Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/22

Laman ini telah disahkan
22
Undang-Undang Malaysia
AKTA 332
(d) filem;
(e) rakaman bunyi; dan
(f) siaran.

(2) Karya adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya itu dihasilkan.

(2A) Perlindungan hak cipta tidaklah meluas kepada apa-apa idea, tatacara, kaedah pengendalian atau konsep matematik sebagai sedemikian.

(3) Sesuatu karya sastera, muzik atau seni tidaklah layak mendapat hak cipta melainkan—

(a) usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; dan
(b) karya itu telah ditulis, direkod atau selainnya dijadikan dalam bentuk bahan.

(4) Sesuatu karya tidaklah hilang kelayakannya mendapat hak cipta semata-mata kerana pembuatan karya itu, atau perlakuan apaapa perbuatan berhubungan dengan karya itu melibatkan pelanggaran hak cipta dalam sesuatu karya lain.

(5) Hak cipta tidak boleh wujud di bawah Akta ini dalam apa-apa reka bentuk yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan reka bentuk perindustrian.

(6) (Dipotong oleh Akta A1420).

(7) Bagi maksud seksyen ini, "mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan reka bentuk perindustrian" termasuklah:

(a) Akta Reka Bentuk United Kingdom (Perlindungan) 1949 [Akta 214];
(b) Ordinan Reka Bentuk United Kingdom (Perlindungan) Sabah [Sabah Bab 152]; dan
(c) Ordinan Reka Bentuk (United Kingdom) Sarawak [Sarawak Bab 59].