dalam jagaan Pengawal atau Penolong Pengawal atau polis bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika, atas apa-apa penyitaan sedemikian, apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen tersebut adalah disimpan dalam jagaan Pengawal atau Penolong Pengawal atau polis dan jika ia didapati, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, bahawa adalah tidak praktik untuk mengemukakannya di hadapan majistret, maka adalah mencukupi bagi maksud subseksyen ini bagi penyitaan itu dilaporkan kepada majistret.
(3) Jika ia didapati, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, bahawa adalah tidak praktik untuk memindahkan dari tempat ia telah dijumpai benda atau dokumen itu yang disita oleh seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dan Penolong Pengawal atau pegawai polis itu telah mengelakkan benda atau dokumen itu dalam premis atau bekas yang didalamnya ia dijumpai menurut peruntukan seksyen 47, maka adalah mencukupi bagi maksud mengemukakan benda atau dokumen tersebut di hadapan majistret di bawah subseksyen (2) bagi penyitaan itu dilaporkan kepada majistret atau bagi majistret melihat benda atau dokumen tersebut di dalam premis atau bekas itu.
Melangsungkan kemasukan, pemindahan dan penahanan
45. Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 44 jika ia adalah perlu untuk berbuat demikian boleh—
- (a) memecahkan apa-apa pintu luar atau dalam rumah kediaman atau mana-mana premis lain dan memasukinya;
- (b) dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
- (c) memindah dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan kepada kemasukan, carian, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melangsungkan; dan
- (d) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai ditempat itu sehingga tempat itu telah digeledah.