BAHAGIAN V
TRIBUNAL HAK CIPTA
Penubuhan dan kuasa Tribunal Hak Cipta
28. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu tribunal yang akan dikenali sebagai Tribunal Hak Cipta.
(2) Tribunal hendaklah mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara yang berikut:
- (a) suatu permohonan oleh pelaku di bawah seksyen 16B;
- (b) apa-apa rujukan oleh pengendali, seseorang atau sesuatu pertubuhan yang disebut dalam Bahagian IVA;
- (c) suatu rayuan oleh badan pelesenan di bawah subseksyen 27A(7); dan
- (d) penjalanan kuasa di bawah seksyen 31.
Pelantikan Pengerusi dan anggota Tribunal
29. (1) Tribunal hendaklah terdiri daripada orang yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
- (a) Pengerusi;
- (b) lima orang Timbalan Pengerusi; dan
- (c) dua belas orang yang difikirkan patut dan wajar oleh Menteri menjadi anggota Tribunal.
(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, setelah itu mereka layak untuk dilantik semula.
(3) Menteri hendaklah menentukan saraan dan terma dan syarat lain pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal.
(4) Menteri boleh mengisytiharkan jawatan mana-mana anggota Tribunal sebagai kosong atas alasan dia didapati tidak sesuai untuk