Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/73

Laman ini telah disahkan
Hak Cipta
73


(3) Jika sesuatu tindakan diambil sama ada oleh pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif itu, dan tindakan itu, setakat mana ia diambil di bawah seksyen 37, berkaitan (keseluruhannya atau sebahagiannya) dengan sesuatu pelanggaran yang berkenaan dengannya kedua-duanya mempunyai hak bertindak yang sama di bawah seksyen itu, pemunya atau pemegang lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidaklah berhak, kecuali dengan izin mahkamah, untuk meneruskan tindakan, setakat mana ia diambil di bawah seksyen itu dan berkaitan dengan pelanggaran itu, melainkan jika pihak yang lain itu sama ada dicantumkan sebagai plaintif dalam tindakan itu atau ditambah sebagai defendan: tetapi subseksyen ini tidaklah menjejaskan pemberian injunksi interlokutori atas permohonan salah seorang daripada mereka.

(4) Dalam mana-mana tindakan yang diambil oleh pemegang lesen eksklusif menurut kuasa seksyen ini, apa-apa pembelaan, yang sepatutnya ada pada defendan dalam tindakan itu, jika seksyen ini telah tidak diperbuat dan tindakan telah diambil oleh pemunya hak cipta itu, hendaklah tersedia bagi defendan dalam tindakan ini terhadap pemegang lesen eksklusif itu.

(5) Jika sesuatu tindakan diambil dalam hal keadaaan yang disebut dalam subseksyen (3) dan pemunya hak cipta dan pemegang lesen eksklusif itu bukan plaintif dalam tindakan itu, mahkamah, dalam mentaksir ganti rugi berkenaan dengan mana-mana pelanggaran sebagaimana disebut dalam subseksyen tersebut—

(a) jika plaintif adalah pemegang lesen eksklusif, akan mengambil kira apa-apa liabiliti (berkenaan dengan royalti atau selainnya) yang kepadanya lesen itu tertakluk; dan
(b) sama ada plaintif adalah pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif, hendaklah mengambil kira apa-apa remedi kewangan yang diawardkan kepada pihak yang satu lagi di bawah seksyen 37 berkenaan dengan pelanggaran itu, atau, mengikut kehendak keadaan, hak bertindak yang boleh dijalankan terhadap pihak yang satu lagi di bawah seksyen itu berkenaan dengan pelanggaran itu.

(6) Jika sesuatu tindakan, setakat mana ia dibawa di bawah seksyen 37, berkaitan (keseluruhannya atau sebahagiannya) dengan suatu pelanggaran yang berkenaan dengannya pemunya hak cipta dan pemegang lesen eksklusif itu mempunyai hak bertindak yang sama di