bawah seskyen itu, dan dalam seksyen itu (sama ada kedua-dua mereka adalah pihak kepadanya atau tidak) suatu akaun keuntungan telah diarahkan untuk diambil berkenaan dengan pelanggaran itu, maka tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang ada dalam pengetahuan mahkamah di mana penggunaan keuntungan itu ditentukan di antara pemunya hak cipta dan pemegang lesen eksklusif, mahkamah akan membahagikan keuntungan antara mereka sebagaimana yang difikirkan adil dan akan memberi apa-apa arahan sebagaimana yang disifatkannya patut untuk memberi efek kepada pembahagian itu.
(7) Dalam sesuatu tindakan yang diambil sama ada oleh pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif—
- (a) tiada penghakiman atau perintah untuk pembayaran ganti rugi atau ganti rugi statutori berkenaan dengan suatu pelanggaran hak cipta boleh diberi atau dibuat di bawah seksyen 37, jika penghakiman atau perintah muktamad telah diberi atau dibuat mengaward suatu akaun keuntungan kepada pihak yang lain di bawah seksyen tersebut berkenaan dengan pelanggaran yang sama; dan
- (b) tiada penghakiman atau perintah untuk suatu akaun keuntungan berkenaan dengan pelanggaran hak cipta akan diberi atau dibuat di bawah seksyen tersebut, jika suatu penghakiman atau perintah muktamad telah diberi atau dibuat mengaward sama ada ganti rugi, ganti rugi statutori atau suatu akaun keuntungan kepada pihak yang satu lagi di bawah seksyen itu berkenaan dengan pelanggaran yang sama.
(8) Jika dalam sesuatu tindakan yang diambil dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (3), sama ada oleh pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif, pihak yang satu lagi tidak dicantum sebagai plaintif (sama ada pada permulaan tindakan atau selepasnya) tetapi ditambah sebagai defendan, dia tidak boleh dikenakan apa-apa kos dalam tindakan itu melainkan dia memasukkan kehadiran dan mengambil bahagian dalam prosiding itu.
(9) Bagi maksud seksyen ini, ungkapan—
"jika lesen itu adalah penyerahhakan" ertinya jika, sebagai ganti kepada lesen itu, suatu penyerahhakan hak cipta telah diberi,