Laman ini telah disahkan
66
Undang-Undang Malaysia
AKTA 332
- (e) amnya bagi menjalankan dengan lebih baik fungsi yang diberi kepada Tribunal di bawah Akta ini.
BAHAGIAN VI
REMEDI BAGI PELANGGARAN DAN
KESALAHAN
Pelanggaran
36. (1) Pelanggaran terhadap hak cipta berlaku apabila seseorang tanpa lesen pemunya hak cipta itu, melakukan atau menyebabkan seseorang lain melakukan satu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hak cipta di bawah Akta ini.
(2) Pelanggaran terhadap hak cipta berlaku apabila seseorang, tanpa persetujuan atau lesen pemunya hak cipta itu, mengimport suatu artikel ke dalam Malaysia bagi maksud—
- (a) menjual, menyewakan, atau dengan cara dagangan, menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan, artikel itu;
- (b) mengedarkan artikel itu—
- (i) bagi maksud dagangan; atau
- (ii) bagi apa-apa maksud lain ke takat yang akan memudaratkan pemunya hak cipta itu; atau
- (c) dengan cara dagangan, mempamerkan artikel itu kepada awam,
jika dia mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa pembuatan artikel itu telah dijalankan tanpa persetujuan atau lesen pemunya hak cipta itu.
(3) (Dipotong oleh Akta A1420).
(4) (Dipotong oleh Akta A1420).
(5) (Dipotong oleh Akta A1420).