Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA
YANG KEMAS KINI
Akta 270
AKTA ISTANA NEGARA
(ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982
Sebagaimana pada 1 September 2012
AKTA ISTANA NEGARA
(ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982
Tarikh Perkenan Diraja
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
|
30 April 1982 |
Tarikh penyiaran dalam Warta
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
|
13 Mei 1982 |
Kali terakhir dipinda melalui P.U.(A) 359/2011 yang mula berkuat kuasa pada
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
|
1 November 2011 |
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 270
AKTA ISTANA NEGARA
(ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982
SUSUNAN SEKSYEN
Seksyen | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Tajuk ringkas dan permulaan berkuat kuasa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Elaun bagi bekas Yang di-Pertuan Agong | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Elaun bagi bekas Raja Permaisuri Agong | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. | Pembayaran | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. | Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6. | Elain tidak boleh diserahhakkan dsb, dan ketidakpakaian Akta Cukai Pendapatan 1967 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7. | Pindaan Jadual | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
8. | Pemansuhan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
JADUAL PERTAMA | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
JADUAL KEDUA
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 270 AKTA ISTANA NEGARA Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai pemberian elaun khas dan keistimewaan lain kepada seseorang Raja dan Permaisurinya yang masing-masingnya pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
[1 Julai 1981]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) 1982 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1981. Elaun bagi bekas Yang di-Pertuan Agong 2. Maka hendaklah dibayar kepada seseorang Raja yang pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, bagi seumur hidup, elaun bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Pertama. Elaun bagi bekas Raja Permaisuri Agong 3. (1) Maka hendaklah dibayar kepada Permaisuri seseorang Raja, yang pernah memegang jawatan Raja Permaisuri Agong, bagi seumur hidup, elaun bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama. (2) Jika Yang di-Pertuan Agong mangkat semasa memegang jawatan, maka hendaklah diberikan kepada Permaisurinya yang memegang jawatan Raja Permaisuri Agong pada masa kemangkatan Yang di-Pertuan Agong itu elaun dan keistimewaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi seumur hidupnya sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1). Pembayaran 4. Elaun bulanan yang kena dibayar di bawah seksyen 2 dan subseksyen 3(1) hendaklah —
Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan 5. Jumlah wang yang dikehendaki bagi pembayaran di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan ke atas Kumpulan Wang Disatukan. Elaun tidak boleh diserahhakkan, dsb. dan ketidakpakaian Akta Cukai Pendapatan 1967 6. (1) Elaun dan keistimewaan yang diberi di bawah Akta ini tidak boleh diserahhakkan atau dipindah milik, atau ditahan, disita atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan. (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] tidak terpakai bagi elaun dan keistimewaan yang diberi di bawah Akta ini. Pindaan Jadual 7. Jemaah Menteri boleh melalui perintah meminda Jadual dari semasa ke semasa. Pemansuhan 8. Akta Pencen Khas (Raja Permaisuri Agong) 1979 [Akta 223] dimansuhkan. JADUAL PERTAMA BAHAGIAN I Bekas Yang di-Pertuan Agong:
BAHAGIAN II Bekas Raja Permaisuri Agong:
JADUAL KEDUA (a) suatu jumlah wang pukal sebanyak RM2,590.87 sebulan bagi penyenggaraan kereta dan penggajian drebar dan kakitangan istana; (b) sebuah kereta (tidak dikenakan fi pendaftaran dan fi lesen kenderaan motor), atau suatu elaun kereta dalam bentuk jumlah wang pukal sebanyak RM250,000 dan pengecualian daripada fi lesen kenderaan motor bagi sebuah kereta yang didaftarkan di atas namanya sebagai ganti; dan (c) tempat kediaman tanpa sewa di rumah Kerajaan yang disenggara oleh Kerajaan atau jumlah wang pukal elaun rumah sebanyak RM750,000.00 sebagai ganti. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 270 AKTA ISTANA NEGARA SENARAI PINDAAN
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 227 AKTA PENCEN 1980 SENARAI PINDAAN
|