamnya suatu barang, atau apaapa perihalan barang, hendaklah dianggap bagi maksud seksyen ini sebagai dibuat melalui proses atau cara perindustrian; dan
(b) untuk mengeluarkan daripada kuat kuasa seksyen ini apaapa barang yang pada asasnya berciri sastera atau seni yang difikirkannya patut.

(5) Dalam seksyen ini—

(a) sebutan mengenai barang tidak termasuk filem; dan
(b) sebutan mengenai pemasaran sesuatu barang hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penjualan atau penyewaan atau penawaran atau pendedahan bagi penjualan atau sewaan barang itu.

13C. (Dipotong oleh Akta A1420).


Kuasa hak cipta mengenai karya seni bina

14. (1) Hak cipta mengenai sesuatu karya seni bina adalah juga termasuk hak eksklusif untuk mengawal pembinaan apa-apa bangunan yang mengeluarkan semula keseluruhan atau sebahagian besar karya itu sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenal sebagai diambil daripada yang asalnya:

Dengan syarat bahawa hak cipta dalam mana-mana karya itu tidaklah termasuk hak untuk mengawal pembinaan semula atau pemulihan sesuatu bangunan yang berkenaan dengan hak cipta itu mengikut stailnya yang asal.


Kuasa hak cipta mengenai siaran

15. (1) Hak cipta mengenai sesuatu siaran adalah hak eksklusif untuk mengawal di Malaysia rakaman, pengeluaran semula, dan penyiaran semula, keseluruhan atau sebahagian besar siaran itu, dan pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam di tempat yang mengenakan bayaran masuk bagi keseluruhan atau sebahagian besar sesuatu siaran televisyen sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenal sebagai diambil daripada yang asalnya.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), perenggan 13(2)(a), (g), (gg), (ggg), (gggg), (h) dan (o) hendaklah juga terpakai bagi hak cipta mengenai siaran.

(3) Hak cipta mengenai sesuatu siaran televisyen adalah termasuk hak untuk mengawal pengambilan gambar pegun dari siaran tersebut.


Penyiaran karya yang dimuatkan dalam filem

16. (1) Jika pemunya hak cipta mana-mana karya sastera, muzik atau seni membenarkan seseorang untuk memuatkan karya itu dalam sesuatu filem dan sesuatu perkhidmatan penyiaran menyiarkan filem itu, kiranya tidak ada apa-apa persetujuan sebaliknya yang nyata di antara pemunya hak cipta dan orang itu, maka hendaklah disifatkan bahawa pemunya hak cipta itu telah membenarkan siaran itu.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika sesuatu perkhidmatan penyiaran menyiarkan sesuatu filem dalam mana suatu karya sastera, muzik atau seni telah dimuatkan, pemunya hak untuk menyiarkan karya sastera, muzik atau seni itu adalah berhak untuk menerima pampasan yang patut daripada perkhidmatan penyiaran itu.


Kuasa hak pelaku

16A. (1) Hak pelaku ialah hal eksklusif untuk mengawal di Malaysia—

(a) penyampaian kepada orang awam sesuatu persembahan, kecuali jika persembahan yang digunakan dalam penyampaian kepada orang awam itu sendiri ialah suatu persembahan;
(b) penetapan bagi sesuatu persembahan yang belum ditetapkan;
(c) pengeluaran semula penetapan suatu persembahan;
(d) pengedaran kepada orang awam buat pertama kali suatu penetapan sesuatu persembahan, atau salinannya, melalui jualan atau pindah hakmilik pemunyaan lain; dan
(e) penyewaan komersial kepada orang awam penetapan sesuatu persembahan, atau salinannya, tanpa mengira pemunyaan salinan yang disewa.

(2) Pelaku akan hilang hak eksklusifnya di bawah perenggan (1)(b) apabila dia memberikan persetujuan bagi penetapan persembahannya itu.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), hak untuk mengawal di bawah subseksyen itu tidak termasuk hak untuk mengawal—

(a) sesuatu rakaman bunyi secara terus atau tidak terus atau filem secara tidak terus sesuatu persembahan —
(i) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat semata-mata bagi maksud kegunaan persendirian dan domestik orang yang membuatnya; atau
(ii) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat semata-mata untuk digunakan dalam penyelidikan sains;
(b) sesuatu rakaman bunyi atau filem secara terus atau tidak terus sesuatu persembahan —
(i) yang dibuat bagi maksud, atau yang dikaitkan dengan, pelaporan berita atau peristiwa semasa;
(ii) yang dibuat bagi maksud mengkritik atau mengulas; atau
(iii) dibuat bagi maksud suatu prosiding kehakiman, suatu prosiding suruhanjaya diraja atau badan perundangan, suatu siasatan berkanun atau Kerajaan, atau laporan mengenai mana-mana prosiding atau siasatan itu, atau bagi maksud pemberian nasihat profesional oleh pengamal undang-undang;
(c) sesuatu rakaman bunyi atau filem secara tidak terus sesuatu persembahan —
(i) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat oleh, atau bagi pihak, badan yang mentadbirkan sesuatu institusi pendidikan sematamata bagi maksud institusi itu atau institusi pendidikan lain; atau
(ii) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat oleh, atau bagi pihak, badan yang mentadbirkan suatu institusi bagi membantu orang yang tidak berupaya menulis atau membaca sematamata bagi maksud mengadakan bantuan, sama ada oleh institusi itu atau selainnya, kepada orang yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, intelek atau menulis dan membaca;
(d) suatu rakaman bunyi atau filem secara terus sesuatu persembahan yang dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan suatu perkhidmatan penyiaran yang telah mendapat persetujuan pelaku untuk menyiarkan persembahan itu, dan rakaman atau filem itu dimusnahkan sebelum berakhir tempoh enam bulan sebaik selepas rakaman atau filem itu dibuat atau suatu tempoh yang lebih
lama yang dipersetujui antara perkhidmatan penyiaran dengan pelaku itu;
(e) sesuatu rakaman bunyi secara terus atau secara tidak terus atau filem secara tidak terus sesuatu persembahan yang dibuat oleh seseorang yang semunasabahnya mempercayai bahawa, oleh sebab sesuatu salah nyataan bersifat fraud atau tanpa niat salah yang telah dibuat kepadanya, pelaku itu telah membenarkan pembuatan rakaman oleh orang itu;
(f) sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang merupakan salinan yang dibuat semata-mata bagi maksud yang disebut dalam mana-mana perenggan itu;
(g) sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan (e), yang merupakan salinan yang dibuat semata-mata bagi maksud yang disebut dalam perenggan itu; dan
(h) sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan (f), yang merupakan salinan yang dibuat—
(i) oleh seseorang yang mempercayai bahawa, oleh sebab salah nyataan bersifat fraud atau tanpa niat salah yang telah dibuat kepada orang itu, pelaku yang berkenaan telah memberikan persetujuan bagi pembuatan salinan itu; atau
(ii) semata-mata bagi suatu maksud yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d).

(4) Bagi maksud seksyen ini—

"secara terus" berhubungan dengan rakaman bunyi atau filem bagi sesuatu persembahan, ertinya dibuat terus daripada persembahan itu;

"secara tidak terus" berhubungan dengan rakaman bunyi atau filem bagi sesuatu persembahan, ertinya dibuat daripada suatu siaran atau siaran semula persembahan itu. Saraan saksama


16B. (1) Jika sesuatu rakaman bunyi diterbitkan bagi maksud komersial atau sesuatu keluaran semula rakaman itu dipersembahkan di hadapan orang awam atau digunakan secara langsung dalam sesuatu siaran atau penyampaian lain kepada orang awam, suatu saraan yang saksama bagi persembahan itu hendaklah kena dibayar kepada pelaku oleh pengguna rakaman bunyi itu.

(2) Saraan tidak boleh dianggap tidak saksama semata-mata kerana dibayar secara sekali bayar.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melucutkan hak seseorang pelaku untuk bersetuju melalui kontrak atas terma dan syarat yang lebih baik baginya berkenaan dengan persembahannya.

(3A) Dalam ketiadaan kontrak tentang saraan yang saksama yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), pelaku boleh memohon kepada Tribunal untuk menentukan amaun yang kena dibayar sebagai saraan yang saksama.

(3B) Pelaku boleh juga memohon kepada Tribunal—

(a) untuk mengubah apa-apa kontrak tentang amaun yang kena dibayar sebagai saraan yang saksama; atau
(b) untuk mengubah apa-apa penentuan Tribunal yang terdahulu berhubungan dengan saraan yang saksama itu.

(3C) Permohonan oleh seseorang pelaku di bawah perenggan (3B)(b) hanya boleh dibuat dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh penentuan yang terdahulu, melainkan jika kebenaran khas oleh Tribunal telah diperoleh.

(3D) Apabila dibuat permohonan di bawah seksyen ini, Tribunal hendaklah mempertimbangkan perkara itu dan membuat apa-apa perintah tentang cara pengiraan dan pembayaran saraan yang saksama sebagaimana yang difikirkannya munasabah dalam hal keadaan itu, dengan mengambil kira kepentingan sumbangan pelaku kepada rakaman bunyi itu.

(3E) Sesuatu kontrak tidak mempunyai kesan setakat yang ia bermaksud untuk menghalang seseorang pelaku mempersoalkan amaun saraan yang saksama atau menyekat kuasa Tribunal di bawah seksyen ini.

(4) Bagi maksud seksyen ini, "diterbitkan bagi maksud komersial" ertinya rakaman bunyi itu telah dijadikan tersedia kepada orang awam melalui cara wayar atau wayarles dengan cara yang sedemikian rupa yang membolehkan orang awam mendapat akses kepadanya dari suatu tempat dan pada masa yang masing-masingnya dipilih oleh mereka.


Jangka masa hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni


17. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, hak cipta mengenai mana-mana karya sastera, muzik atau seni yang wujud mengenai karya itu di bawah Akta ini wujud semasa hayat pencipta dan hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun selepas kematiannya.

(2) Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni tidak pernah diterbitkan sebelum kematian penciptanya, hak cipta yang wujud mengenai karya itu di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.

(3) Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni diterbitkan tanpa nama atau dengan menggunakan nama samaran, hak cipta yang wujud mengenai karya itu di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun karya itu diterbitkan atau mula-mula dijadikan tersedia kepada orang awam atau dibuat, mengikut mana-mana yang paling kemudian:

Dengan syarat bahawa sekiranya identiti pencipta telah diketahui jangka masa hak cipta hendaklah dikira menurut subseksyen (1).

(4) Dalam seksyen ini, sebutan mengenai "pencipta" hendaklah, dalam hal karya ciptaan bersama, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pencipta yang meninggal dunia terkemudian. Jangka masa hak cipta mengenai edisi diterbitkan


18. Hak cipta yang wujud mengenai sesuatu edisi diterbitkan di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang edisi itu mula-mula diterbitkan.


Jangka masa hak cipta mengenai rakaman bunyi


19. Hak cipta yang wujud mengenai sesuatu rakaman bunyi di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun rakaman itu mula-mula diterbitkan atau, jika rakaman bunyi itu tidak diterbitkan, dari permulaan tahun kalendar itu berikutan tahun penetapan.


Jangka masa hak cipta mengenai siaran


20. Hak cipta yang wujud mengenai sesuatu siaran di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang siaran itu mula-mula dibuat.


21. (Dipotong oleh Akta A994).


Jangka masa hak cipta mengenai filem


22. Hak cipta yang wujud mengenai sesuatu filem di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun filem itu mula-mula diterbitkan.


Jangka masa hak cipta mengenai karya Kerajaan, pertubuhan Kerajaan dan badan antarabangsa


23. Hak cipta yang wujud mengenai karya Kerajaan, pertubuhan Kerajaan, dan badan antarabangsa yang wujud di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.


Jangka masa hak pelaku


23A. Hak mengenai persembahan yang wujud di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun persembahan itu diadakan atau ditetapkan dalam suatu rakaman bunyi.


Jangka masa saraan saksama


23B. Hak kepada saraan yang saksama hendaklah wujud dari masa rakaman bunyi diterbitkan sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun penerbitan atau, jika rakaman bunyi itu tidak diterbitkan, dari masa penetapan rakaman bunyi itu sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun penetapan itu.


24. (Dipotong oleh Akta A775).


Hak moral


25. (1) Bagi maksud seksyen ini, perkataan "nama" termasuklah nama pendek atau monogram.

(2) Tertakluk kepada seksyen ini, apabila hak cipta wujud dalam sesuatu karya, tiada seorang pun boleh, tanpa persetujuan penciptanya, atau, selepas kematian pencipta, wakil dirinya, melakukan atau membenarkan perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut:

(a) penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, tanpa mengenal pasti pencipta atau di bawah suatu nama selain daripada nama pencipta karya itu; dan
(b) perosakan, pencacatan atau pengubahsuaian yang lain akan karya itu jika perosakan, pencacatan atau pengubahsuaian itu—
(i) mengubah dengan jelas karya itu; dan
(ii) sedemikian rupa yang dengan munasabahnya boleh dianggap sebagai memudaratkan kehormatan atau reputasi pencipta.

(3) Jika seseorang telah dibenarkan, sama ada oleh sebab sesuatu serah hak, lesen atau selainnya, untuk menerbitkan, mengeluar semula, melakukan di hadapan awam atau menyampaikan kepada orang awam sesuatu karya, orang itu boleh melakukan ubah suaian ke atas karya itu jika adalah munasabah untuk menjangkakan yang penerbitan, pengeluaran semula, pertunjukan awam atau penyampaian kepada orang awam yang dibenarkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh dilakukan tanpa ubah suaian itu, tetapi tiada apa jua pun dalam subseksyen ini boleh membenarkan suatu ubah suaian ke atas karya yang akan menjadi pelanggaran terhadap subseksyen (2).

(4) Pencipta atau, selepas kematiannya, wakil dirinya, boleh menggunakan hak yang diberikan oleh seksyen ini walaupun pada masa aduan terhadap perbuatan itu dibuat, hak cipta ke atas karya itu tidak terletak hak pada pencipta atau wakil diri, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5) Apa-apa pelanggaran atau pelanggaran yang mungkin berlaku terhadap seksyen ini berkenaan dengan sesuatu karya bolehlah diambil tindakan atas guaman pencipta karya itu atau, jika dia mati, atas guaman wakil dirinya, sebagai pelanggaran terhadap kewajipan statutori.

(6) Apa-apa ganti rugi yang didapati di bawah seksyen ini oleh seorang wakil diri berkenaan dengan suatu pelanggaran yang dilakukan berhubungan dengan suatu karya selepas kematian pencipta karya itu hendaklah turun sebagai sebahagian daripada estet pencipta, seolah-olah hak bertindak telah wujud dan terletak hak ke atasnya sebaik sahaja sebelum kematiannya.

(7) Jika dalam sesuatu tindakan yang dibawa di bawah seksyen ini suatu pelanggaran terhadap sekatan yang dikenakan oleh seksyen ini dibuktikan atau diakui, mahkamah boleh memerintahkan pesalah supaya menyiarkan apa-apa pembetulan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengurangkan sesuatu hak bertindak atau remedi lain (sama ada sivil atau jenayah) dalam prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini; tetapi subseksyen ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghendaki supaya apa-apa ganti rugi yang didapati oleh sebab seksyen ini tidak dimasuk kira dalam mentaksir ganti rugi dalam mana-mana prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini dan yang timbul daripada transaksi yang sama.


Hak moral pelaku


25A. (1) Seseorang pelaku hendaklah, berkenaan dengan persembahannya atau persembahannya yang telah ditetapkan dalam fonogram, mempunyai hak—

(a) untuk menuntut supaya dikenali sebagai pelaku bagi persembahannya, kecuali jika ketinggalan itu berlaku oleh cara penggunaan persembahan itu; dan
(b) untuk membantah apa-apa gangguan, pencacatan atau pengubahsuaian lain persembahannya yang akan menjejaskan reputasinya.

(2) Hak yang diberikan kepada pelaku di bawah subseksyen (1) hendaklah, selepas kematiannya, disenggarakan dan hendaklah boleh digunakan oleh orang atau institusi yang diberi kuasa oleh pelaku itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini, "fonogram" ertinya penetapan bunyi sesuatu persembahan atau bunyi lain atau perlambangan bunyi itu, selain dalam bentuk penetapan yang digabungkan dalam filem atau karya audiovisual lain.


BAHAGIAN IV

PEMUNYAAN DAN PENYERAHHAKAN HAK CIPTA


Pemunyaan pertama hak cipta


26. (1) Hak cipta yang diberikan oleh seksyen 10 hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya.

(2) Walau apa pun subseksyen 27(6), jika sesuatu karya—

(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengurangkan sesuatu hak bertindak atau remedi lain (sama ada sivil atau jenayah) dalam prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini; tetapi subseksyen ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghendaki supaya apa-apa ganti rugi yang didapati oleh sebab seksyen ini tidak dimasuk kira dalam mentaksir ganti rugi dalam mana-mana prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini dan yang timbul daripada transaksi yang sama.


Hak moral pelaku


25A. (1) Seseorang pelaku hendaklah, berkenaan dengan persembahannya atau persembahannya yang telah ditetapkan dalam fonogram, mempunyai hak—

(a) untuk menuntut supaya dikenali sebagai pelaku bagi persembahannya, kecuali jika ketinggalan itu berlaku oleh cara penggunaan persembahan itu; dan
(b) untuk membantah apa-apa gangguan, pencacatan atau pengubahsuaian lain persembahannya yang akan menjejaskan reputasinya.

(2) Hak yang diberikan kepada pelaku di bawah subseksyen (1) hendaklah, selepas kematiannya, disenggarakan dan hendaklah boleh digunakan oleh orang atau institusi yang diberi kuasa oleh pelaku itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini, "fonogram" ertinya penetapan bunyi sesuatu persembahan atau bunyi lain atau perlambangan bunyi itu, selain dalam bentuk penetapan yang digabungkan dalam filem atau karya audiovisual lain.


BAHAGIAN IV

PEMUNYAAN DAN PENYERAHHAKAN HAK CIPTA


Pemunyaan pertama hak cipta


26. (1) Hak cipta yang diberikan oleh seksyen 10 hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya.

(2) Walau apa pun subseksyen 27(6), jika sesuatu karya—

(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengurangkan sesuatu hak bertindak atau remedi lain (sama ada sivil atau jenayah) dalam prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini; tetapi subseksyen ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghendaki supaya apa-apa ganti rugi yang didapati oleh sebab seksyen ini tidak dimasuk kira dalam mentaksir ganti rugi dalam mana-mana prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini dan yang timbul daripada transaksi yang sama.


Hak moral pelaku


25A. (1) Seseorang pelaku hendaklah, berkenaan dengan persembahannya atau persembahannya yang telah ditetapkan dalam fonogram, mempunyai hak—

(a) untuk menuntut supaya dikenali sebagai pelaku bagi persembahannya, kecuali jika ketinggalan itu berlaku oleh cara penggunaan persembahan itu; dan
(b) untuk membantah apa-apa gangguan, pencacatan atau pengubahsuaian lain persembahannya yang akan menjejaskan reputasinya.

(2) Hak yang diberikan kepada pelaku di bawah subseksyen (1) hendaklah, selepas kematiannya, disenggarakan dan hendaklah boleh digunakan oleh orang atau institusi yang diberi kuasa oleh pelaku itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini, "fonogram" ertinya penetapan bunyi sesuatu persembahan atau bunyi lain atau perlambangan bunyi itu, selain dalam bentuk penetapan yang digabungkan dalam filem atau karya audiovisual lain.


BAHAGIAN IV

PEMUNYAAN DAN PENYERAHHAKAN HAK CIPTA


Pemunyaan pertama hak cipta


26. (1) Hak cipta yang diberikan oleh seksyen 10 hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya.

(2) Walau apa pun subseksyen 27(6), jika sesuatu karya— (4) Mana-mana orang boleh memeriksa Daftar Hak Cipta pada bila-bila masa dan atas apa-apa syarat yang ditentukan oleh Menteri, dan boleh mendapatkan petikan yang diperakui sah daripada Daftar apabila dibayar fi yang ditetapkan.

(5) Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh memperakui sah petikan benar daripada Daftar Hak Cipta yang hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai butiran yang dicatatkan dalamnya dan petikan daripada Daftar Hak Cipta yang diperakui sah itu hendaklah boleh diterima di semua mahkamah.


Pindaan kepada Daftar Hak Cipta


26C. (1) Pengawal boleh membetulkan apa-apa kesilapan perkeranian dalam mana-mana catatan yang dibuat dalam Daftar Hak Cipta.

(2) Mana-mana orang yang berkepentingan boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi—

(a) membetulkan apa-apa kesilapan dalam catatan dalam Daftar; atau
(b) memadamkan atau meminda apa-apa catatan yang dibuat secara salah dalam atau yang masih ada dalam Daftar,


dan apa-apa pembetulan, pemadaman atau pindaan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.

(3) Bagi maksud seksyen ini, "mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan di Malaysia.


Penyerahhakan, lesen dan pemberian berwasiat


27. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, hak cipta boleh dipindah milik sebagai harta alih melalui penyerahhakan, pemberian berwasiat atau dengan kuat kuasa undang-undang.

(2) Sesuatu penyerahhakan atau pemberian berwasiat hak cipta boleh dihadkan supaya ia terpakai bagi setengah-setengah perbuatan sahaja yang pemunya hak cipta itu ada hak eksklusif mengawalnya, atau bagi sebahagian tempoh hak cipta itu sahaja atau bagi sesuatu negara atau kawasan geografi tertentu lain.

(3) Tiada penyerahhakan hak cipta dan tiada lesen bagi melakukan sesuatu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hak cipta boleh berkuat kuasa kecuali dengan bertulis.

(4) Sesuatu penyerahhakan atau lesen yang diberi oleh seorang pemunya hak cipta hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyerahhakan atau lesen itu diberi oleh pemunya atau pemunyapemunya bersamanya juga, dan tertakluk kepada apa-apa perjanjian di antara mereka, bayaran yang diterima oleh salah seorang daripada pemunya hak cipta itu hendaklah dibahagikan sama rata antara kesemua pemunya bersama itu.

(5) Bagi maksud seksyen ini, orang hendaklah disifatkan sebagai pemunya bersama jika mereka berkongsi kepentingan bersama dalam keseluruhan atau sebahagian sesuatu hak cipta.

(6) Sesuatu penyerahhakan, lesen atau pemberian berwasiat boleh diberikan atau dibuat dengan berkesan berkenaan dengan sesuatu karya masa depan, atau sesuatu karya yang wujud yang hak cipta mengenainya belum lagi wujud, dan hak cipta masa depan mengenai mana-mana karya itu boleh dipindah milik dengan kuat kuasa undang-undang sebagai harta alih.

(7) Jika di bawah sesuatu pemberian berwasiat, sama ada secara khusus atau am, seseorang berhak secara benefisial atau sebaliknya kepada manuskrip sesuatu karya sastera, atau muzik, atau kepada sesuatu karya seni, dan karya itu tidak pernah diterbitkan sebelum kematian pewasiat, pemberian berwasiat itu hendaklah, melainkan tujuan yang sebaliknya dinyatakan dalam wasiat atau kodisil kepada wasiat itu, ditafsirkan sebagai termasuk hak cipta mengenai karya itu setakat mana pewasiat itu adalah pemunya hak cipta itu sebaik sahaja sebelum kematiannya.

BAHAGIAN IVA

PELESENAN HAK CIPTA


Badan pelesenan


27A. (1) Suatu persatuan atau pertubuhan yang berhasrat untuk beroperasi sebagai suatu badan pelesenan bagi pemunya hak cipta atau bagi golongan pemunya hak cipta tertentu hendaklah memohon kepada Pengawal supaya diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan.

(2) Suatu permohonan untuk perisytiharan hendaklah dibuat mengikut apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahantara yang ditentukan oleh Pengawal yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a) dokumen konstituen pemohon yang objektif utamanya, atau satu daripada objektif utamanya, adalah untuk merundingkan atau memberikan lesen hak cipta, sama ada sebagai pemunya hak cipta atau sebagai ejen baginya, dan yang matlamatnya termasuk juga memberikan lesen yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta; dan
(b) senarai pemunya hak cipta atau ejen mereka yang menjadi anggota pemohon.

(3) Apabila diterima suatu permohonan, Pengawal boleh mengisytiharkan pemohon sebagai suatu badan pelesenan dan mengeluarkan perisytiharan bertulis yang bermaksud sedemikian kepada pemohon itu.

(4) Walau apa pun subseksyen (3), Pengawal hendaklah menolak sesuatu permohonan jika maklumat yang diberikan oleh pemohon menurut subseksyen (2) adalah tidak mencukupi atau tidak memuaskan untuk menunjukkan bahawa pemohon layak dan sesuai untuk menjadi badan pelesenan.

(5) Badan pelesenan hendaklah memberi Pengawal suatu salinan akaun untung rugi, penyata kira-kira dan laporan juruauditnya yang dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan badan pelesenan itu tidak lewat daripada satu bulan selepas tarikh mesyuarat agung tahunan itu.

(6) Pengawal boleh membatalkan perisytiharan yang diberikan kepada sesuatu badan pelesenan jika dia berpuas hati bahawa badan pelesenan itu—

(a) tidak berfungsi dengan memadai sebagai suatu badan pelesenan;
(b) tidak lagi mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak kesemua anggotanya;
(c) tidak bertindak menurut peraturannya atau untuk kepentingan terbaik anggotanya, atau ejen mereka;
(d) telah mengubah peraturannya sehingga tidak lagi mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;
(e) tanpa alasan yang munasabah, telah enggan atau tidak mematuhi peruntukan Akta ini; atau
(f) telah dibubarkan.

(7) Badan pelesenan yang terkilan dengan keputusan Pengawal di bawah subseksyen (6) boleh merayu kepada Tribunal dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu.

(8) Mana-mana persatuan atau pertubuhan yang beroperasi sebagai suatu badan pelesenan tanpa mendapat perisytiharan di bawah subseksyen (1) atau mana-mana badan pelesenan yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.


Skim pelesenan yang kepadanya seksyen 27B hingga 27G terpakai


27AA. (1) Seksyen 27B hingga 27G hendaklah terpakai kepada skim pelesenan yang dikendalikan oleh badan pelesenan yang berhubungan dengan hak cipta dalam apa-apa karya, setakat yang ia berhubungan dengan lesen bagi—

(a) mengeluarkan semula karya itu;
(b) mempersembahkan, menunjukkan atau memainkan karya itu kepada awam;
(c) menyampaikan karya itu kepada awam;
(d) menyiarkan semula karya itu;
(e) menyewakan secara komersial karya itu kepada awam; atau
(f) membuat adaptasi karya itu.

(2) Bagi maksud seksyen 27B hingga 27G, "skim pelesenan" ertinya mana-mana skim pelesenan yang diperihalkan dalam subseksyen (1).


Rujukan skim pelesenan yang dicadangkan kepada Tribunal


27B. (1) Terma suatu skim pelesenan yang dicadangkan untuk dikendalikan oleh suatu badan pelesenan boleh dirujukkan kepada Tribunal oleh mana-mana pertubuhan yang mendakwa bahawa ia mewakili orang yang mendakwa bahawa dia menghendaki lesen dalam hal suatu perihalan yang kepadanya skim pelesenan itu terpakai, sama ada secara am atau berhubungan dengan mana-mana perihalan hal.

(2) Tribunal hendaklah pertamanya memutuskan sama ada untuk melayan rujukan itu, dan boleh menolaknya atas alasan bahawa rujukan itu adalah terlalu awal.

(3) Jika Tribunal memutuskan untuk melayan rujukan itu, ia hendaklah menimbangkan perkara yang dirujukkan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan atau yang mengubah skim pelesenan yang dicadangkan itu, sama ada secara am atau setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan yang kepadanya rujukan itu berhubungan, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(4) Suatu perintah di bawah subseksyen (3) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.

Rujukan skim pelesenan kepada Tribunal


27C. (1) Jika semasa skim pelesenan dikendalikan pertikaian berbangkit antara pengendali skim pelesenan itu dengan—

(a) seseorang yang mendakwa bahawa dia menghendaki suatu lesen dalam hal suatu perihalan yang kepadanya skim pelesenan itu terpakai;
(b) suatu pertubuhan yang mendakwa bahawa ia mewakili orang sedemikian; atau
(c) seseorang yang telah diberi lesen yang kepadanya skim pelesenan terpakai, pengendali, orang atau pertubuhan itu boleh merujukkan skim pelesenan itu kepada Tribunal setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan itu.

(2) Suatu skim pelesenan yang telah dirujukkan kepada Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah tetap berkuat kuasa sehingga prosiding atas rujukan itu selesai.

(3) Tribunal hendaklah menimbangkan perkara yang dipertikaikan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan atau yang mengubah skim pelesenan itu setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan yang kepadanya rujukan itu berhubungan, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(4) Suatu perintah di bawah subseksyen (3) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.


Rujukan lanjut skim pelesenan kepada Tribunal


27D. (1) Tertakluk kepada subseksyen 2, jika Tribunal telah atas suatu rujukan terdahulu skim pelesenan di bawah seksyen 27B atau 27C atau di bawah seksyen ini membuat suatu perintah berkenaan dengan skim pelesenan itu, maka, semasa perintah itu tetap berkuat kuasa—

(a) pengendali skim pelesenan itu;
(b) seseorang yang mendakwa bahawa dia menghendaki suatu lesen dalam hal suatu perihalan yang kepadanya perintah itu terpakai;
(c) suatu pertubuhan yang mendakwa bahawa ia mewakili orang sedemikian; atau
(d) seseorang yang telah diberi lesen yang kepadanya skim pelesenan terpakai,

boleh sekali lagi merujukkan skim pelesenan itu kepada Tribunal setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan itu.

(2) Suatu skim pelesenan tidak boleh, kecuali dengan kebenaran khas Tribunal, dirujukkan sekali lagi kepada Tribunal berkenaan dengan perihalan hal yang sama—

(a) dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah atas rujukan terdahulu itu; atau
(b) jika perintah itu dibuat supaya berkuat kuasa bagi lima belas bulan atau kurang, sehingga tiga bulan terakhir sebelum habis tempoh perintah itu.

(3) Suatu skim pelesenan yang telah dirujukkan kepada Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah tetap berkuat kuasa sehingga prosiding atas rujukan itu selesai.

(4) Tribunal hendaklah menimbangkan perkara yang dipertikaikan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan, yang mengubah atau yang mengubah selanjutnya skim pelesenan itu setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan yang kepadanya rujukan itu berhubungan, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(5) Suatu perintah di bawah subseksyen (4) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal. Permohonan bagi pemberian lesen berkaitan dengan skim pelesenan


27E. (1) Seseorang yang mendakwa, dalam suatu hal yang dirangkumi oleh suatu skim pelesenan, bahawa pengendali skim pelesenan itu—

(a) enggan memberi lesen kepadanya atau memperoleh pemberian lesen kepadanya mengikut skim pelesenan itu; atau
(b) tidak memberi lesen kepadanya atau memperoleh pemberian lesen kepadanya mengikut skim pelesenan itu dalam tempoh masa yang munasabah setelah diminta,

boleh memohon kepada Tribunal untuk suatu perintah di bawah subseksyen (4).

(2) Seseorang yang mendakwa, dalam suatu hal yang tidak termasuk dalam suatu skim pelesenan, bahawa pengendali skim pelesenan itu sama ada—

(a) enggan memberi lesen kepadanya atau memperoleh pemberian lesen kepadanya, atau tidak berbuat demikian dalam tempoh masa yang munasabah setelah diminta, dan bahawa dalam hal keadaan itu adalah tidak munasabah yang lesen tidak boleh diberi; atau
(b) mencadangkan terma bagi mendapatkan lesen yang tidak munasabah,

boleh memohon kepada Tribunal untuk suatu perintah di bawah subseksyen (4).

(3) Sesuatu hal hendaklah dianggap tidak termasuk dalam suatu skim pelesenan bagi maksud subseksyen (2) jika—

(a) skim pelesenan itu membuat peruntukan bagi pemberian lesen tertakluk kepada terma yang mengecualikan perkara daripada lesen itu dan hal itu termasuk dalam pengecualian sedemikian; atau
(b) hal itu sebegitu seumpama hal yang dalamnya lesen diberi di bawah skim pelesenan itu yang adalah tidak munasabah yang ia tidak diuruskan dengan cara yang sama.

(4) Jika Tribunal berpuas hati bahawa dakwaan itu berasas, ia hendaklah membuat suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa, berkenaan dengan perkara yang dinyatakan dalam perintah itu, pemohon berhak mendapat lesen atas apa-apa terma yang ditentukan sebagai terpakai mengikut skim pelesenan itu atau, mengikut manamana yang berkenaan, sebagai munasabah dalam hal keadaan itu, oleh Tribunal.

(5) Suatu perintah di bawah subseksyen (4) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.


Permohonan bagi kajian semula perintah tentang hak untuk mendapat lesen


27F. (1) Jika Tribunal telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 27E bahawa seseorang berhak mendapat lesen di bawah suatu skim pelesenan, pengendali skim pelesenan itu atau pemohon asal boleh memohon kepada Tribunal untuk mengkaji semula perintahnya.

(2) Suatu permohonan tidak boleh dibuat, kecuali dengan kebenaran khas Tribunal,—

(a) dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah itu, atau daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini; atau
(b) jika perintah itu dibuat supaya berkuat kuasa bagi lima belas bulan atau kurang, atau hasil daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini yang akan habis tempoh dalam tempoh lima belas bulan daripada keputusan itu, sehingga tiga bulan terakhir sebelum habis tempoh perintah itu.

(3) Tribunal hendaklah atas suatu permohonan bagi kajian semula mengesahkan atau mengubah perintahnya sebagaimana yang ditentukan sebagai munasabah oleh Tribunal dengan mengambil kira terma yang terpakai mengikut skim pelesenan itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, hal keadaan hal itu. Kesan perintah Tribunal tentang skim pelesenan

27G. (1) Suatu skim pelesenan yang telah disahkan atau diubah oleh Tribunal di bawah seksyen 27B, 27C atau 27D hendaklah berkuat kuasa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetap berkuat kuasa, setakat yang ia berhubungan dengan perihalan hal yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat, selagi perintah itu tetap berkuat kuasa.

(2) Semasa perintah itu berkuat kuasa seseorang, yang dalam hal suatu kelas yang kepadanya perintah itu terpakai, hendaklah—

(a) membayar kepada pengendali skim pelesenan itu apa-apa caj yang kena dibayar di bawah skim pelesenan itu berkenaan dengan suatu lesen yang merangkumi hal yang berkenaan atau, jika amaun itu tidak dapat ditentukan, memberikan aku janji kepada pengendali itu untuk membayar caj itu apabila ditentukan; dan
(b) mematuhi terma lain yang terpakai kepada lesen sedemikian di bawah skim pelesenan itu; dan
(c) berada dalam kedudukan yang sama berkaitan dengan pelanggaran hak cipta seolah-olah dia telah pada segala masa material menjadi pemegang lesen yang diberi oleh pemunya hak cipta yang berkenaan mengikut skim pelesenan itu.

(3) Tribunal boleh mengarahkan supaya perintah itu, setakat yang ia mengubah amaun caj yang kena dibayar, mula berkuat kuasa dari suatu tarikh sebelum tarikh yang padanya ia dibuat, tetapi tidak lebih awal dari tarikh yang padanya rujukan itu dibuat atau, jika kemudiannya, yang padanya skim pelesenan itu mula berkuat kuasa.

(4) Jika suatu arahan dibuat di bawah subseksyen (3)—

(a) apa-apa bayaran balik yang perlu, atau bayaran lanjutan, hendaklah dibuat berkenaan dengan caj yang telah dibayar atau yang kena dibayar; dan
(b) sebutan dalam perenggan 2(a) mengenai caj yang kena dibayar di bawah skim pelesenan itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai caj yang kena dibayar sedemikian menurut kuasa perintah itu. (5) Jika Tribunal telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 27E dan perintah itu tetap berkuat kuasa, orang yang bagi pihaknya perintah itu dibuat hendaklah, jika dia—
(a) membayar kepada pengendali skim pelesenan itu apa-apa caj yang kena dibayar mengikut perintah itu atau, jika amaun itu tidak dapat ditentukan, memberikan aku janji kepada pengendali itu untuk membayar caj itu apabila ditentukan; dan
(b) mematuhi terma lain yang dinyatakan dalam perintah itu,

berada dalam kedudukan yang sama berkaitan dengan pelanggaran hak cipta seolah-olah dia telah pada segala masa material menjadi pemegang lesen yang diberi oleh pemunya hak cipta yang berkenaan atas terma yang dinyatakan dalam perintah itu.


Lesen yang kepadanya seksyen 27I hingga 27L terpakai

27H. Seksyen 27I hingga 27L hendaklah terpakai kepada perihalan lesen yang berikut yang diberi oleh badan pelesenan selain daripada menurut skim pelesenan:

(a) lesen berhubungan dengan hak cipta dalam karya sastera atau muzik yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta, setakat yang ia membenarkan—
(i) pengeluaran semula karya itu;
(ii) pertunjukan, penayangan atau permainan karya itu kepada awam;
(iii) penyampaian karya itu kepada orang awam; atau
(iv) pengedaran karya itu kepada awam; dan
(b) lesen berhubungan dengan hak cipta dalam mana-mana karya lain, setakat yang ia membenarkan—
(i) pembuatan salinan karya itu;
(ii) pertunjukan, penayangan atau permainan karya itu kepada awam;
(iii) penyampaian karya itu kepada orang awam; atau
(iv) supaya karya itu ditunjukkan, ditayangkan atau dimainkan secara awam,

dan dalam seksyen itu, "lesen" ertinya suatu lesen daripada mana-mana perihalan itu.

Rujukan kepada Tribunal tentang terma lesen yang dicadangkan

27I. (1) Terma yang atasnya badan pelesenan bercadang untuk memberi lesen boleh dirujukkan kepada Tribunal oleh bakal pemegang lesen.

(2) Tribunal hendaklah pertamanya memutuskan sama ada untuk melayan rujukan itu, dan boleh menolaknya atas alasan bahawa rujukan itu adalah terlalu awal.

(3) Jika Tribunal memutuskan untuk melayan rujukan itu, ia hendaklah menimbangkan terma lesen yang dicadangkan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan atau yang mengubah terma itu, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(4) Suatu perintah di bawah subseksyen (3) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.


Rujukan kepada Tribunal tentang lesen yang akan habis tempoh


27J. (1) Seseorang pemegang lesen di bawah suatu lesen yang akan habis tempoh, melalui peluputan masa atau hasil notis yang diberikan oleh badan pelesenan, boleh memohon kepada Tribunal atas alasan bahawa adalah tidak munasabah dalam hal keadaan itu bahawa lesen itu patut terhenti berkuat kuasa.

(2) Suatu permohonan sedemikian tidak boleh dibuat sehingga tiga bulan terakhir sebelum lesen itu akan habis tempoh.

(3) Suatu lesen yang berkenaan dengannya rujukan telah dibuat kepada Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah tetap berkuat kuasa sehingga prosiding atas rujukan itu selesai. (4) Jika Tribunal mendapati permohonan itu berasas, ia hendaklah membuat suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa pemegang lesen itu hendaklah terus berhak mendapat faedah lesen itu atas apa-apa terma yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(5) Suatu perintah di bawah subseksyen (4) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.

Permohonan bagi kajian semula perintah tentang lesen


27K. (1) Jika Tribunal telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 27I atau 27J, badan pelesenan atau orang yang berhak mendapat faedah perintah itu boleh memohon kepada Tribunal untuk mengkaji semula perintahnya.

(2) Suatu permohonan tidak boleh dibuat, kecuali dengan kebenaran khas Tribunal,—

(a) dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah itu, atau daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini; atau
(b) jika perintah itu dibuat supaya berkuat kuasa bagi lima belas bulan atau kurang, atau hasil daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini yang akan habis tempoh dalam tempoh lima belas bulan daripada keputusan itu, sehingga tiga bulan terakhir sebelum habis tempoh perintah itu.

(3) Tribunal hendaklah atas suatu permohonan bagi kajian semulamengesahkan atau mengubah perintahnya sebagaimana yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.


Kesan perintah Tribunal tentang lesen


27L. (1) Jika Tribunal telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 27I atau 27J dan perintah itu tetap berkuat kuasa, orang yang berhak mendapat faedah perintah itu hendaklah, jika dia—

(a) membayar kepada badan pelesenan itu apa-apa caj yang kena dibayar mengikut perintah itu atau, jika amaun itu tidak dapat ditentukan, memberikan aku janji kepada pengendali itu untuk membayar caj itu apabila ditentukan; dan
(b) mematuhi terma lain yang dinyatakan dalam perintah itu,

berada dalam kedudukan yang sama berkaitan dengan pelanggaran hak cipta seolah-olah dia telah pada segala masa material menjadi pemegang lesen yang diberi oleh pemunya hak cipta yang berkenaan atas terma yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2) Faedah perintah itu boleh diserahhakan—

(a) dalam hal suatu perintah di bawah seksyen 27I, jika penyerahhakan tidak dilarang di bawah terma perintah Tribunal; dan
(b) dalam hal suatu perintah di bawah seksyen 27J, jika penyerahhakan tidak dilarang di bawah terma lesen asal.

(3) Tribunal boleh mengarahkan bahawa suatu perintah di bawah seksyen 27I atau 27J, atau suatu perintah di bawah seksyen 27K yang mengubah perintah sedemikian, setakat yang ia mengubah amaun caj yang kena dibayar, mula berkuat kuasa dari suatu tarikh sebelum tarikh yang padanya ia dibuat, tetapi tidak lebih awal dari tarikh yang padanya rujukan atau permohonan itu dibuat atau, jika kemudiannya, yang padanya lesen itu diberi atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan habis tempoh.

(4) Jika suatu arahan dibuat di bawah subseksyen (3)—

(a) apa-apa bayaran balik yang perlu, atau bayaran lanjutan, hendaklah dibuat berkenaan dengan caj yang telah dibayar atau yang kena dibayar; dan
(b) sebutan dalam perenggan (1)(a) mengenai caj yang kena dibayar mengikut perintah itu hendaklah ditafsirkan, jika perintah itu diubah oleh suatu perintah kemudian, sebagai sebutan mengenai caj yang kena dibayar sedemikian menurut kuasa perintah yang kemudian itu.

BAHAGIAN V

TRIBUNAL HAK CIPTA


Penubuhan dan kuasa Tribunal Hak Cipta


28. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu tribunal yang akan dikenali sebagai Tribunal Hak Cipta.

(2) Tribunal hendaklah mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara yang berikut:

(a) suatu permohonan oleh pelaku di bawah seksyen 16B;
(b) apa-apa rujukan oleh pengendali, seseorang atau sesuatu pertubuhan yang disebut dalam Bahagian IVA;
(c) suatu rayuan oleh badan pelesenan di bawah subseksyen 27A(7); dan
(d) penjalanan kuasa di bawah seksyen 31.


Pelantikan Pengerusi dan anggota Tribunal


29. (1) Tribunal hendaklah terdiri daripada orang yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a) Pengerusi;
(b) lima orang Timbalan Pengerusi; dan
(c) dua belas orang yang difikirkan patut dan wajar oleh Menteri menjadi anggota Tribunal.

(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, setelah itu mereka layak untuk dilantik semula.

(3) Menteri hendaklah menentukan saraan dan terma dan syarat lain pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal.

(4) Menteri boleh mengisytiharkan jawatan mana-mana anggota Tribunal sebagai kosong atas alasan dia didapati tidak sesuai untuk meneruskan jawatannya atau tidak berupaya untuk menjalankan tugas.

(5) Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal boleh pada bila-bila masa meletak jawatan dengan memberi notis bertulis kepada Menteri.

(6) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574].

(7) Maka hendaklah ada seorang Setiausaha kepada Tribunal dan mana-mana pegawai lain yang perlu untuk membantu Tribunal, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.


Prosiding di hadapan Tribunal


30. (1) Tiap-tiap prosiding di hadapan Tribunal hendaklah didengar dan dibereskan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan dua anggota lain yang dipilih oleh Pengerusi daripada anggota yang dilantik di bawah seksyen 29.

(2) Tiada anggota Tribunal boleh mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding di hadapan Tribunal jika dia mempunyai kepentingan kewangan dalam apa-apa perkara yang akan diputuskan oleh Tribunal.

(3) Jika Pengerusi telah hilang kelayakannya di bawah subseksyen (2), Menteri hendaklah melantik seorang Timbalan Pengerusi untuk bertindak sebagai pengerusi bagi maksud prosiding itu.

(4) Seseorang adalah disifatkan sebagai mempunyai kepentingan kewangan jika dia, pekongsinya, majikan atau mana-mana anggota keluarganya, atau jika sesuatu badan sama ada berkanun atau tidak, yang mana dia menjadi anggota, mempunyai kepentingan kewangan dalam apa-apa perkara yang akan diputuskan oleh Tribunal.

(5) Jika, atas apa-apa perkara yang hendaklah ditentukan oleh Tribunal terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi prosiding itu hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. (6) Jika, dalam perjalanan mana-mana prosiding, mana-mana anggota Tribunal tidak dapat meneruskan prosiding kerana sakit atau apa-apa sebab lain, maka prosiding itu hendaklah diteruskan di hadapan anggota Tribunal yang tinggal, asalkan tidak kurang daripada dua orang, dan Tribunal hendaklah, bagi maksud prosiding itu, disifatkan sebagai dianggotai dengan sempurna.

(7) Dalam mana-mana hal yang disebut dalam subseksyen (6) jika anggota yang tidak dapat meneruskan prosiding ialah pengerusi prosiding itu, maka Menteri hendaklah—

(a) melantik daripada kalangan anggota yang tinggal seorang pengerusi baru bagi maksud prosiding yang diteruskan itu; dan
(b) jika sesuai, melantik seorang Timbalan Pengerusi untuk menghadiri prosiding bagi menasihati anggota prosiding itu tentang apa-apa isu yang mungkin berbangkit semasa prosiding itu.


Rujukan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Tinggi


30A. (1) Tribunal boleh atas usulnya sendiri, atau hendaklah atas permintaan sesuatu pihak, merujukkan persoalan undang-undang yang berbangkit dalam prosiding yang diselesaikan di hadapannya untuk ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

(2) Suatu permintaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang padanya keputusan itu dibuat.

(3) Jika persoalan telah dirujukkan kepada Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini, Tribunal hendaklah mengemukakan rekod prosidingnya kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi yang hendaklah sesudah itu menetapkan dan memberitahu pihak kepada prosiding itu mengenai masa dan tempat bagi pendengarannya.

(4) Pada pendengaran rujukan itu dalam Mahkamah Tinggi, tiaptiap pihak kepada prosiding di hadapan Tribunal berhak hadir dan didengar. (5) Mahkamah Tinggi hendaklah mendengar dan menentukan persoalan yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen ini seolaholah rujukan itu ialah suatu rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Tribunal, dan dengan itu boleh mengesahkan, mengubah, menggantikan atau membatalkan keputusan itu, atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya adil atau perlu.

(6) Suatu keputusan Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (5) hendaklah muktamad dan konklusif, dan tiada keputusan sedemikian boleh dicabar, dirayu terhadapnya, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah lain atau di hadapan apa-apa jua mana-mana pihak berkuasa lain, kehakiman atau sebaliknya.

(7) Bagi maksud seksyen ini, persoalan undang-undang tidaklah termasuk persoalan sama ada terdapat keterangan yang mencukupi untuk menjustifikasikan dapatan fakta oleh Tribunal.


Lesen untuk mengeluar dan menerbitkan terjemahan


31. (1) Mana-mana orang boleh memohon kepada Tribunal mendapatkan suatu lesen untuk mengeluar dan menerbitkan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain di Malaysia sesuatu terjemahan karya sastera yang ditulis dalam apa-apa bahasa lain.

(2) Tribunal boleh setelah mengadakan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, tertakluk kepada seksyen ini, memberi kepada pemohon suatu lesen (yang bukannya lesen eksklusif) untuk mengeluar dan menerbit terjemahan sesuatu karya dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain, dengan syarat bahawa pemohon hendaklah membayar kepada pemunya hak terjemahan mengenai karya itu berkenaan dengan salinan yang dijual kepada awam, royalti pada kadar yang akan ditentukan oleh Tribunal mengikut cara yang ditetapkan.

(3) Suatu lesen hanya akan diberi atas permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan sesuatu karya jika—

(a) terjemahan karya itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain belum pernah diterbitkan oleh pemunya hak cipta itu (atau oleh mana-mana orang yang dibenarkan olehnya) dalam masa satu tahun selepas terbitan pertama karya itu atau, jika terjemahan tersebut pernah diterbitkan, terjemahan itu tidak boleh didapati lagi;
(b) (i) pemohon telah meminta kebenaran dan permintaannya itu telah ditolak oleh pemunya hak untuk mengeluar dan menerbit terjemahan itu; atau
(ii) pemohon, setelah berusaha sewajarnya, gagal untuk

mengesan atau memastikan pemunya itu;

(c) pemohon, jika kerakyatan pemunya hak terjemahan adalah diketahui, telah menghantar satu salinan permintaannya untuk terjemahan kepada wakil diplomatik atau konsular negara yang mana pemunya hak terjemahan itu adalah seorang rakyat, atau kepada pertubuhan yang mungkin telah dinamakan oleh Kerajaan negara tersebut;
(d) Tribunal berpuas hati bahawa—
(i) pemohon boleh mengeluar dan menerbit suatu terjemahan karya itu dengan betul dan mempunyai kemampuan untuk membayar kepada pemunya hak menterjemah royalti yang kena dibayar di bawah seksyen ini; dan
(ii) pemohon mengaku janji untuk mencetak tajuk asal dan nama pencipta karya itu pada ke semua salinan terjemahan yang diterbitkan;
(e) pencipta karya itu belum menarik balik karyanya itu dari peredaran;
(f) peluang untuk didengar telah pada mulanya diberi, di mana saja praktik, kepada pemunya hak terjemahan mengenai karya itu;
(g) tempoh selanjutnya selama sembilan bulan telah berlalu dari pelaksanaan tatacara yang tersebut dalam perenggan (b) dan (c) dan semasa tempoh ini tiada terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain telah diterbitkan oleh pemunya hak terjemahan atau dengan kebenarannya; dan
(h) terjemahan itu adalah bagi maksud pengajaran, pendidikan atau penyelidikan.

(4) Lesen yang diberi di bawah seksyen ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh diluaskan sehingga termasuk pengeksportan salinan:

Dengan syarat bahawa penghantaran salinan kepada negara lain oleh Kerajaan atau mana-mana pertubuhan Kerajaan tidak akan menjadi eksport jika semua syarat berikut dipenuhi:

(a) penerimanya adalah individu yang menjadi rakyat Malaysia atau pertubuhan yang mengumpulkan individu sedemikian;
(b) salinan itu hanya akan digunakan bagi maksud pengajaran, pendidikan atau penyelidikan;
(c) penghantaran salinan itu dan pengedarannya kepada penerima kemudiannya adalah tanpa maksud perdagangan; dan
(d) negara ke mana salinan itu dihantar telah bersetuju dengan Malaysia untuk membenarkan penerimaan, ataupun pengedaran itu atau kedua-duanya.

(5) Lesen itu adalah sah hanya bagi penerbitan terjemahan di dalam Malaysia dan semua salinan yang diterbitkan di bawah lesen tersebut hendaklah mengandungi notis dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain menyatakan bahawa salinan itu adalah tersedia bagi pengedaran di Malaysia sahaja.

(6) Mana-mana lesen yang diberi di bawah seksyen ini akan tamat jika suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain dan dengan kandungan yang sebahagian besarnya sama dengan yang baginya lesen itu telah diberi telah diterbitkan oleh pemunya hak terjemahan atau dengan kebenarannya dengan harga yang semunasabahnya berkaitan dengan yang dikenakan di Malaysia bagi karya yang setanding dengannya:

Dengan syarat bahawa mana-mana salinan yang telah dibuat sebelum lesen tamat boleh, walau bagaimanapun, terus diedarkan sehingga stok kehabisan.

(7) Jika karya yang akan diterjemahkan mengandungi sebahagian besarnya ilustrasi, tiada lesen boleh diberi di bawah seksyen ini. 32. (Dipotong oleh Akta A952).


Tribunal boleh meminta maklumat


33. (1) Tribunal boleh meminta apa-apa maklumat yang difikirkannya perlu bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini dan apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

(2) Mana-mana orang yang enggan mematuhi permintaan sedemikian oleh Tribunal melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.


Tiada tindakan terhadap Tribunal


34. Tiada tindakan atau prosiding undang-undang lain boleh diambil terhadap mana-mana anggota Tribunal bagi apa-apa yang telah dibuat atau tidak dibuat dengan suci hati berkaitan dengan kuasa dan fungsi Tribunal yang dijalankan di bawah Akta ini.


Peraturan-peraturan mengenai Tribunal


35. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal dan khususnya dan tanpa menjejas keluasan makna peruntukan yang terdahulu, berkenaan dengan perkara yang berikut:

(a) menetapkan cara dalam mana apa-apa perkara boleh dirujuk kepada Tribunal;
(b) menetapkan tatacara yang hendak dipakai oleh Tribunal dalam mengurus apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya di bawah Akta ini dan rekod yang hendak disimpan oleh Tribunal;
(c) menetapkan cara bagaimana Tribunal dipanggil bersidang dan tempat di mana Tribunal mengadakan persidangannya;
(d) menetapkan skala kos dan fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa siasatan atau prosiding di hadapan Tribunal; dan
(e) amnya bagi menjalankan dengan lebih baik fungsi yang diberi kepada Tribunal di bawah Akta ini.


BAHAGIAN VI

REMEDI BAGI PELANGGARAN DAN

KESALAHAN


Pelanggaran


36. (1) Pelanggaran terhadap hak cipta berlaku apabila seseorang tanpa lesen pemunya hak cipta itu, melakukan atau menyebabkan seseorang lain melakukan satu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hak cipta di bawah Akta ini.

(2) Pelanggaran terhadap hak cipta berlaku apabila seseorang, tanpa persetujuan atau lesen pemunya hak cipta itu, mengimport suatu artikel ke dalam Malaysia bagi maksud—

(a) menjual, menyewakan, atau dengan cara dagangan, menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan, artikel itu;
(b) mengedarkan artikel itu—
(i) bagi maksud dagangan; atau
(ii) bagi apa-apa maksud lain ke takat yang akan memudaratkan pemunya hak cipta itu; atau
(c) dengan cara dagangan, mempamerkan artikel itu kepada awam,


jika dia mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa pembuatan artikel itu telah dijalankan tanpa persetujuan atau lesen pemunya hak cipta itu.

(3) (Dipotong oleh Akta A1420).

(4) (Dipotong oleh Akta A1420).

(5) (Dipotong oleh Akta A1420). Pemintasan langkah perlindungan teknologi


36A. (1) Jika suatu langkah perlindungan teknologi dipakai ke atas suatu salinan karya oleh atau dengan kebenaran pemunya hak cipta karya itu, tiada seorang pun boleh memintasi, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain untuk memintasi, langkah perlindungan teknologi—

(a) yang digunakan oleh pemunya hak cipta itu berkaitan dengan penjalanan haknya di bawah Akta ini; dan
(b) yang menyekat perbuatan berkenaan dengan karyanya yang tidak dibenarkan oleh pemunya yang berkenaan atau yang tidak diizinkan oleh undang-undang.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai jika pemintasan langkah perlindungan teknologi itu adalah—

(a) semata-mata bagi maksud mencapai operasi salingan suatu program komputer yang dicipta secara berasingan dengan program asal atau mana-mana program lain;
(b) semata-mata bagi maksud mengenal pasti dan menganalisis kecacatan dan perihal mudahnya diserang teknologi penyulitan;
(c) semata-mata bagi maksud menguji, menyiasat atau membetulkan keselamatan komputer, sistem komputer atau rangkaian komputer;
(d) semata-mata bagi maksud mengenal pasti dan melumpuhkan suatu keupayaan yang tidak terzahir untuk mengumpul atau menyebarkan maklumat pengenalan peribadi mengenai aktiviti atas talian orang sebenar;
(e) berhubungan dengan apa-apa perbuatan yang mematuhi undang-undang, semata-mata bagi maksud—
(i) penguatkuasaan undang-undang;
(ii) keselamatan negara; atau
(iii) pelaksanaan suatu fungsi statutori; atau
(f) dibuat oleh perpustakaan, arkib atau institusi pendidikansemata-mata bagi maksud membuat keputusan mengenai

pemerolehan berhubungan dengan suatu karya yang dalamnya wujud hak cipta.

(3) Tiada seorang pun boleh—

(a) membuat untuk dijual atau disewakan;
(b) mengimport selain untuk penggunaan persendirian dan domestik; atau
(c) dalam perjalanan urusan—
(i) menjual atau menyewakan;
(ii) menawarkan atau mendedahkan untuk dijual atau disewakan;
(iii) mengiklankan untuk dijual atau disewakan;
(iv) memiliki; atau
(v) mengedarkan;
(d) mengedarkan bagi maksud selain dalam perjalanan urusan sehingga suatu takat yang menjejaskan pemunya hak cipta itu; atau
(e) menawarkan kepada awam atau memberikan apa-apa perkhidmatan berhubungan dengan,


apa-apa teknologi, alat atau komponen yang—

(A) dipromosikan, diiklankan atau dipasarkan bagi maksud memintasi langkah perlindungan teknologi;
(B) mempunyai maksud atau kegunaan komersial penting yang terhad selain untuk memintasi langkah perlindungan teknologi; atau
(C) direka, dikeluarkan, diadaptasi atau dipersembahkan terutamanya bagi maksud untuk membolehkan atau memudahkan pemintasan langkah perlindungan teknologi.

(4) Menteri boleh menetapkan apa-apa teknologi, alat atau komponen yang boleh dikendalikan sebagai suatu langkah perlindungan teknologi untuk dikecualikan daripada pemakaian seksyen ini.

Maklumat pengurusan hak


36B. (1) Tiada seorang pun boleh—

(a) menanggalkan atau mengubah apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran; atau

(b) mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau penyampaian kepada awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya dengan mengetahui bahawa maklumat pengurusan hak elektronik telah ditanggalkan atau diubah tanpa kebenaran,


dan dengan mengetahui atau mempunyai alasan munasabah untuk mengetahui bahawa perbuatan itu akan menyebabkan, membolehkan, memudahkan atau menyembunyikan suatu pelanggaran apa-apa hak di bawah Akta ini.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai jika penanggalan atau pengubahan apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran adalah—

(a) berhubungan dengan apa-apa yang dilakukan dengan sah semata-mata bagi maksud—
(i) penguatkuasaan undang-undang;
(ii) keselamatan negara; atau
(iii) pelaksanaan suatu fungsi statutori; atau
(b) dibuat oleh perpustakaan, arkib atau institusi pendidikan semata-mata bagi maksud membuat keputusan mengenai pemerolehan berhubungan dengan suatu karya yang

dalamnya wujud hak cipta.

(3) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 41, "maklumat pengurusan hak" ertinya maklumat yang mengenal pasti karya, pencipta karya, pemunya apa-apa hak dalam karya, pelaku atau terma dan syarat penggunaan karya, apa-apa nombor atau kod yang menggambarkan maklumat sedemikian, apabila mana-mana butiran ini dilekatkan kepada salinan sesuatu karya atau kelihatan berkaitan dengan penyampaian sesuatu karya kepada awam. Tindakan pemunya hak cipta dan relif

37. (1) Tindakan terhadap pelanggaran hak cipta dan perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36A dan 36B bolehlah diambil tindakan atas guaman pemunya hak cipta itu dan, dalam apa-apa tindakan bagi pelanggaran atau perbuatan yang dilarang sedemikian, mahkamah boleh memberikan jenis relief yang berikut:

(a) suatu perintah injunksi;
(b) ganti rugi;
(c) suatu akaun keuntungan;
(d) ganti rugi statutori yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi setiap karya, tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit pada agregatnya; atau
(e) apa-apa perintah lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), semua relief boleh didapati oleh plaintif dalam sesuatu tindakan di bawah subseksyen 36A(3) kecuali ganti rugi statutori.

(3) Dalam membuat sesuatu award di bawah perenggan (1)(b), mahkamah boleh juga membuat perintah di bawah perenggan (1)(c) bagi suatu akaun apa-apa keuntungan yang boleh dikaitkan dengan pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu yang tidak diambil kira dalam mengira ganti rugi.

(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), jenis relief yang disebut dalam perenggan (1)(b), (c) dan (d) adalah berbeza sama sekali.

(5) Bagi maksud perenggan (1)(d), semua bahagian sesuatu karya kolektif hendaklah dikira sebagai satu karya.

(6) Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini telah dipastikan bahawa suatu pelanggaran atau perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B telah dilakukan tetapi juga telah dipastikan bahawa pada masa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dilakukan defendan tidak menyedari, dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki, bahawa perbuatan itu ialah suatu pelanggaran hak cipta atau dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B, plaintif tidaklah berhak di bawah seksyen ini kepada apa-apa ganti rugi terhadap defendan berkenaan dengan pelanggaran atau perbuatan yang dilarang yang dilakukan itu, tetapi hendaklah berhak kepada suatu akaun keuntungan atau ganti rugi statutori sama ada apa-apa relief lain diberikan atau tidak di bawah seksyen ini.

(7) Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini pelanggaran hak cipta atau pelakuan perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B dipastikan, mahkamah boleh, dalam menilai ganti rugi bagi pelanggaran atau pelakuan perbuatan yang dilarang itu, mengaward apa-apa ganti rugi tambahan yang difikirkannya patut dalam hal keadaan itu jika ia berpuas hati bahawa adalah patut untuk berbuat demikian dengan mengambil kira—

(a) bahawa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dibuat secara terang-terangan;
(b) apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai telah terakru kepada defendan oleh sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu; dan
(c) semua perkara lain yang berkaitan.

(8) Dalam mengaward ganti rugi statutori di bawah perenggan (1)(d), mahkamah hendaklah mengambil kira—

(a) sifat dan maksud perbuatan yang melanggar atau perbuatan yang dilarang itu, termasuk sama ada perbuatan yang melanggar atau perbuatan yang dilarang itu bersifat komersial atau selainnya;
(b) bahawa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dibuat secara terang-terangan;
(c) sama ada defendan bertindak dengan niat jahat;
(d) apa-apa kerugian yang dialami oleh plaintif atau berkemungkinan akan dialami oleh plaintif oleh sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu;
(e) apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai telah terakru kepada defendan atas sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu;
(f) kelakuan pihak-pihak sebelum dan semasa prosiding;
(g) keperluan untuk menghalang pelanggaran atau perbuatan yang dilarang lain yang serupa; dan
(h) semua perkara lain yang berkaitan.

(9) Injunksi tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini jika ia menghendaki sesuatu bangunan yang sudah siap atau sebahagiannya sudah dibina diruntuhkan atau menahan sesuatu bangunan yang sebahagiannya sudah dibina daripada disiapkan.

(10) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 38—

(a) "tindakan" termasuklah tuntutan balas, dan sebutan mengenai plaintif dan mengenai defendan dalam sesuatu tindakan hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
(b) "karya kolektif" ertinya suatu karya yang dalamnya bahan yang berkaitan, yang setiap satunya merupakan karya yang berasingan dan tersendiri, dikumpulkan menjadi suatu karya lengkap secara kolektif; dan
(c) "mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan di Malaysia.

(11) Bagi maksud seksyen ini, "pemunya hak cipta" ertinya pemunya pertama atau pemegang serah hak bahagian hak cipta yang berkaitan itu.


Prosiding dalam hal hak cipta yang tertakluk kepada lesen eksklusif


38. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai mengenai prosiding dalam hal mana-mana hak cipta yang berkenaan dengannya suatu lesen eksklusif telah diberi dan berkuat kuasa pada masa peristiwa yang berkaitan dengan prosiding itu.

(2) Tertakluk kepada seksyen ini, pemegang lesen eksklusif hendaklah (kecuali terhadap pemunya hak cipta itu) mempunyai hak bertindak yang sama dan hendaklah berhak kepada remedi yang sama, di bawah seksyen 37, seakan-akan lesen itu adalah suatu penyerahhakan, dan hak dan remedi itu hendaklah sama dengan hak dan remedi pemunya hak cipta itu di bawah seksyen itu.

(3) Jika sesuatu tindakan diambil sama ada oleh pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif itu, dan tindakan itu, setakat mana ia diambil di bawah seksyen 37, berkaitan (keseluruhannya atau sebahagiannya) dengan sesuatu pelanggaran yang berkenaan dengannya kedua-duanya mempunyai hak bertindak yang sama di bawah seksyen itu, pemunya atau pemegang lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidaklah berhak, kecuali dengan izin mahkamah, untuk meneruskan tindakan, setakat mana ia diambil di bawah seksyen itu dan berkaitan dengan pelanggaran itu, melainkan jika pihak yang lain itu sama ada dicantumkan sebagai plaintif dalam tindakan itu atau ditambah sebagai defendan: tetapi subseksyen ini tidaklah menjejaskan pemberian injunksi interlokutori atas permohonan salah seorang daripada mereka.

(4) Dalam mana-mana tindakan yang diambil oleh pemegang lesen eksklusif menurut kuasa seksyen ini, apa-apa pembelaan, yang sepatutnya ada pada defendan dalam tindakan itu, jika seksyen ini telah tidak diperbuat dan tindakan telah diambil oleh pemunya hak cipta itu, hendaklah tersedia bagi defendan dalam tindakan ini terhadap pemegang lesen eksklusif itu.

(5) Jika sesuatu tindakan diambil dalam hal keadaaan yang disebut dalam subseksyen (3) dan pemunya hak cipta dan pemegang lesen eksklusif itu bukan plaintif dalam tindakan itu, mahkamah, dalam mentaksir ganti rugi berkenaan dengan mana-mana pelanggaran sebagaimana disebut dalam subseksyen tersebut—

(a) jika plaintif adalah pemegang lesen eksklusif, akan mengambil kira apa-apa liabiliti (berkenaan dengan royalti atau selainnya) yang kepadanya lesen itu tertakluk; dan
(b) sama ada plaintif adalah pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif, hendaklah mengambil kira apa-apa remedi kewangan yang diawardkan kepada pihak yang satu lagi di bawah seksyen 37 berkenaan dengan pelanggaran itu, atau, mengikut kehendak keadaan, hak bertindak yang boleh dijalankan terhadap pihak yang satu lagi di bawah seksyen itu berkenaan dengan pelanggaran itu.

(6) Jika sesuatu tindakan, setakat mana ia dibawa di bawah seksyen 37, berkaitan (keseluruhannya atau sebahagiannya) dengan suatu pelanggaran yang berkenaan dengannya pemunya hak cipta dan pemegang lesen eksklusif itu mempunyai hak bertindak yang sama di bawah seskyen itu, dan dalam seksyen itu (sama ada kedua-dua mereka adalah pihak kepadanya atau tidak) suatu akaun keuntungan telah diarahkan untuk diambil berkenaan dengan pelanggaran itu, maka tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang ada dalam pengetahuan mahkamah di mana penggunaan keuntungan itu ditentukan di antara pemunya hak cipta dan pemegang lesen eksklusif, mahkamah akan membahagikan keuntungan antara mereka sebagaimana yang difikirkan adil dan akan memberi apa-apa arahan sebagaimana yang disifatkannya patut untuk memberi efek kepada pembahagian itu.

(7) Dalam sesuatu tindakan yang diambil sama ada oleh pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif—

(a) tiada penghakiman atau perintah untuk pembayaran ganti rugi atau ganti rugi statutori berkenaan dengan suatu pelanggaran hak cipta boleh diberi atau dibuat di bawah seksyen 37, jika penghakiman atau perintah muktamad telah diberi atau dibuat mengaward suatu akaun keuntungan kepada pihak yang lain di bawah seksyen tersebut berkenaan dengan pelanggaran yang sama; dan
(b) tiada penghakiman atau perintah untuk suatu akaun keuntungan berkenaan dengan pelanggaran hak cipta akan diberi atau dibuat di bawah seksyen tersebut, jika suatu penghakiman atau perintah muktamad telah diberi atau dibuat mengaward sama ada ganti rugi, ganti rugi statutori atau suatu akaun keuntungan kepada pihak yang satu lagi di bawah seksyen itu berkenaan dengan pelanggaran yang sama.

(8) Jika dalam sesuatu tindakan yang diambil dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (3), sama ada oleh pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif, pihak yang satu lagi tidak dicantum sebagai plaintif (sama ada pada permulaan tindakan atau selepasnya) tetapi ditambah sebagai defendan, dia tidak boleh dikenakan apa-apa kos dalam tindakan itu melainkan dia memasukkan kehadiran dan mengambil bahagian dalam prosiding itu.

(9) Bagi maksud seksyen ini, ungkapan—

"jika lesen itu adalah penyerahhakan" ertinya jika, sebagai ganti kepada lesen itu, suatu penyerahhakan hak cipta telah diberi, (tertakluk kepada terma dan syarat dengan seberapa hampir yang boleh sama dengan terma dan syarat yang tertakluk kepadanya lesen itu telah diberi) berkenaan dengan permohonannya untuk melakukan, di tempat dan pada masa yang dibenarkan oleh lesen itu, perbuatan yang dibenarkan sedemikian;

"lesen eksklusif" ertinya lesen yang ditandatangani oleh atau bagi pihak seseorang pemunya atau bakal pemunya hak cipta membenarkan pemegang lesen itu dengan mengecualikan mana-mana orang lain, untuk menjalankan suatu hak yang menurut kuasa Akta ini (selain daripada lesen itu) boleh dijalankan secara eksklusif oleh pemunya hak cipta itu; dan "pemegang lesen eksklusif" hendaklah ditafsirkan sewajarnya;

"pihak yang satu lagi", berhubungan dengan pemunya hak cipta, ertinya pemegang lesen eksklusif itu dan berhubungan dengan pemegang lesen eksklusif, ertinya pemunya hak cipta itu.


Sekatan ke atas pengimportan salinan langgaran


39. (1) Pemunya hak cipta mengenai mana-mana karya, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, boleh membuat permohonan kepada Pengawal untuk meminta supaya sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam permohonan itu salinan karya yang baginya seksyen ini terpakai dianggap sebagai salinan langgaran.

(1A) Permohonan di bawah subseksyen (1)—

(a) hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan;
(b) hendaklah menyatakan yang orang yang dinamakan di dalamnya adalah pemunya hak cipta itu; dan
(c) hendaklah disokong oleh apa-apa dokumen dan maklumat, dan disertai dengan fi, sebagaimana yang ditetapkan.

(2) Seksyen ini hendaklah terpakai kepada mana-mana salinan sesuatu karya yang dibuat di luar Malaysia yang pembuatannya dijalankan tanpa persetujuan atau lesen pemunya hak cipta dalam karya itu.

(2A) Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), Pengawal hendaklah memutuskan permohonan itu dan Pengawal hendaklah dalam tempoh yang munasabah memberitahu pemohon dengan notis bertulis sama ada permohonan itu diluluskan dan menyatakan tempoh salinan itu akan dianggap sebagai salinan langgaran.

(3) Jika permohonan itu diluluskan oleh Pengawal berkenaan dengan sesuatu karya dan permohonan itu tidak ditarik balik, pengimportan apa-apa salinan langgaran ke dalam Malaysia sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam notis Pengawal itu adalah dilarang:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi pengimportan apa-apa salinan oleh seseorang bagi kegunaan persendirian dan domestiknya.

(4) (Dipotong oleh Akta A1082).

(5) Pengawal hendaklah menghendaki mana-mana orang yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1)—

(a) supaya mendepositkan cagaran yang pada pendapat Pengawal adalah mencukupi untuk membayar ganti Kerajaan bagi apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung berikutan dengan penahanan pada bila-bila masa dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis Pengawal itu apa-apa salinan langgaran atau berikutan dengan apa-apa jua yang dilakukan berhubungan dengan salinan yang ditahan itu; dan
(b) sama ada atau tidak cagaran diberikan, supaya sentiasa mengganti rugi Pengawal terhadap apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (a).

(6) Mana-mana Penolong Pengawal, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai Kastam boleh mencari dan menyita mana-mana salinan langgaran yang dilarang daripada diimport ke dalam Malaysia di bawah subseksyen (3).

(7) Apabila mana-mana salinan langgaran disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita hendaklah dengan segera memberi notis bertulis mengenai penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya salinan langgaran jika diketahui, sama ada dengan sendiri menyerahkan notis itu kepadanya atau dengan pos di tempat kediamannya, jika diketahui:

Dengan syarat bahawa notis tersebut tidaklah dikehendaki diberi jika penyitaan dibuat pada orang itu atau di hadapan pesalah atau pemunya atau ejennya, atau dalam hal suatu vesel atau kapal udara, di hadapan nakhoda atau juruterbangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(8) Salinan langgaran boleh kena dirampas seolah-olah ia barang larangan di bawah undang-undang berhubungan dengan Kastam.

(9) Menteri boleh membuat peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud seksyen ini.


Pemakaian seksyen 36, 37, 38 dan 39 bagi hak pelaku


39A. (1) Seksyen 36, 37, 38 dan 39 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi hak pelaku.


Salinan sokong program komputer


40. (1) Walau apa pun apa-apa syarat kontrak yang nyata yang sebaliknya, hak cipta mengenai sesuatu karya sastera dalam bentuk sesuatu program komputer tidak dilanggar dengan pembuatan suatu pengeluaran semula karya itu atau program komputer sebagai penyesuaian karya itu, jika—

(a) pengeluaran semula itu dibuat oleh, atau bagi pihak, pemunya salinan itu (dalam seksyen ini disebut "salinan asal") dari mana pengeluaran semula itu dibuat; dan
(b) pengeluaran semula itu dibuat bagi maksud digunakan, oleh atau bagi pihak pemunya salinan asal sahaja, sebagai ganti salinan asal jika salinan asal itu hilang, musnah atau telah tidak digunakan.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pembuatan suatu pengeluaran semula program komputer, atau suatu penyesuaian program komputer itu—

(a) dari salinan langgaran program komputer itu; atau
(b) berlawanan dengan arahan nyata oleh atau bagi pihak pemunya hak cipta mengenai program komputer yang diberi kepada pemunya salinan asal tidak lewat dari masa bila pemunya salinan asal itu memperoleh salinan asal itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini—

(a) sebutan mengenai suatu salinan program komputer atau suatu penyesuaian program komputer adalah sebutan mengenai apa-apa artikel dalam mana program komputer atau penyesuaian itu dikeluarkan semula dalam bentuk material; dan
(b) sebutan mengenai arahan nyata, berhubungan dengan suatu salinan program komputer atau suatu penyesuaian program komputer, termasuklah sebutan mengenai arahan yang mudah dibaca yang dicetak atas salinan atau atas bungkusan yang di dalamnya salinan itu dibekalkan.


Kesalahan


41. (1) Jika semasa hak cipta wujud dalam sesuatu karya atau hak pelaku wujud, mana-mana orang yang—

(a) membuat untuk jualan atau sewa apa-apa salinan langgaran;
(b) menjual, menyewakan atau secara dagangan, mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau disewakan apa-apa salinan langgaran;
(c) mengedarkan salinan langgaran;
(d) ada dalam milikannya, jagaan atau kawalan, bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian dan domestik, apa-apa salinan langgaran;
(e) dengan cara dagangan mempamerkan pada awam apa-apa salinan langgaran;
(f) mengimport ke dalam Malaysia, selain daripada bagi kegunaan persendirian dan domestiknya, sesuatu salinan langgaran;
(g) membuat atau ada dalam milikannya apa-apa perekaan yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran;
(h) memintas atau menyebabkan atau membenarkan dipintas apa-apa langkah teknologi yang berkesan yang disebut dalam subseksyen 36A(1);
(ha) membuat, mengimport atau menjual apa-apa teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36A(3);
(i) membuang atau mengubah apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik yang disebut dalam seksyen 36B tanpa kebenaran; atau
(j) mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau menyampaikan kepada orang awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya yang berkenaan dengannya maklumat pengurusan hak elektronik telah dibuang atau diubah tanpa kebenaran,

melainkan jika dia dapat membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mengagakkan bahawa hak cipta atau hak pelaku akan atau mungkin dilanggar, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(i) dalam hal kesalahan di bawah perenggan (a) hingga (f), *didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit bagi setiap salinan langgaran, atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya **didenda tidak kurang daripada empat ribu ringgit dan tidak lebih daripada empat puluh ribu ringgit bagi setiap salinan langgaran atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya;
(ii) dalam hal kesalahan di bawah perenggan (g) dan (ha), *didenda tidak kurang daripada empat ribu ringgit dan tidak lebih daripada empat puluh ribu ringgit bagi setiap perekaan yang berkenaan dengannya kesalahan telah dilakukan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya **didenda tidak kurang daripada lapan ribu ringgit dan tidak lebih daripada lapan puluh ribu ringgit bagi setiap perekaan yang berkenaan dengannya kesalahan telah dilakukan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya;
(iii) dalam hal kesalahan di bawah perenggan (h), (i) dan (j), didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi ***lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi †sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(2) Bagi maksud perenggan 1(a) hingga (f), mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya tiga atau lebih salinan langgaran sesuatu karya atau rakaman dalam bentuk yang sama, hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap memiliki atau mengimport salinan tersebut bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian atau domestik.

(3) Mana-mana orang yang menyebabkan sesuatu karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem dipertunjukkan di hadapan awam, melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini melainkan jika dia dapat membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mengagakkan bahawa hak cipta akan atau mungkin dilanggar.

(4) Jika sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau oleh seseorang yang menjadi pekongsi dalam suatu firma, tiap-tiap pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, setiausaha, pengurus atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu yang serupa atau tiap-tiap pekongsi lain dalam firma itu atau bermaksud untuk bertindak dalam apa-apa sifat sedemikian atau dalam apa-apa cara atau bertanggungjawab hingga apa-apa takat bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau firma itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.


Pengkompaunan kesalahan


41A. (1) Pengawal atau Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengawal secara bertulis boleh dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya mengkompaunkan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi jumlah yang ditetapkan.

(2) Setelah menerima bayaran di bawah subseksyen (1), tiada prosiding lanjut boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu dan jika milikan apa-apa barang telah diambil, barang itu boleh dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat pengkompaunan itu.

(3) (Dipotong oleh Akta A1139).


Afidavit boleh diterima dalam keterangan


42. (1) Afidavit, petikan yang diperakui sah daripada Daftar Hak Cipta yang disebut dalam seksyen 26B atau akuan berkanun yang dibuat di hadapan mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang mengaku bahawa dia ialah—

(a) pemunya hak cipta mengenai mana-mana karya yang layak dilindungi oleh hak cipta di bawah Akta ini yang menyatakan bahawa—
(i) pada masa yang ditetapkan di dalamnya hak cipta wujud mengenai karya itu;
(ii) dia atau orang yang dinamakan di dalamnya adalah pemunya hak cipta itu; dan
(iii) satu salinan karya itu yang disertakan bersama-sama afidavit atau akaun berkanun itu adalah salinan asal karya itu; atau
(b) pelaku dalam persembahan yang layak dilindungi oleh hak pelaku di bawah Akta ini yang menyatakan bahawa—
(i) pada masa yang ditetapkan di dalamnya hak pelaku wujud mengenai persembahan itu;
(ii) dia atau orang yang dinamakan di dalamnya adalah pelaku itu; dan
(iii) satu salinan dokumen yang disertakan bersamasama afidavit atau akuan berkanun itu adalah dokumen yang membuktikan bahawa dia atau orang yang dinamakan di dalamnya telah membuat persembahan dalam persembahan itu,


bolehlah diterima sebagai keterangan di dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang terkandung di dalamnya.

(2) Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemunya hak cipta atau pelaku bagi maksud subseksyen (1) adalah dikehendaki menunjukkan kuasa secara bertulis yang membenarkannya bertindak sedemikian.

(3) (Dipotong oleh Akta A1082). Penalti

43. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti khas diperuntukkan, boleh, apabila disabitkan *didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi **lima tahun atau kedua-duanya.

BAHAGIAN VIA

ANTIRAKAMAN KAMERA


Kesalahan berhubungan dengan antirakaman kamera


43A. (1) Mana-mana orang yang mengendalikan suatu alat perakam pandang dengar di dalam bilik penayangan untuk merekod apa-apa filem secara keseluruhannya atau sebahagiannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang bersalah atas cubaan untuk melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Bagi maksud seksyen ini—

"alat perakam pandang dengar" ertinya apa-apa alat yang berkebolehan untuk merakamkan atau memancarkan wayang gambar atau mana-mana bahagiannya;

"wayang gambar" ertinya filem;

"bilik penayangan" ertinya mana-mana tempat yang digunakan untuk mempamerkan atau menayangkan wayang gambar, termasuklah panggung wayang gambar.

BAHAGIAN VIB

PENGEHADAN TANGGUNGAN PEMBERI
PERKHIDMATAN


Tafsiran


43B. Bagi maksud Bahagian ini—

"rangkaian lain" ertinya apa-apa jenis rangkaian yang boleh disambungkan dengan rangkaian utama;

"mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan di Malaysia;

"salinan elektronik", berhubungan dengan apa-apa karya, ertinya suatu salinan karya dalam bentuk elektronik dan termasuk versi asal karya itu dalam bentuk itu atas rangkaian;

"rangkaian pemula" ertinya rangkaian lain yang daripadanya suatu salinan elektronik bermula;

"rangkaian utama", berhubungan dengan pemberi perkhidmatan, ertinya suatu rangkaian yang dikawal atau dikendalikan oleh atau bagi pemberi perkhidmatan itu;

"penghalaan" ertinya mengarahkan atau memilih cara atau hala bagi pemancaran data;

"pemberi perkhidmatan"—

(a) bagi maksud seksyen 43C, ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan berhubungan dengan, atau mengadakan penyambungan bagi, capaian, pemancaran atau penghalaan data; dan
(b) bagi maksud Bahagian ini selain seksyen 43C, ertinya seseorang yang memberikan, atau mengendalikan kemudahan bagi, perkhidmatan atas talian atau capaian rangkaian dan termasuk seseorang yang disebut dalam perenggan (a).


Pemancaran, penghalaan dan pengadaan penyambungan


43C. (1) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan bagi pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya jika pelanggaran itu berlaku oleh sebab—

(a) pemancaran atau penghalaan, atau pengadaan penyambungan, oleh pemberi perkhidmatan bagi salinan elektronik karya itu melalui rangkaian utamanya; atau
(b) apa-apa storan fana salinan elektronik karya itu oleh pemberi perkhidmatan dalam perjalanan pemancaran, penghalaan atau pengadaan penyambungan itu:
Dengan syarat bahawa—
(A) pemancaran salinan elektronik karya itu dimulakan oleh atau atas arahan seseorang selain pemberi perkhidmatan;
(B) pemancaran, penghalaan, pengadaan penyambungan atau storan dijalankan melalui suatu proses teknikal automatik tanpa apa-apa pemilihan salinan elektronik karya oleh pemberi perkhidmatan;
(C) pemberi perkhidmatan tidak memilih penerima salinan elektronik karya kecuali sebagai jawapan automatik kepada permintaan seseorang lain; atau
(D) pemberi perkhidmatan tidak membuat apa-apa pengubahsuaian, selain pengubahsuaian yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses teknikal, kepada kandungan salinan elektronik karya itu semasa pemancarannya melalui rangkaian utama.

(2) Jika bahan langgaran telah dikenal pasti sebagai berasal dari suatu lokasi atas talian di luar Malaysia atau daripada suatu akaun tertentu dan jika mahkamah berpuas hati bahawa subseksyen (1) terpakai bagi pemberi perkhidmatan, mahkamah boleh memerintahkan pemberi perkhidmatan—

(a) supaya mengambil langkah yang munasabah untuk melumpuhkan capaian kepada suatu lokasi atas talian yang secara fizikalnya terletak di luar Malaysia; atau
(b) supaya menamatkan akaun tertentu itu.


Sistem caching


43D. (1) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan bagi pelanggaran hak cipta bagi pembuatan apa-apa salinan elektronik karya di rangkaian utamanya jika ia—

(a) daripada suatu salinan elektronik karya yang tersedia di suatu rangkaian pemula;
(b) melalui suatu proses automatik;
(c) tindak balas kepada suatu tindakan oleh pengguna rangkaian utamanya; atau
(d) bagi memudahkan capaian efisien kepada karya oleh seseorang pengguna:
Dengan syarat bahawa—
(A) pemberi perkhidmatan tidak membuat apa-apa pengubahsuaian substantif, selain pengubahsuaian yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses teknikal, kepada kandungan salinan elektronik semasa pemancaran salinan itu kepada pengguna rangkaian utamanya atau rangkaian lain; dan
(B) pemberi perkhidmatan memenuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri berhubungan dengan—
(i) capaian kepada salinan elektronik oleh pengguna rangkaian utamanya atau rangkaian lain;
(ii) penyegaran semula, muatan semula atau pengemaskinian salinan elektronik itu; dan
(iii) ketiadaan gangguan terhadap teknologi yang digunakan di rangkaian pemula untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan apa-apa karya di rangkaian pemula, yang merupakan teknologi yang konsisten dengan standard industri di Malaysia.

(2) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan di bawah seksyen ini jika pemunya hak cipta atau ejennya tidak memberikan apa-apa pemberitahuan di bawah seksyen 43H.


Storan dan peralatan lokasi maklumat


43E. (1) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan bagi pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya jika pelanggaran itu berlaku oleh sebab—

(a) salinan elektronik karya itu distor atas arahan seorang pengguna rangkaian utama;
(b) pemberi perkhidmatan merujukkan atau memautkan seorang pengguna kepada suatu lokasi atas talian di rangkaian pemula di mana salinan elektronik karya itu menjadi tersedia dengan penggunaan peralatan lokasi maklumat seperti hiperlink atau direktori, atau suatu perkhidmatan lokasi maklumat seperti suatu enjin pencari, jika—
(i) pemberi perkhidmatan—
(A) tidak mempunyai pengetahuan sebenar bahawa salinan elektronik karya atau aktiviti itu ialah suatu langgaran; atau
(B) dalam ketiadaan pengetahuan sebenar, tidak sedar akan fakta atau hal keadaan yang daripadanya aktiviti langgaran itu ternyata;
(ii) pemberi perkhidmatan tidak menerima apa-apa faedah kewangan yang boleh dikaitkan secara langsung dengan pelanggaran hak cipta dalam karya yang berlaku dalam, atau dalam urusan, menjadikan karya elektronik itu tersedia di rangkaian utamanya atau rangkaian lain, dan bahawa pemberi perkhidmatan itu tidak mempunyai hak dan keupayaan untuk mengawal aktiviti langgaran itu; dan
(iii) apabila pemberitahuan mengenai apa-apa pelanggaran di bawah seksyen 43H diterima, pemberi perkhidmatan memberikan tindak balas dalam masa yang ditentukan untuk menyingkirkan atau melumpuhkan capaian kepada bahan yang didakwa
sebagai pelanggaran atau hal perkara aktiviti pelanggaran.

(2) Dalam menentukan sama ada sesuatu faedah kewangan boleh dikaitkan secara langsung dengan pelanggaran hak cipta dalam karya, mahkamah hendaklah mengambil kira—

(a) amalan perindustrian berhubungan dengan pengenaan bayaran bagi perkhidmatan oleh pemberi perkhidmatan;
(b) sama ada faedah kewangan itu adalah lebih besar daripada faedah yang biasanya terhasil daripada pengenaan bayaran menurut amalan perindustrian yang sudah diterima; dan
(c) apa-apa perkara lain yang difikirkan relevan oleh mahkamah.

(3) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan di bawah seksyen ini jika pemunya hak cipta atau ejennya tidak memberikan apa-apa pemberitahuan di bawah seksyen 43H.


Pengecualian pemberi perkhidmatan daripada tanggungan bagi penyingkiran salinan atau aktiviti lain daripada rangkaian


43F. (1) Pemberi perkhidmatan yang bertindak dengan mematuhi subseksyen 43H(1) dan menurut Bahagian ini tidaklah tertakluk kepada apa-apa tanggungan berkenaan dengan sesuatu tindakan yang diambil dengan suci hati berhubungan dengan—

(a) penyingkiran salinan elektronik karya daripada rangkaian utamanya; atau
(b) pelumpuhan capaian kepada salinan elektronik karya di rangkaian utamanya atau rangkaian lain.

(2) Apabila salinan elektronik karya telah disingkirkan atau dilumpuhkan capaiannya di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan hendaklah memberitahu, setakat yang boleh dilaksanakan, orang yang telah menyediakan salinan elektronik itu mengenai tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan dan melampirkan dengannya suatu salinan pemberitahuan yang diterimanya menurut subseksyen 43H(1). (3) Walau apa pun apa-apa yang bertentangan, jika—

(a) akibat daripada penyelesaian antara pemunya hak cipta karya dengan orang yang menyediakan salinan elektronik karya itu, pemberi perkhidmatan menerima pemberitahuan bertulis daripada mana-mana pihak untuk mengembalikan salinan elektronik itu di rangkaian atau mengembalikan capaian kepada salinan itu; atau
(b) orang yang menyediakan salinan elektronik karya itu telah dihakimi oleh mana-mana mahkamah atau tribunal sebagai pemunya hak cipta karya itu yang sah,


pemberi perkhidmatan hendaklah, setakat yang boleh dilaksanakan—

(A) mengembalikan salinan elektronik karya itu di rangkaian utamanya; atau
(B) mengembalikan capaian kepada salinan elektronik karya itu di rangkaian utamanya atau rangkaian lain:
Dengan syarat bahawa pemberi perkhidmatan itu dilengkapi dengan dokumentasi yang sepatutnya berhubungan dengan penyelesaian antara pihak-pihak atau penghakiman atau keputusan mahkamah atau tribunal itu.

(4) Pemberi perkhidmatan tidak boleh dikira sebagai telah membenarkan pelakuan apa-apa perbuatan yang melanggar hak cipta di bawah Akta ini semata-mata oleh sebab pemberi perkhidmatan memberikan kemudahan yang telah digunakan oleh seseorang untuk melakukan perbuatan langgaran itu.


Maklumat mengenai pemberi perkhidmatan


43G. (1) Dalam memberikan perkhidmatannya kepada pengguna, pemberi perkhidmatan hendaklah menjadikan tersedia maklumat yang berikut dengan cara yang boleh dicapai oleh mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan itu:

(a) nama dan alamat pemberi perkhidmatan; dan
(b) perincian dan butiran ejen yang ditetapkan untuk menerima apa-apa aduan atau notis berkenaan dengan pengataan pelanggaran hak cipta.

(2) Ketidakpatuhan subseksyen (1) oleh pemberi perkhidmatan tidak mengehakkan pemberi perkhidmatan itu untuk bergantung kepada perlindungan yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini.


Pemberitahuan oleh pemunya hak cipta dan kesannya


43H. (1) Jika suatu salinan elektronik apa-apa karya yang boleh dicapai dalam suatu rangkaian melanggar hak cipta sesuatu karya, pemunya hak cipta yang telah dilanggar itu boleh memberitahu pemberi perkhidmatan rangkaian itu mengenai pelanggaran sedemikian dengan mengeluarkan kepada pemberi perkhidmatan suatu pemberitahuan mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, menghendaki pemberi perkhidmatan untuk menyingkirkan atau melumpuhkan apa-apa capaian kepada salinan elektronik itu di rangkaian pemberi perkhidmatan:

Dengan syarat bahawa pemunya hak cipta itu hendaklah mengaku janji untuk memampasi pemberi perkhidmatan atau mana-mana orang lain bagi apa-apa kerugian, kehilangan atau tanggungan yang berbangkit daripada pematuhan pemberitahuan itu oleh pemberi perkhidmatan.

(2) Pemberi perkhidmatan yang telah menerima pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyingkirkan atau melumpuhkan apa-apa capaian kepada salinan elektronik yang melanggar itu di rangkaiannya tidak lewat daripada empat puluh lapan jam dari masa pemberitahuan itu diterima.

(3) Orang yang salinan elektronik karyanya telah disingkirkan atau capaian kepadanya telah dilumpuhkan menurut subseksyen (2) boleh mengeluarkan kepada pemberi perkhidmatan suatu pemberitahuan balas mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, menghendaki pemberi perkhidmatan itu mengembalikan salinan elektronik itu atau capaian kepadanya di rangkaian utama pemberi perkhidmatan:

Dengan syarat bahawa orang itu hendaklah mengaku janji untuk memampasi pemberi perkhidmatan atau mana-mana orang lain bagi apa-apa kerugian, kehilangan atau tanggungan yang berbangkit daripada pematuhan pemberitahuan balas itu oleh pemberi perkhidmatan.

(4) Pemberi perkhidmatan hendaklah—

(a) apabila diterimanya suatu pemberitahuan balas, dengan segera memberi pengeluar pemberitahuan di bawah subseksyen (1) suatu salinan pemberitahuan balas itu dan memberitahu pengeluar itu bahawa bahan yang disingkirkan itu atau capaian kepada bahan tersebut akan dikembalikan dalam tempoh sepuluh hari bekerja; dan
(b) mengembalikan bahan yang disingkirkan itu atau capaian kepadanya tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja berikutan penerimaan pemberitahuan balas itu, melainkan jika pemberi perkhidmatan telah menerima suatu pemberitahuan lain daripada pengeluar pemberitahuan di bawah subseksyen (1) bahawa dia telah memfailkan tindakan memohon perintah mahkamah untuk menahan pengeluar pemberitahuan balas di bawah subseksyen (3) daripada terlibat dalam apa-apa aktiviti pelanggaran berhubungan dengan bahan di rangkaian pemberi perkhidmatan.

(5) Pemberitahuan balas hendaklah dikeluarkan kepada ejen yang ditetapkan bagi pemberi perkhidmatan yang mengandungi maklumat yang berikut:

(a) tandatangan fizikal atau elektronik pelanggan;
(b) pengenalan bahan yang telah disingkirkan atau yang kepadanya capaian telah dilumpuhkan dan lokasi di mana bahan itu muncul sebelum ia disingkirkan atau capaian kepadanya dilumpuhkan;
(c) pernyataan di bawah hukuman sumpah bohong bahawa pengeluar dengan suci hati mempercayai bahawa bahan itu disingkirkan atau dilumpuhkan daripada kesilapan atau salah pengenalan bahan yang akan disingkirkan atau dilumpuhkan itu; dan
(d) nama, alamat, nombor telefon pengeluar dan pernyataan bahawa pengeluar bersetuju kepada bidang kuasa mahkamah tempat terletaknya alamat itu, atau jika alamat pengeluar adalah di luar Malaysia, di mana pemberi
perkhidmatan boleh dijumpai, dan bahawa pelanggan akan menerima penyampaian proses daripada orang yang memberikan pemberitahuan di bawah subseksyen (1) atau ejen orang itu.


Pembuat notis palsu melakukan kesalahan dan bertanggungan bagi ganti rugi


43I. (1) Jika seseorang yang membuat pemberitahuan menurut seksyen 43H membuat apa-apa pernyataan yang palsu, yang diketahuinya adalah palsu atau yang tidak dipercayainya adalah benar, dan yang menyentuh apa-apa perkara yang penting bagi matlamat pemberitahuan itu—

(a) dia telah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan
(b) dia bertanggungan untuk membayar pampasan kepada mana-mana orang yang mengalami apa-apa kehilangan atau kerugian akibat daripada pembuatan pemberitahuan itu.

(2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai sama ada pernyataan itu dibuat di Malaysia atau tidak, dan jika seseorang membuat pernyataan di luar Malaysia, dia boleh dikendalikan di bawah perenggan (1)(a) seolah-olah kesalahan itu dilakukan di Malaysia.


BAHAGIAN VII

PENGUATKUASAAN


Kemasukan dengan waran atau sebaliknya


44. (1) Dalam tiap-tiap kes di mana maklumat diberi atas sumpah kepada mana-mana majistret bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di dalam mana-mana rumah atau premis ada apa-apa salinan langgaran atau apa-apa perekaan yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan bagi membuat salinan langgaran, atau yang boleh digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran, atau apa-apa artikel, kenderaan, buku atau dokumen lain yang dengannya atau berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah seksyen 41, majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran dengan ditandatangani olehnya dan menurut kuasa waran itu mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen:

Dengan syarat bahawa jika seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelambatan untuk mendapatkan waran geledah, apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen yang telah atau akan digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini mungkin akan dialih atau dimusnahkan, dia boleh memasuki rumah atau premis tersebut tanpa waran dan menyita apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen tersebut dari dalam rumah atau premis itu.

(1A) Seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang memasuki manamana rumah atau premis menurut kuasa subseksyen (1) boleh membawa dengannya orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu; dan apabila meninggalkan mana-mana rumah atau premis yang dia telah masuki dia hendaklah, jika rumah atau premis tidak diduduki atau penghuni tiada buat sementara, meninggalkan rumah atau premis itu dengan berkesannya terselamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan rumah atau premis itu semasa dia menjumpainya.

(2) Seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat carian itu boleh menyita apa-apa salinan langgaran, salinan yang disyaki adalah salinan langgaran, perekaan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi membuat salinan langgaran atau boleh digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran, atau apa-apa artikel, kenderaan, buku atau dokumen lain dan jika mana-mana salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen itu disita, dia hendaklah mengemukakannya di hadapan majistret, dan apabila dikemukakan majistret hendaklah mengarahkan supaya ia disimpan dalam jagaan Pengawal atau Penolong Pengawal atau polis bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa jika, atas apa-apa penyitaan sedemikian, apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen tersebut adalah disimpan dalam jagaan Pengawal atau Penolong Pengawal atau polis dan jika ia didapati, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, bahawa adalah tidak praktik untuk mengemukakannya di hadapan majistret, maka adalah mencukupi bagi maksud subseksyen ini bagi penyitaan itu dilaporkan kepada majistret.

(3) Jika ia didapati, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, bahawa adalah tidak praktik untuk memindahkan dari tempat ia telah dijumpai benda atau dokumen itu yang disita oleh seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dan Penolong Pengawal atau pegawai polis itu telah mengelakkan benda atau dokumen itu dalam premis atau bekas yang didalamnya ia dijumpai menurut peruntukan seksyen 47, maka adalah mencukupi bagi maksud mengemukakan benda atau dokumen tersebut di hadapan majistret di bawah subseksyen (2) bagi penyitaan itu dilaporkan kepada majistret atau bagi majistret melihat benda atau dokumen tersebut di dalam premis atau bekas itu.


Melangsungkan kemasukan, pemindahan dan penahanan


45. Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 44 jika ia adalah perlu untuk berbuat demikian boleh—

(a) memecahkan apa-apa pintu luar atau dalam rumah kediaman atau mana-mana premis lain dan memasukinya;
(b) dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
(c) memindah dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan kepada kemasukan, carian, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melangsungkan; dan
(d) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai ditempat itu sehingga tempat itu telah digeledah.


Akses kepada data komputer atau digital


45A. (1) Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 44, jika perlu, diberi akses kepada data komputer atau digital sama ada distor dalam komputer atau apa-apa medium lain.

(2) Bagi maksud seksyen ini, "akses" termasuklah diberi kata laluan yang diperlukan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan data komputer itu difahami.


Senarai barang-barang yang disita


46. (1) Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyita apa-apa salinan langgaran, apa-apa salinan yang disyaki adalah suatu salinan langgaran, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen di bawah Bahagian ini hendaklah menyediakan suatu senarai barang-barang yang telah disita dan dengan serta-merta menyerahkan salinan yang telah ditandatangani olehnya kepada penduduk atau ejennya atau orang gajinya yang berada di premis itu.

(2) Jika premis tersebut tidak diduduki, Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah, barang di mana mungkin, meletakkan suatu senarai barang-barang yang disita di premis itu.


Penyelakan barang-barang


47. Jika ternyata kepada seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa adalah tidak praktik untuk memindahkan dari tempat yang dijumpainya, apaapa barang atau dokumen yang disita olehnya dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya maka dia boleh dengan apa-apa cara jua mengelakkan barang-barang atau dokumen itu di dalam premis itu atau bekas dalam mana ia dijumpai dan adalah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang yang tanpa kebenaran yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak tersebut atau memindah barang-barang atau dokumen tersebut atau cuba berbuat demikian.


Galangan terhadap carian, dsb.


48. Mana-mana orang yang—

(a) tidak membenarkan mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor akses kepada mana-mana tempat;
(b) menyerang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dalam melangsungkan apa-apa kemasukan yang dia berhak untuk melangsungkan di bawah Akta ini, atau dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(c) enggan memberi kepada mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor apa-apa maklumat berkaitan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang dengan munasabah mungkin dikehendaki darinya, yang ada dalam pengetahuannya atau dia mempunyai kuasa untuk memberi;
(d) dengan tujuan untuk memperdaya mana-mana pegawai awam dalam melaksanakan peruntukan Akta ini, atau dengan tujuan untuk mendapatkan atau mempengaruhi perlakuan atau ketinggalan apa-apa jua yang berhubungan dengan Akta ini, dengan sengaja memberi apa-apa maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan yang palsu dan yang dia sama ada mengetahui atau mempercayai sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar; atau
(e) dalam afidavit atau akuan berkanun yang disebut dalam subseksyen 42(1), membuat apa-apa pernyataan yang palsu, dan yang dia sama ada mengetahui atau mempercayai sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar, menyentuh apa-apa perkara material kepada tujuan yang baginya afidavit atau akuan itu dibuat atau digunakan di bawah subseksyen 42(1),


melakukan suatu kesalahan.


Waran boleh diterima walaupun cacat, dsb.


49. Suatu waran yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau ketinggalan dalam waran itu atau dalam permohonan bagi waran itu dan apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen yang disita di bawah waran itu bolehlah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini.


Kuasa menyiasat


50. (1) Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

(2) Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubungan dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].


Kuasa menangkap

50A. (1) Mana-mana Penolong Pengawal boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai telah melakukan atau cuba melakukan kesalahan boleh tangkap di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2) Mana-mana Penolong Pengawal yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada pegawai polis yang terdekat atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang terdekat, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.


Kuasa untuk memintas komunikasi


50B. (1) Walau apa pun peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, Pendakwa Raya, jika difikirkannya bahawa apaapa komunikasi berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang relevan bagi maksud apa-apa penyiasatan kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, boleh, atas permohonan Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, membenarkan pegawai itu untuk memintas atau mendengar apa-apa komunikasi yang dipancarkan atau diterima oleh mana-mana komunikasi.

(2) Apabila seseorang dipertuduh dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh, hendaklah boleh diterima dalam perbicaraannya sebagai keterangan.

(3) Kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika kebenaran lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah kebenaran itu ke dalam bentuk bertulis.

(4) Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah subseksyen (1) telah dibenarkan olehnya di bawah subseksyen itu ialah keterangan konklusif bahawa dia telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangannya.

(5) Tiada seorang pun berada di bawah apa-apa kewajipan, tanggungjawab atau tanggungan, atau dengan apa cara jua dipaksa, untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding tatacara, kaedah, gaya atau cara, atau apa-apa perkara yang berhubungan dengannya, apaapa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1). Kebolehterimaan pernyataan

51. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa berlangsungnya sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak atau sama ada tidak kesemua atau sebahagian daripadanya bagi menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seorang Penolong Pengawal atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang Penolong Pengawal, seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dalam kes itu boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan itu boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebenarannya:

Dengan syarat bahawa—

(a) tiada pernyataan itu boleh diterima atau digunakan seperti tersebut di atas—
(i) jika pembuatan pernyataan itu ternyata kepada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji mengenai pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan yang pada pendapat mahkamah mencukupi untuk memberi orang itu alasan yang ternyata kepadanya adalah munasabah untuk mengagakkan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dapat mengelakkan apa-apa kejahatan dari jenis keduniaan berhubungan dengan prosiding terhadapnya itu; atau
(ii) mengenai sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian:
"Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa jua yang kamu nyatakan, sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan."; dan
(b) sesuatu pernyataan yang dibuat oleh sesiapa jua sebelum sempat dia diberi amaran tidak boleh dijadikan sebagai tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia tidak diberi amaran jika dia diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin.

(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah diwajibkan menjawab apa-apa soalan berhubungan dengan kes itu selepas dia diberi amaran.


Keterangan agent provocateur boleh diterima


51A. (1) Walau apa pun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, tiada agent provocateur boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau pensubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.

(2) Walau apa pun undang-undang bertulis atau rukun undangundang yang berlawanan, apa apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada agent provocateur oleh mana-mana orang yang selepas itu dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.


Pendedahan maklumat


52. Jika seseorang mendedahkan kepada mana-mana orang lain apaapa maklumat yang telah didapati olehnya menurut Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan, melainkan pendedahan itu dibuat dalam atau bagi maksud melaksanakan fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini.


Pemberian maklumat


52A. (1) Mana-mana orang yang—

(a) mengetahui atau mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
(b) mengetahui atau mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu,


melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2) Tiada apa pun dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a) kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam penjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
(b) kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

Pemulaan pendakwaan

53. Tiada pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya.

Perampasan artikel

54. (1) Apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita menurut Akta ini boleh dirampas.

(2) Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dituduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh apabila selesai perbicaraan itu, sama ada pesalah yang dituduh itu telah disabitkan atau tidak, memerintah supaya apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita daripada orang itu dilupuskan, atau dalam hal salinan langgaran, diserahkan kepada pemunya hak cipta yang pertama, pemegang serah hak atau pemegang lesen eksklusif, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Jika tiada apa-apa pendakwaan mengenai apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita semasa kuasa yang diberi di bawah Akta ini dijalankan, artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu hendaklah dikira dan disifatkan sebagai telah dirampas apabila tamatnya satu bulan kalendar dari tarikh ia disita, melainkan suatu tuntutan telah dibuat sebelum tarikh tersebut mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.

(4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita di bawah Akta ini dan artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu tidak boleh dirampas bolehlah dengan sendirinya atau melalui ejennya yang dibenarkan secara bertulis olehnya, memberi notis kepada Penolong Pengawal mengenai tuntutannya itu.

(5) Apabila Penolong Pengawal menerima notis di bawah subseksyen (4), dia hendaklah merujuk notis itu kepada Pengawal yang boleh, setelah menjalankan siasatan yang difikirkannya perlu, mengarah artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut dilepaskan atau dirampas atau merujukkan perkara itu kepada mahkamah untuk diputuskan.

(6) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujuk hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut dan kepada orang yang daripadanya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut telah disita untuk menghadirkan diri di hadapan mahkamah dan apabila dia memasukkan kehadirannya ataupun ingkar untuk memasukkan kehadirannya yang mana telah terbukti bahawa saman dihantar sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan mengenai perkara itu dan apabila terbukti sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya dan artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut adalah perkara atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, hendaklah mengarah supaya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu dirampas atau boleh, jika ketiadaan bukti tersebut, mengarah supaya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu dilepaskan kepada yang berhak kepadanya.

(7) Apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang dirampas atau disifatkan telah dirampas hendaklah diserahkan kepada Pengawal yang hendaklah melupuskannya mengikut cara yang difikirkannya patut atau menyerahkannya kepada pemunya hak cipta yang pertama, pemegang serah hak atau pemegang lesen eksklusif, mengikut mana-mana yang berkenaan.


Pemeriksaan berkadar artikel telah disita diterima


55. (1) Jika bungkusan atau bekas mengandungi salinan yang disyaki adalah salinan langgaran atau selainnya boleh kena disita telah disita, maka adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa hanya satu peratus atau mana-mana lima salinan, yang mana lebih kurang, kandungan tiap-tiap bungkusan atau bekas yang disita itu.

(2) Mahkamah hendaklah menganggap bahawa salinan yang selebihnya dalam bungkusan atau bekas itu adalah dari jenis yang sama dengan salinan yang telah diperiksa. Melindungi pemberi maklumat daripada diketahui


56. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa dirinya diketahui.

(2) Jika apa-apa buku, dokumen atau surat yang di bawah keterangan atau yang boleh diperiksa, dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah, mengandungi apa-apa pencatatan yang menamakan atau memperihalkan pemberi maklumat atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan tersebut disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat mana ia perlu untuk melindungi pemberi maklumat dari diketahui.

(3) Jika semasa perbicaraan mengenai apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, mahkamah setelah menjalankan siasatan penuh terhadap kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat secara tidak sah di sisi undang-undang telah membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya adalah palsu atau tidak dipercayai sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak berkenaan tanpa identiti pemberi maklumat diketahui, maka adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal jika bertulis dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan menerima pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.


Perlindungan bagi Penolong Pengawal dan pegawai polis


57. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh diambil, dimulakan atau dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bagi atau oleh sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini, dan tiada guaman atau pendakwaan boleh dibenarkan dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap manamana orang lain bagi atau oleh sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan sebagai telah dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau petunjuk mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bagi apa-apa maksud sebagaimana tersebut di atas:

Dengan syarat bahawa tindakan itu telah dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang dicadangkan untuk dilaksanakan dengannya.

BAHAGIAN VIII

PELBAGAI

58. (Dipotong oleh Akta A952).

Peraturan-peraturan

59. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Peluasan pemakaian Akta

59A. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan memakai mana-mana peruntukan Akta ini yang dinyatakan dalam peraturanperaturan itu, berhubungan dengan sesuatu negara yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu (yang dalam seksyen ini disebut sebagai "negara yang dinyatakan"), yang mungkin menjadi atau mungkin tidak menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli manamana Konvensyen atau Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku yang kepadanya Malaysia juga menjadi pihak atau ahli, untuk menjaminkan bahawa peruntukan tersebut—

(a) terpakai berhubungan dengan karya sastera, muzik atau seni, atau filem atau rakaman bunyi, atau edisi yang diterbitkan bagi karya sastera, muzik atau seni yang mula-mula diterbitkan dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya sastera, muzik atau seni, atau filem atau rakaman bunyi, atau edisi
yang diterbitkan bagi karya sastera, muzik atau seni yang mula-mula diterbitkan dalam Malaysia;
(b) terpakai berhubungan dengan orang yang, pada masa material yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu, adalah warganegara atau pemastautin dalam, negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan orang yang, pada masa itu, adalah warganegara, atau pemastautin tetap dalam, Malaysia;
(c) terpakai berhubungan dengan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah undang-undang negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan dalam Malaysia dan menjadi atau terletak hak dengan keperibadian undang-undang di bawah undang-undang Malaysia;
(d) terpakai berhubungan dengan siaran yang dipancarkan dari negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan siaran yang dipancarkan dari Malaysia;
(e) terpakai berhubungan dengan karya seni bina yang didirikan dalam negara yang dinyatakan itu atau mana-mana karya seni lain yang dimuatkan dalam bangunan yang terletak dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya seni bina yang didirikan dalam Malaysia atau mana-mana karya seni lain yang dimuatkan dalam bangunan yang terletak dalam Malaysia;
(f) terpakai berhubungan dengan tiap-tiap karya yang layak bagi hak cipta jika karya itu dibuat dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan tiap-tiap karya yang layak bagi hak cipta jika karya itu dibuat dalam Malaysia;
(g) terpakai berhubungan dengan karya terbitan dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya terbitan dalam Malaysia; dan
(h) terpakai berhubungan dengan persembahan yang dibuat dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan persembahan di Malaysia.

(2) Sebutan dalam perenggan (1)(a) mengenai karya yang mula-mula diterbitkan dalam sesuatu negara yang dinyatakan hendaklah meliputi karya yang mula-mula diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan dalam negara yang dinyatakan itu dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan sedemikian di tempat lain.

(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh memakai peruntukan Akta ini—

(a) berhubungan dengan sesuatu negara yang dinyatakan selain daripada Malaysia tertakluk kepada apa-apa kekecualian atau ubah suaian sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan tersebut;
(b) sama ada secara am atau berhubungan dengan kelas karya atau hal perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan tersebut.

(4) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengadakan peruntukan bagi pemakaian peraturan-peraturan itu berhubungan dengan karya atau persembahan, mengikut manamana yang berkenaan, yang dibuat sebelum tarikh Malaysia menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli sesuatu Konvensyen atau Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya atau persembahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat selepas tarikh itu.

(5) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghidupkan semula mana-mana hak cipta atau hak pelaku yang telah tamat tempohnya di bawah undang-undang negara yang dinyatakan itu sebelum tarikh Malaysia menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli sesuatu Konvensyen atau Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku.

(6) Menteri tidaklah boleh membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen ini yang memakai mana-mana peruntukan Akta ini berkenaan dengan sesuatu negara yang dinyatakan, selain daripada sesuatu negara yang dinyatakan yang menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli mana-mana Konvensyen atau Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku yang kepadanya Malaysia juga menjadi pihak atau ahli, melainkan jika Menteri berpuas hati bahawa, berkenaan dengan kelas karya atau hal perkara lain yang dimaksudkan oleh peruntukan itu, peruntukan telah atau akan dibuat di bawah undang-undang negara yang dinyatakan itu yang menurutnya perlindungan yang mencukupi akan diberikan kepada pemunya hak cipta atau pelaku di bawah Akta ini.

(7) Jika hanya disebabkan oleh peraturan-peratuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), hak cipta wujud dalam karya yang telah dibuat atau hak pelaku wujud bagi persembahan yang dibuat sebelum mula berkuat kuasanya peratuaran-peraturan itu, tiada apa-apa jua yang dilakukan sebelum mula berkuat kuasanya peraturan-peraturan tersebut boleh dikira sebagai telah melanggar hak cipta itu atau hak pelaku, mengikut mana-mana yang berkenaan.


Kuasa Menteri untuk mengecualikan daripada takrif “siaran”


59B. (1) Menteri boleh, melalui perintah, mengecualikan daripada takrif "siaran" berhubungan dengan pemancaran melalui wayar mana-mana perkhidmatan yang berikut:

(a) perkhidmatan saling tindak;
(b) perkhidmatan perniagaan dalaman;
(c) perkhidmatan domestik individu;
(d) perkhidmatan di premis yang diduduki secara tunggal selain daripada sebagai kemudahan perniagaan;
(e) perkhidmatan yang dijalankan bagi orang yang mengadakan perkhidmatan penyiaran melalui cara wayar atau mengadakan rancangan bagi perkhidmatan sedemikian.

(2) Menteri boleh, melalui perintah, meminda subseksyen (1) supaya ditambah atau dihapuskan pengecualian yang disebut dalam subseksyen itu.


Kecualian


60. (1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan apaapa hak atau keistimewaan mana-mana orang, termasuk Kerajaan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, kecuali setakat mana undang-undang itu dimansuhkan, dipinda atau diubah suai dengan nyatanya oleh atau adalah tidak konsisten dengan Akta ini.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Malaysia, atau mana-mana orang yang mendapat hakmilik dari Kerajaan untuk menjual, mengguna atau sebaliknya mengurus artikel yang dirampas di bawah undang-undang yang berkaitan dengan Kastam, termasuk artikel yang dirampas sedemikian menurut Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.


Pemansuhan


61. Akta Hakcipta 1969 [Akta 10] adalah dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa—
(a) tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang yang akan didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu;
(b) apa-apa prosiding sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang yang ada sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini boleh diteruskan atau dimulakan di bawah undang-undang yang dimansuhkan seolah-olah Akta ini telah tidak dibuat;
(c) apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan apa-apa prosiding undang-undang (sivil atau jenayah) atau remedi berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu tidaklah terjejas dan mana-mana prosiding undang-undang atau remedi itu boleh dimulakan atau dikuatkuasakan di bawah peruntukan yang relevan dalam Akta ini.

 {{{1}}} 110

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 332 AKTA HAK CIPTA 1987 SENARAI PINDAAN Undang-Undang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A775

Akta Hak Cipta (Pindaan)1990

01-10-1990; kecuali s. 2, perenggan 3(a), 3(c), 3(e), s. 4, perenggan 5(a), 10(a), s.15, 17, 18, 20, 21 dan 22:01-12-1987

Akta A952

Akta Hakcipta (Pindaan)1996

01-09-1999

Akta A994

Akta Hakcipta (Pindaan)1997

01-04-1999

Akta A1082

Akta Hakcipta (Pindaan)2000

15-08-2000

Akta A1139

Akta Hakcipta (Pindaan)2002

03-03-2003

P.U. (A) 277/2003

Perintah Penyemakan Undang-Undang (Pembetulan Akta Hakcipta 1987) 2003

25-07-2003

Akta A1195

Akta Hakcipta (Pindaan)2003

01-10-2003

P. U. (B) 508/2010

Akta Hak Cipta-1987 Pembetulan

18-11-2010

Akta A1420

Akta Hak Cipta (Pindaan)2012

01-03-2012

_________ 111

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 332 AKTA HAK CIPTA 1987 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen

Kuasa Meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A775

01-12-1987

3

Akta A775 Akta A952 Akta A994 Akta A1082 Akta A1139 Akta A1195 Akta A1420

01-12-1987 01-10-1990 01-09-1999 01-04-1999 15-08-2000 03-03-2003 01-10-2003 01-03-2012

4

Akta A1082 Akta A1420

15-08-2000 01-03-2012

5

Akta A1139 Akta A1420

03-03-2003 01-03-2012

7

Akta A952 Akta A994 Akta A1420

01-09-1999 01-04-1999 01-03-2012

8

Akta A775 Akta A1082 Akta A1420

01-12-1987 15-08-2000 01-03-2012

9

Akta A775 Akta A1420

01-12-1987 01-10-1990 01-03-2012

10A

Akta A1082

15-08-2000

13

Akta A775 Akta A994 Akta A1082 Akta A1420

01-10-1990 01-04-1999 15-08-2000 01-03-2012

13A

Akta A952

01-09-1999

13B

Akta A952 Akta A1420

01-09-1999 01-03-2012 112 Seksyen

Undang-Undang Malaysia

AKTA 332

Kuasa Meminda

Berkuat kuasa dari

13C

Akta A952 Akta A1420

01-09-1999 01-03-2012

15

Akta A775 Akta A994

01-10-1987 01-04-1999

16A

Akta A1082 Akta A1420

15-08-2000 01-03-2012

16B

Akta A1082 Akta A1420

15-08-2000 01-03-2012

17

Akta A994 Akta A1082

01-04-1999 15-08-2000

18

Akta A1082

15-08-2000

19

Akta A1082

15-08-2000

20

Akta A1082

15-08-2000

21

Akta A994

01-04-1999

22

Akta A1082 Akta A1139

15-08-2000 03-03-2003

23

Akta A1082

15-08-2000

23A

Akta A1082 Akta A1420

15-08-2000 01-03-2012

23B

Akta A1082

15-08-2000

24

Akta A775

01-10-1990

25

Akta A994

01-04-1999

25A

Akta A1082

15-08-2000

26A-26C

Akta A1420

01-03-2012

27A

Akta A952 Akta A1082 Akta A1420

01-09-1999 15-08-2000 01-03-2012

27AA

Akta A1420

01-03-2012 Hak Cipta Seksyen

113

Kuasa Meminda

Berkuat kuasa dari

27B

Akta A952

01-09-1999

27C

Akta A952 Akta A1420

01-09-1999 01-03-2012

27D

Akta A952 Akta A1420

01-09-1999 01-03-2012

27E

Akta A952

01-09-1999

27F

Akta A952

01-09-1999

27G

Akta A952

01-09-1999

27H

Akta A952 Akta A1082

01-09-1999 15-08-2000

27I-27L

Akta A952

01-09-1999

28

Akta A1420

01-03-2012

29

Akta A952 Akta A1420

01-09-1999 01-03-2012

30

Akta A952 Akta A1420

01-09-1999 01-03-2012

30A

Akta A952

01-09-1999

31

Akta A1420

01-03-2012

32

Akta A952

01-09-1999

36

Akta A775 Akta A994 Akta A1420

01-10-1990 01-04-1999 01-03-2012

36A-36B

Akta A1420

01-03-2012

37-38

Akta A1420

01-03-2012

39

Akta A775 Akta A1082

01-12-1987 01-10-1990 15-08-2000

39A

Akta A1082

15-08-2000

40

Akta A1420

01-03-2012 114 Seksyen

Undang-Undang Malaysia

AKTA 332

Kuasa Meminda

Berkuat kuasa dari

41

Akta A775 Akta A994 Akta A1082 Akta A1195 Akta A1420

01-10-1990 01-04-1999 15-08-2000 01-10-2003 01-03-2012

41A

Akta A952 Akta A1139 Akta A1195

01-09-1999 03-03-2003 01-10-2003

42

Akta A1082 Akta A1420

15-08-2000 01-03-2012

43

Akta A1195

01-10-2003

Akta A1420

01-03-2012

Akta A1420

01-03-2012

Akta A1420

01-03-2012

43B-43I

Akta A1420

01-03-2012

44

Akta A775

01-10-1990

45A

Akta A1420

01-03-2012

46

Akta A775

01-10-1990

48

Akta A775

01-10-1990

49

Akta A775

01-12-1987

50

Akta A1195 Akta A1420

01-10-2003 01-03-2012

50A

Akta A1195

01-10-2003

50B

Akta A1420

01-03-2012

51A

Akta A1420

01-03-2012

52A

Akta A1420

01-03-2012

53

Akta A1139

03-03-2003

54

Akta A775 Akta A1195

01-10-1990 01-10-2003

BAHAGIAN VIA 43A BAHAGIAN VIB Hak Cipta Seksyen

115

Kuasa Meminda

Berkuat kuasa dari

55

Akta A775

01-12-1987

56

Akta A775

01-12-1987

58

Akta A775 Akta A952 Akta A994

01-10-1990 01-09-1999 01-04-1999

59

Akta A775

01-12-1987

59A

Akta A775 Akta A1082

01-12-1987 15-08-2000

59B

Akta A994

01-04-1999

61

Akta A775

01-12-1987

Akta A1420

01-03-2012

Keseluruhan Akta