atau bagi sebahagian tempoh hak cipta itu sahaja atau bagi sesuatu negara atau kawasan geografi tertentu lain.
(3) Tiada penyerahhakan hak cipta dan tiada lesen bagi melakukan sesuatu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hak cipta boleh berkuat kuasa kecuali dengan bertulis.
(4) Sesuatu penyerahhakan atau lesen yang diberi oleh seorang pemunya hak cipta hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyerahhakan atau lesen itu diberi oleh pemunya atau pemunyapemunya bersamanya juga, dan tertakluk kepada apa-apa perjanjian di antara mereka, bayaran yang diterima oleh salah seorang daripada pemunya hak cipta itu hendaklah dibahagikan sama rata antara kesemua pemunya bersama itu.
(5) Bagi maksud seksyen ini, orang hendaklah disifatkan sebagai pemunya bersama jika mereka berkongsi kepentingan bersama dalam keseluruhan atau sebahagian sesuatu hak cipta.
(6) Sesuatu penyerahhakan, lesen atau pemberian berwasiat boleh diberikan atau dibuat dengan berkesan berkenaan dengan sesuatu karya masa depan, atau sesuatu karya yang wujud yang hak cipta mengenainya belum lagi wujud, dan hak cipta masa depan mengenai mana-mana karya itu boleh dipindah milik dengan kuat kuasa undang-undang sebagai harta alih.
(7) Jika di bawah sesuatu pemberian berwasiat, sama ada secara khusus atau am, seseorang berhak secara benefisial atau sebaliknya kepada manuskrip sesuatu karya sastera, atau muzik, atau kepada sesuatu karya seni, dan karya itu tidak pernah diterbitkan sebelum kematian pewasiat, pemberian berwasiat itu hendaklah, melainkan tujuan yang sebaliknya dinyatakan dalam wasiat atau kodisil kepada wasiat itu, ditafsirkan sebagai termasuk hak cipta mengenai karya itu setakat mana pewasiat itu adalah pemunya hak cipta itu sebaik sahaja sebelum kematiannya.