Keyakinan Athanasius (bahasa Melayu)

228Keyakinan AthanasiusPope Athanasius I dari Alexandria

Sesiapa sahaja yang mahu selamat seharusnya berpegang teguh kepada keimanan katolik

Sesiapa sahaja yang tidak memeliharanya sepenuhnya dengan kukuh akan binasa selama-lamanya tanpa ragu-ragu.

Sekarang inilah keimanan katolik: Kami menyembah satu Tuhan dalam triniti dan Triniti dalam kesatuan, yang tidak mengelirukan dan tidak pula membahagi-bahagikan zat ketuhanan.

Kerana Bapa adalah satu orang, Anak pula adalah lain, dan Ruh juga adalah lain.

Tetapi ketuhanan Bapa, Anak dan Ruh Suci adalah satu, setara dalam kemuliaan, kekal bersama dalam keagungan.

Apa itu Bapa, itulah Anak, dan juga Ruh Suci.

Bapa tidak diciptakan; Anak tidak diciptakan; Ruh tidak diciptakan.

Bapa tidak terbatas; Anak tidak terbatas; Ruh Suci tidak terbatas.

Bapa adalah kekal abadi, Anak adalah kekal abadi; Ruh adalah kekal abadi:

Dan masih bukan tiga zat yang kekal abadi, tetapi satu zat yang kekal abadi;

sebagaimana bukan tiga zat yang tidak diciptakan dan tidak terbatas, tetapi satu zat yang tidak diciptakan dan tidak terbatas.

Bapa adalah Maha Berkuasa; Anak adalah Maha Berkuasa; Ruh adalah Maha Berkuasa:

Dan masih bukan tiga zat yang Maha Berkuasa, tetapi satu zat yang Maha Berkuasa.

Jadi, Bapa adalah Tuhan; Anak adalah Tuhan; Ruh Suci adalah Tuhan:

Dan masih bukan tiga tuhan, tetapi satu Tuhan.

Jadi, Bapa adalah Penguasa; Anak adalah Penguasa; Ruh Suci adalah penguasa:

Dan masih bukan tiga penguasa, tetapi satu Penguasa.

Sebagaimana kebenaran Kristian memerlukan kita untuk mengiktiraf setiap zat berlainan itu sebagai Tuhan dan Penguasa, jadi agama katolik melarang kita untuk mengatakan bahawa wujud tiga tuhan atau penguasa.

Bapa tidak dicipta dan tidak pula dilahirkan;

Anak tidak diciptakan, tetapi dilahirkan oleh Bapa itu sendiri;

Ruh tidak diciptakan, tetapi berpunca daripada Bapa dan Anak.

Jadi, hanya wujud satu Bapa, bukannya tiga bapa; satu Anak, bukannya tiga anak; satu Ruh Suci, bukannya tiga ruh.

Dan dalam Triniti ini, tiada satu pun yang sebelum atau selepas, lebih agung atau kurang daripada yang lain;

tetapi ketiga-tiganya adalah dalam diri mereka sendiri, kekal abadi bersama dan setara; dan sebab itu kita mesti menyembah Triniti dalam kesatuan dan satu Tuhan dalam tiga orang.

Sesiapa sahaja yang mahu selamat seharusnya berfikir tentang Triniti.

Adalah perlu demi keselamatan yang kekal abadi bahawa seseorang juga percaya dengan tulus hati bahawa Penguasa kita Isa al-Masih menjadi manusia biasa.

Kerana ini adalah keimanan sebenar iaitu kita percaya dan mengakui: bahawa Penguasa kita Isa al-Masih, Anak Tuhan adalah Tuhan dan manusia.

Dia adalah Tuhan, dilahirkan sebelum semua dunia dari zat Bapa, dan dia adalah manusia, dilahirkan di dunia dari zat ibunya --

wujud sebagai Tuhan sepenuhnya, dan sebagai manusia sepenuhnya dengan roh yang waras dan tubuh manusia;

setara dengan Bapa dalam ketuhanan, rendah daripada Bapa dalam kemanusiaan.

Walaupun dia adalah Tuhan dan manusia, dia tidak dibahagi-bahagikan, tetapi adalah satu al-Masih.

Dia bersatu kerana Tuhan telah mengambil bentuk manusia ke dalam dirinya sendiri; dia mengubah ketuhanan kepada kemanusiaan.

Dia adalah satu dalam kesatuan dirinya sama sekali, tanpa menjejaskan sifat-sifatnya.

Sebagaimana roh yang waras dan tubuh adalah satu zat, demikian juga satu al-Masih adalah Tuhan dan manusia.

Dia menderita kematian demi keselamatan kita.

Dia turun ke dalam neraka dan hidup semula setelah mati.

Dia berangkat ke langit dan duduk di tangan kanan Bapa.

Dia akan datang kembali untuk mengadili benda yang hidup dan yang mati.

Ketika kedatangannya, semua manusia akan hidup kembali secara jasmani untuk menyerahkan laporan amal perbuatan mereka sendiri.

Mereka yang membuat kebaikan akan memasuki kehidupan yang kekal abadi,

mereka yang melakukan kejahatan akan memasuki api neraka yang kekal abadi.

Inilah keimanan katolik.

Seseorang tidak dapat selamat tanpa memercayai perkara ini dengan teguh dan tulus hati.