Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin

انيله عقيده
بڬ
سنوسيّة
متن
امّ البراهين

دچيتأ اوليه

دحكاية اوكه اورڠ درفدا ستڠه درفدا مريكࢨت اكن بهسڽ مليهله أيا اكن تولنڽ ددالم تيدورڽ مك مناڽاله أيا اكنديا درفد ستڠه درفدا برڠيڠ برجوڤا يا اكنيا درفدا منكر دان نكير كمدين درفدا ماتيڽ مك بركتا أيا تله مناڽاله اوله كدواڽ اكن اكو درفدا اكماكو دان درفد برڠيڠ اكو مڠاجيكن ديا درفدا سكل تتاب علم توحيد مك كتاكي اكو مڠاجي عقيده سيانو دان سيانو لاين درفدا عقيده سنوسيّه أين مك بركتا أي جك اڠكو مڠاجي كن عقيده سنوسيّة اين نسچاي ممداله أيا اكنديكو درفد يڠ لاينڽ دان مم

هٰذِهٖ
انيله عقيده بك سنوسيّه
متن امّ البراهين دترجمه
كن دڠن بڠسا ملايو
والله اعْلم
م

هٰذِهٖ رِسَالَة نَفِيْسَة مُتَضَمِّنَة لِعَقِيْدَة
اهل السّنّة والجماعة ليس فيها زيع ولا شبهة
قاله عبد القادر بن عبد
الرّحمٰن فطّاني
م

بِسـْــــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ
برمول سكل فوج
لِلّٰهِ
ايت ترتنتو بك الله
وَالصَّلَاةُ
دان رحمة الله
وَالسَّلَامُ
دان سلامڽ
عَلىٰ
اتس
رَسُوْلِ
فسوره
اللهِ
الله
اِعْلَمْ
كتهوى الهم
اَنَّ
بهو سسڠكهڽ
الْحُكْمَ
حكم يڠ بڠسكن
الْعَقْلِي
فد عقل ايت
يَنْحَصِرُ
ترسمفن اي
فِيْ ثَلَاثَةِ
فد تيك
اَقْسَامٍ
بهݢي
الْوُجُوْبُ
فرتما وجب
وَالْاِسْتِحَالَةُ
دان كدوا مستحيل
وَالْجَوَازُ
دان كتيك هارس
فَالْوَاجِبُ
مک برمول يڠ واجب
مَا
ايت ياࢨت
لَا يُتَصَوَّرُ
برڠيڠ تياد دافت
فِي الْعَقْلِ
درفد عقل
عَدَمُهُ
اوله عدمڽ
وَالْمُسْتَحِيْلُ
دان يڠ مستحيل ايت
مَا
ايت ياࢨت
لَا يُتَصَوَّرُ
برڠيڠ تياد دافت
فِي الْعَقْلِ
فد عقل اوله
وُجُوْدُهُ
عقل اداڽ
وَالْجَائِزُ
دان يڠ جائز ايت
مَا يَصِحُّ
برڠيڠ صح
فِي الْعَقْلِ
فد عقل
وُجُوْدُهُ
اداڽ
وَعَدَمُهُ
دان تياداڽ
وَيَجِبُ
دان واجب
عَلَى كُلِّ
اتس تيف٢
مُكَلَّفٍ
مكلف فد شرع
شَرَعًا اَنْ
بهو مڠتهوي
يَعْرِفَ مَا
اي اكن برڠيڠ
يَجِبُ
واجب
فِي حَقِّ
فد حق توهن
مَوْلَانَا جَـــلَّ
كيت يڠ مها بسر
وَعَزَّ
دان يڠ مها مليا
وَمَا
دان بارڠيڠ
يَسْتَحِيْلُ
مستحيل
وَمَا يَجُوزُ
دان بارڠيڠ هارس اي
وَكَذَا يَجِبُ
دان دمكين لاك واجب
عَلَيْهِ
اتسڽ
أَنْ يَّعْرِفَ
بهو مڠتهوي ای
مِثْلَ
اكن سؤفما
ذلِكَ
يڠدمكين ايت
فِي حَقِّ
افد حق
الرُّسُلِ
سݢل رسول
عَلَيْهِمُ
اتس مريكࢨت
الصَّلاَةُ
رحمة الله
وَالسَّلاَمُ
دان سلامڽ
فَمِمَّا
مك ستڠكه درفد
يَجِبُ
برڠيڠ واجب
لِمَوْلَانَا
بݢ توهن كيت يڠ
جَلَّ
مها بسر دان
وَعَزَّ
يڠ مها ملى
عِشْرُوْنَ
دوا فوله
صِفَةً
صفة
وَهِيَ
دان يائت
الْوُجُوْدُ
اد
وَالْقِدَمُ
دان سديا
وَالْبَقَاءُ
دان ككل
وَمُخَالَفَتُهُ
دان برسلاهن
تَعَالىٰ
يڠ مها تڠݢي
لِلْحَوَادِثِ
بڬ سݢل يڠ بهارو
وَقِيَامُهُ
دان برديرياف
تَعَالىٰ
الله تعالىٰ
بِنَفْسِهٖ
دڠن سنديريڽ
اَيْ
ارتيڽ تياد
لَا يَفْتَقِرُ
بركهندق
اِلٰى مَحَلٍّ
كفد ذات
وَلَا
دان تياد
مُخَصِّصٍ
بركهندق كفد
وَّ الـــــوَحْــــدَانِىَّةُ
فعل يڠ منجديكندي

دان اتس
اَيْ لَا
ارتيڽ تياد
ثَانِيَ لَهُ
كدو اي بݢيڽ
فِيْ ذَاتِهِ
فد ذاتڽ
وَلَا
دان تياد
فِيْ
فد سݢل
صِفَتَهِ
صفاتڽ
وَلَا
دان تياد
فِيْ
فد سݢل
اَفْعَالِهِ
افعالڽ
فَهٰذِهِ
مک اينله
سِتُّ
اتو صفة
صِفَاتٍ
برمول يڠفرتماڽ
الاُوْلٰى
صفة نفسية
نَفْسِيِّةٌ
دان يائت
وَهِيَ الوُجُوْدُ
واجب
وَالْخَمْسَةُ
دان يڠ ليم
بَعْدَهَا
کمدينڽ اية
سَلْبِيَّةٌ
صفة سلبية نماڽ
ثُمَّ
کمدينڽ واجب
يَجِبُ لَهُ تَعَالٰى
بڬ الله تعالى
سَبْعُ
توجه
صِفَاتٌ
صفة
تُسَمّٰى
يڠ دنمائ اکندي
صِفَاتِ
صفة
الْمَعَانِيْ
معاني
وَهِيَ
دان يائت
الْقُدْرَةُ
قدرة ارتيڽ

کواس
وَالاِرَادَةُ
دان ارادة

ارتيڽ بركهندق
المُتَعَلِّقَتَانِ
يڠ تعلق اکو اداڽ
بِجَمِيْعِ
کفد سکل
المُمْكِنَاتِ
ممکن دان


Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/9 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/10 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/11 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/12 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/13 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/14 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/15 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/16 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/17 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/18 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/19 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/20 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/21 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/22 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/23 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/24 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/25 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/26 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/27 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/28 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/29 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/30 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/31 Laman:Inilah Aqidah bagi Sanusiyah Matan Umm al-Barahin.pdf/32
تَعَالَىٰ
تعالٰى
عَنْ
درفد
أَصْحَابِ
صحابة
رَسُولِ
رسول
اللهِ
الله
أَجْمَعِيْنَ
سكلين
وَالتَّابِعِيْنَ
دان تابعين
لَهُمْ
بك مريكࢨت
بِاِحْسَانٍ
دڠن كبجيكن
إِلَىٰ
هڠك
يَوْمِ
هاري
الدِّيْنِ
قيامة
وَسَلاَمٌ
سجهتر
عَلَى
اتس
الْمُرْسَلِيْنَ
سكلينڽ فسوره
وَالْحَمْدُ
دان سݢل فوج
لِلّٰهِ
بڬ الله
رَبِّ
سكلين
العَالَمِيْنَ
عالم

تَمَّتْ


Umm al-Barahin

oleh Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi

diterjemahkan oleh Abd al-Qadir ibn Abd al-Rahman al-Fathoni

Inilah Aqidah bagi Sanusiyah

Matan Umm al-Barahin

Diterjemahkan dengan bangsa Melayu. Wallahu a'lam

Bismillahirrahmanirrahim

Bermula segala puji itu tertentu bagi Allah dan rahmat Allah dan salam-Nya atas pesuruh Allah. Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hukum yang [di]bangsakan pada akal itu tersimpan ia pada tiga bahagi. Pertama wajib dan kedua mustahil dan ketiga harus. Maka bermula yang wajib itu iaitu barang yang tiada dapat daripada akal oleh tiadanya. Dan yang mustahil itu iaitu barang yang tiada dapat pada akal oleh adanya. Dan yang harus itu barang yang sah pada akal adanya dan tiadanya. Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf pada shara' bahawa mengetahui ia akan barang yang wajib pada hak Tuhan kita yang Maha Besar dan yang Maha Mulia dan barang yang mustahil dan barang yang harus ia. Dan demikian lagi wajib atasnya bahawa mengetahui ia akan seumpama yang demikian itu pada hak segala rasul atas mereka itu rahmat Allah dan salam-Nya. Maka setengah daripada barang yang wajib bagi Tuhan kita yang Maha Besar dan yang Maha Mulia dua puluh sifat dan iaitu ada dan sedia dan kekal dan bersalahan yang Maha Tinggi bagi segala yang baharu dan berdiri Allah Ta'ala dengan sendiri-Nya ertinya tiada berkehendak kepada zat dan tiada berkehendak kepada fi'il yang menjadikan dia dan asa ertinya tiada kedua ia bagi-Nya pada zat-Nya dan tiada pada segala sifat-Nya dan tiada pada segala af'al-Nya, maka inilah enam sifat; bermula yang pertama sifat nafsiyah dan iaitu ada dan yang lima kemudiannya itu sifat salbiyah namanya, kemudiannya wajib bagi Allah Ta'ala tujuh sifat yang dinamai akan dia sifat ma'ani dan iaitu qudrat ertinya kuasa dan iradat ertinya berkehendak yang takluk keduanya kepada segala mumkin dan ilm ertinya yang takluk ia kepada segala yang wajib dan segala yang harus dan segala yang mustahil dan hayat ertinya hidup dan iaitu tiada takluk kepada sesuatu jua pun dan sam' ertinya mendengar dan basar ertinya melihat yang takluk keduanya itu kepada segala yang ada dan al-kalam ertinya berkata-kata yang tiada ia dengan huruf dan tiada suara dan takluk ia kepada barang yang takluk dengan dia ilm daripada segala tempat takluknya, kemudian maka wajib tujuh sifat yang dinamai akan dia sifat ma'nawiyah dan iaitu melazimkan ia bagi tujuh sifat; yang pertama dan iaitu keadaan Allah Ta'ala yang kuasa dan yang berkehendak dan yang tahu dan hidup dan yang mendengar dan yang melihat dan yang berkata-kata. Dan setengah daripada yang mustahil daripada hak Allah Ta'ala dua puluh sifat dan iaitu segala lawan dua puluh sifat; yang pertama dan iaitu tiada dan baharu dan kedatangan oleh tiada dan bersamaan dengan segala yang baharu ada ia bagi jirim ertinya mengambil zat-Nya yang Maha Tinggi itu akan kuasa daripada lapang atau ada ia seperti 'aradh yang berdiri ia dengan jirim atau ada ia pada pihak bagi jirim atau ada baginya iaitu pihak atau tertentu ia dengan tempat atau pada masa atau bersifat oleh zat-Nya yang Maha Tinggi itu dengan segala sifat yang baharu atau bersifat dengan kecil atau bersifat dengan besar atau bersifat ia dengan segala gharadh pada segala perbuatannya dan pada segala hukumnya, dan demikian lagi mustahil atas Allah Ta'ala bahawa ia ada Ia berdiri dengan sendiri-Nya seperti bahawa ada Ia sifat yang berdiri Ia dengan zat yang lain atau berkehendak kepada yang menjadikan ia, dan demikian lagi mustahil atas Allah Ta'ala bahawa tiada ada Ia asa seperti bahawa ada Ia bersusun pada zat-Nya atau ada bagi-Nya yang menyerupai pada zat-Nya atau pada segala sifat-Nya atau ada serta-Nya pada wujud yang memberi bekas pada sesuatu perbuatan daripada segala perbuatan-Nya, dan demikian lagi mustahil atas Allah Ta'ala lemah pada menjadikan mumkin barang yang mumkin ada ia dan mengadakan suatu daripada alam serta bencinya bagi adanya ertinya ketiadaan berkehendak Allah Ta'ala bagi adanya atau serta lupa atau serupa lalai atau dengan kera[na] illat atau dengan tabiat, dan demikian lagi mustahil atasnya yang Maha Tinggi jahil dan barang yang pada maknanya dengan yang maklum ada ia dan mati dan tuli dan buta dan kelu, bermula segala lawan sifat maknawiyah itu tulah nyata ia daripada segala lawan dan sifat ma'ani ini. Dan adapun yang harus pada hak Allah Ta'ala itu maka iaitu berbuat tiap-tiap mumkin atau meninggalkan dia. Adapun tanda adanya Allah Ta'ala maka iaitu baharu segala alam ini karena bahawa sungguhnya jikalau tiada ada baginya yang membaharukan dia tetapi baharu ia bagi sendirinya, maka lazimlah bahawa salah suatu daripada dua pekerjaan yang bersamaan keduanya lagi samati ia bagi taulannya berlebih-lebihan atasnya dengan tiada sebab dan iaitu mustahil. Bermula dalil baharu alam ini iaitu melazimkan ia bagi segala 'aradh yang baharu daripada gerak dan diam dan lain daripada keduanya dan yang melazimkan bagi yang baharu itu baharu jua adanya. Bermula dalil baharu segala 'aradh itu maka iaitu nyata dipandang berubah-ubahnya daripada tiada kepada adanya dan daripada ada kepada tiada. Dan adapun tanda wajib qidam bagi Allah Ta'ala maka dari karena bahawasanya jikalau tiada qidam nescaya adalah ia baharu maka berkehendaklah ia kepada yang membaharukan daripada maka lazimlah oleh daur atau tasalsul. Dan adapun tanda wajib baqa bagi Allah Ta'ala maka dari karena bahawa sungguhnya jikalau dapat bahawa dihubung ia oleh 'adam nescaya nafilah ia daripadanya qidam dari karena keadaan wujudnya pada ketika itu harus tiada wajib. Bermula yang harus itu tiada ada wujudnya melainkan baharu jua tiada sah yang melainkan pada hal telah terdahulu hampir wajib qidamnya Allah Ta'la dan baqanya. Dan adapun tanda wajib bersalahan Allah Ta'ala bagi segala yang baharu maka dari karena bahawa sungguhnya jikalau bersamaan Allah akan suatu daripada segala yang baharu nescaya adalah ia baharu sepertinya dan yang demikian mustahil bagi barang yang telah engkau ketahui dahulu daripada wajib qidam Allah Ta'ala. Dan adapun tanda wajib berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya maka dari karena bahawa sungguhnya jikalau berkehendak ia kepada zat nescaya adalah ia sifat dan sifat tiada bersifat ia dengan segala sifat ma'ani dan tiada bersifat ia dengan segala sifat ma'nawiyah dan Tuhan kita yang Maha Besar dan yang Maha Mulia wajib bersifat ia dengan keduanya maka bukanlah dengan sifat dan jikalau berkehendak ia kepada fi'il yang menjadikan dia nescaya adalah ia baharu tiada sah kiranya yang demikian itu pada hal beratlah tendahulu berdiri dalil atas wajib qidam Allah Ta'ala dan baqa-Nya. Dan adapun tanda wajib asa bagi Allah Ta'ala maka dari karena baharu sungguhnya jikalau tiada ada ia asa nescaya lazimlah bahawa tiada diperoleh suatu daripada alam ini dari karena lazimlah lemahnya pada ketika itu. Dan adapun tanda wajib bersifat Allah Ta'ala dengan qudrat dan iradat dan ilm dan hayat maka dari karena baharu sungguhnya jikalau nafi suatu daripada segala sifat itu nescaya tiadalah diperoleh suatu daripada segala yang baharu ini. Dan adapun tanda wajib sam'u bagi Allah Ta'ala dan basar dan kalam maka iaitu Quran dan hadits dan ijma'. Dan lagi pula jikalau tiada bersifat Allah dengan dia nescaya lazimlah bahawa bersifat ia dengan segala lawan dan iaitu kekurangan atas Allah Ta'ala itu mustahil. Dan adapun tanda keadaan berbuat segala mumkin atau meninggalkan dia itu harus pada hak Allah Ta'ala, maka dari karena bahawa sungguhnya jikalau wajib atas Allah Ta'ala suatu daripadanya pada akal atau mustahil ia pada akal nescaya bertukarlah ia mumkin itu kepada wajib atau mustahil. Dan demikian itu tiada diterima oleh akal. Dan adapun segala pesuruh atas mereka itu rahmat Allah dan salam-Nya maka wajib pada hak mereka itu oleh benar dan kepercayaan dan menyampaikan barang yang disuruhkan mereka itu dengan menyampaikannya bagi segala makhluk. Dan mustahil pada hak mereka itu atas mereka itu rahmat Allah dan salam-Nya segala lawan ini sifat ini dan iaitu dusta dan khianat dengan berbuat suatu daripada barang yang ditegahkan daripadanya dengan tegah haram atau tegah makruh dan menyembunyikan suatu daripada barang yang disuruhkan mereka itu dengan menyampaikan dia bagi segala makhluk. Dan harus pada hak mereka itu atas mereka rahmat Allah dan salam-Nya barang yang iaitu daripada segala perangai tubuh manusia yang tiada memadai kepada kekurangan pada martabat mereka itu yang tinggi seperti sakit dan seumpamanya. Adapun tanda wajib benar mereka itu maka dari karena bahawasanya mereka itu jikalau tiada benar mereka itu nescaya lazimlah dusta pada khabar-Nya yang Maha Tinggi dari karena membenarkan Allah Ta'ala bagi mereka itu dengan mukjizat yang turun menempat pada tempat firman-Nya yang Maha Tinggi telah benar hamba-Ku pada tiap-tiap barang yang disampaikan itu daripada-Ku. Dan adapun tanda wajib kepercayaan atas mereka rahmat Allah dan salam-Nya maka dari karena bahawa sungguhnya jikalau khianat mereka itu dengan berbuat suatu yang diharamkan atau yang makruh itu maka berubahlah yang haram atau yang makruh itu akan taat pada hak mereka itu karena bahawa sungguhnya Allah menyuruh Ia akan kita dengan mengikut mereka itu pada segala perkataan dan segala perbuatannya dan tiada menyuruh Allah Ta'ala akan kita dengan berbuat yang diharamkan dan tiada yang makruh. Bermula dalil wajib amanah ini itu-itu hak iaitu dalil wajib yang ketiga tabligh. Dan adapun dalil harus segala 'aradh segala tubuh manusia atas mereka itu maka iaitu nyata dipandang jatuhnya pada mereka itu adakalanya karena membesarkan pahala mereka itu atau karena mengajar jika atau karena ... sabar daripada dunia atau karena bagi kehinaannya kadar dunia kepada Allah Ta'ala dan ketiadaan redha Allah dengan dunia ini akan negeri tempat membalas bagi segala awliya-Nya dengan sikit-sikit meniaga kepada kelakuan mereka itu pada dalamnya atas mereka itu rahmat Allah dan salam-Nya. Menghimpunkan akan segala ma'ani 'aqaid ini sekeliannya kata la ilaha illa Allah Muhammad rasulu Allah dari karena makna ketuhanan itu iaitu kaya Tuhan daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan berkehendak tiap-tiap barang yang lainnya kepada-Nya maka makna la ilaha illa Allah itu tiada yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lain-Nya dan tiada yang berkehendak kepada-Nya tiap-tiap barang yang lain-Nya melainkan Allah Ta'ala. Adapun kaya Allah Ta'ala yang Maha Besar dan Maha Mulia daripada tiap-tiap yang lain-Nya maka iaitu mengwajibkan ia bagi Allah Ta'ala itu wujud dan qidam dan baqa dan bersalahan bagi segala yang baharu dan berdiri dengan sendiri dan suci daripada segala kekurangan dan masuk pada yang demikian itu wajib mendengar bagi Allah Ta'ala dan melihat dan berkata-kata dari karena jikalau tiada wajib Allah Ta'ala segala sifat ini nescaya adalah berkehendak kepada yang membaharu akan dia atau kepada zat atau kepada yang menolakkan ia daripadanya kekurangan dan diambil daripadanya suci ia Allah Ta'ala daripada segala gharadh pada segala perbuatannya dan segala hukumnya dan jika tiada demikian nescaya lazimlah berkehendak Allah Ta'ala kepada barang yang menghasilkan ia akan gharadhnya beta kidanya peru yang demikian itu dan iaitu Allah Ta'ala pada hal yang mahar dan yang Maha Mulia ia jua yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan ambil daripadanya pula bahawa sungguhnya tiada wajib atas Allah Ta'ala berbuat suatu daripada segala mumkin dan tiada wajib meninggalkan dia dari karena wajib atas Allah Ta'ala suatu daripadanya pada akal seperti memberi pahala umpamanya nescaya adalah Allah Ta'ala yang Maha Besar dan yang kehendak berkehendak kepada yang demikian itu suatu supaya sempurna ia dengan dia menghasilkan dari karena tiada yang wajib pada hak Allah Ta'ala melainkan barang yang ia sifat kesempurnaan baginya betapa sah yang demikian itu dan iaitu pada hal Allah Ta'ala yang Maha Besar dan yang Maha Mulia ia jua yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya. Dan adapun berkehendak tiap-tiap barang yang lainnya kepadanya yang Maha Besar dan yang Maha Mulia maka iaitu mengwajibkan ia bagi Allah Ta'ala bersifat hayat dan umum qudrat-Nya dan iradat-Nya dan ilmu-Nya karena jikalau nafi suatu daripada segala sifat itu nescaya tiada dapat bahawa peroleh suatu daripada segala baru maka tandalah berkehendak kepadanya suatu betapa sah dan yang demikian itu dan iaitu pada hal Allah Ta'ala berkehendak kepadanya tiap-tiap barang yang lainnya dan mewajibkan bagi Allah Ta'ala pula wahdaniah dari karena jikalau diretanya yang kedua pada ketuhanan nescaya tiadalah berkehendak kepadanya suatu jua pun dari karena melazimkan lemahan keduanya kepada ketika itu betapa kiranya dan iaitu yang wajib berkehendak kepadanya oleh tiap-tiap barang yang lainnya dan diambil daripadanya pula baharu segala alam ini dengan sekeliannya karena jikalau suatu daripada itu qadim nescaya ada demikian suatu itu kaya ia daripadanya Allah Ta'ala betapa kiranya dan iaitu yang wajib bahawa yang berkehendak kepadanya oleh tiap-tiap barang yang lainnya dan diambil daripadanya pula bahawa tiada memberi bekas baginya suatu daripada segala kainat daripada barang bekas ada ia nescaya lazimlah bahawa kaya demikian itu bekas daripada Tuhan kita yang Maha Besar dan Maha Mulia betapa kiranya dan iaitu yang wajib berkehendak kepadanya oleh barang yang lainnya hal keadaan umum dan atas tiap-tiap hal bermula ini jika engkau takdirkan bahawasanya suatu daripada kainat itu memberi bekas dengan tabiatnya, dan adapun jikalau takdirkan memberi bekas dengan kuat yang dijadikan dia Allah Ta'ala daripada seperti barang yang menyangka oleh kebanyakan daripada orang yang jahil maka yang demikian itu mustahil pun karena bahawasanya jadilah pada ketika itu Tuhan kita yang Maha Besar dan yang Maha Mulia berkehendak pada menjadikan setengah perbuatan kepada mengetengahi dan demikian itu batil bagi barang yang telah engkau ketahui daripada wajib kayanya Tuhan yang Maha Besar dan yang Maha Mulia daripada tiap-tiap barang yang lainnya maka telita bagimu terkandung kata bahawa la ilaha illa allah bagi bahaginya yang ketiga yang wajib atas mukallaf mengetahui kan dia pada hak Tuhan kita jalla dan azza dan iaitu barang yang wajib pada hak Allah Ta'ala dan barang yang mustahil dan barang yang harus. Dan adapun kata kita Muhammad Rasul Allah rahmat Allah atasnya dan salam-Nya maka masuk pada beriman dengan sekeliannya anbiya dan sekeliannya malaikat dan kitab yang turun daripada langit dan hari kiamat karena bahawasanya atasnya rahmat Allah dan salam-Nya telah datang ia dengan memberi sekelian yang demikian itu sekeliannya dan diambil daripadanya dan wajib benar segala rasul atas mereka itu rahmat Allah dan salam-Nya dan mustahil dusta atas mereka itu dan tiada nescaya tiada ada mereka itu pesuruh yang kepercayaan bagi Tuhan kita yang Maha Mengetahui dengan sekelian yang ternyeri jalla dan azza dan mustahil perbuat sekelian yang ditegah sekeliannya karena bahawasanya mereka itu supaya mengajar mereka itu akan makhluk dengan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka itu dan diam mereka itu maka lazimlah bahawa tiada ada mereka itu pada sekeliannya bersalahan bagi suruh Tuhan kita jalla dan azza yang memilih akan mereka itu atas sekelian kejadiannya dan kepercayaan atas rahsia wahinya dan diambil daripadanya harus segala 'aradh basyariah atas mereka itu bahawasanya demikian itu tiada cedera pada risalah mereka itu ketinggian martabat mereka itu daripada Allah Ta'ala betapa yang demikian itu barang yang bertambah padanya maka sungguhnya bagi engkau mengadung dua kalimah syahadah serta sedikit huruf padanya bagi sekelian barang yang wajib atas mukallaf mengetahui akan dia daripada aqaid iman pada hak Allah Ta'ala dan pada hak rasul-Nya atas mereka itu rahmat Allah dan salam-Nya dan padahan berhimpun kalimah syahadah kareta tersimpan serta melekapi bagikan atas barang yang kami sebut akan dia telah menjadikan dia oleh syara' akan jurubahasanya atas barang yang pada hatinya daripada Islam dan tiada diterima ia daripada seorang akan iman melainkan dengan dia maka sayugia atas orang yang berakal bahawa membanyak ia daripada menyebutkan dia hal keadaan menghadir akan dia barang yang meliputi atasnya daripada aqaid iman hingga bercampur serta maknanya dengan dagingnya dan darahnya maka bahawasanya melihat baginya daripada beberapa rahsia dan ajib-ajib jika dikehendak Allah Ta'ala barang yang tiada masuk di bawahnya kira-kiranya dan dengan Allah beroleh taufik tiada Tuhan yang lainnya dan tiada yang disembah yang lainnya. Kami meminta kepada Allah subhanahu wa ta'ala bahawa menjadikan kamu dan kekasih kami tatkala hendak mati berkata dengan dua kalimah syahadah mengetahui dengan dia. Dan telah selawat Allah Ta'ala atas penghulu kamu Muhammad tiap-tiap barang yang menyebut oleh sekelian dan lupa daripada menyebut oleh sekelian lupa dan redha Allah Ta'ala daripada sahabat Rasulullah sekelian dan tabi'in bagi mereka itu dengan kebajikan hingga hari kiamat sejahtera atas sekelian pesuruh dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

Tammat.]