Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/55

Laman ini telah disahkan
Hak Cipta
55

(5) Jika Tribunal telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 27E dan perintah itu tetap berkuat kuasa, orang yang bagi pihaknya perintah itu dibuat hendaklah, jika dia—

(a) membayar kepada pengendali skim pelesenan itu apa-apa caj yang kena dibayar mengikut perintah itu atau, jika amaun itu tidak dapat ditentukan, memberikan aku janji kepada pengendali itu untuk membayar caj itu apabila ditentukan; dan
(b) mematuhi terma lain yang dinyatakan dalam perintah itu,

berada dalam kedudukan yang sama berkaitan dengan pelanggaran hak cipta seolah-olah dia telah pada segala masa material menjadi pemegang lesen yang diberi oleh pemunya hak cipta yang berkenaan atas terma yang dinyatakan dalam perintah itu.


Lesen yang kepadanya seksyen 27I hingga 27L terpakai

27H. Seksyen 27I hingga 27L hendaklah terpakai kepada perihalan lesen yang berikut yang diberi oleh badan pelesenan selain daripada menurut skim pelesenan:

(a) lesen berhubungan dengan hak cipta dalam karya sastera atau muzik yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta, setakat yang ia membenarkan—
(i) pengeluaran semula karya itu;
(ii) pertunjukan, penayangan atau permainan karya itu kepada awam;
(iii) penyampaian karya itu kepada orang awam; atau
(iv) pengedaran karya itu kepada awam; dan
(b) lesen berhubungan dengan hak cipta dalam mana-mana karya lain, setakat yang ia membenarkan—
(i) pembuatan salinan karya itu;
(ii) pertunjukan, penayangan atau permainan karya itu kepada awam;
(iii) penyampaian karya itu kepada orang awam; atau