Laman ini telah disahkan
68
Undang-Undang Malaysia
AKTA 332
pemerolehan berhubungan dengan suatu karya yang dalamnya wujud hak cipta.
(3) Tiada seorang pun boleh—
- (a) membuat untuk dijual atau disewakan;
- (b) mengimport selain untuk penggunaan persendirian dan domestik; atau
- (c) dalam perjalanan urusan—
- (i) menjual atau menyewakan;
- (ii) menawarkan atau mendedahkan untuk dijual atau disewakan;
- (iii) mengiklankan untuk dijual atau disewakan;
- (iv) memiliki; atau
- (v) mengedarkan;
- (d) mengedarkan bagi maksud selain dalam perjalanan urusan sehingga suatu takat yang menjejaskan pemunya hak cipta itu; atau
- (e) menawarkan kepada awam atau memberikan apa-apa perkhidmatan berhubungan dengan,
apa-apa teknologi, alat atau komponen yang—
- (A) dipromosikan, diiklankan atau dipasarkan bagi maksud memintasi langkah perlindungan teknologi;
- (B) mempunyai maksud atau kegunaan komersial penting yang terhad selain untuk memintasi langkah perlindungan teknologi; atau
- (C) direka, dikeluarkan, diadaptasi atau dipersembahkan terutamanya bagi maksud untuk membolehkan atau memudahkan pemintasan langkah perlindungan teknologi.
(4) Menteri boleh menetapkan apa-apa teknologi, alat atau komponen yang boleh dikendalikan sebagai suatu langkah perlindungan teknologi untuk dikecualikan daripada pemakaian seksyen ini.