Elaun bagi bekas Raja Permaisuri Agong
3. (1) Maka hendaklah dibayar kepada Permaisuri seseorang Raja, yang pernah memegang jawatan Raja Permaisuri Agong, bagi seumur hidup, elaun bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama.
(2) Jika Yang di-Pertuan Agong mangkat semasa memegang jawatan, maka hendaklah diberikan kepada Permaisurinya yang memegang jawatan Raja Permaisuri Agong pada masa kemangkatan Yang di-Pertuan Agong itu elaun dan keistimewaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi seumur hidupnya sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1).
Pembayaran
4. Elaun bulanan yang kena dibayar di bawah seksyen 2 dan subseksyen 3(1) hendaklah —
- (a) terakru dari hari ke hari; dan
- (b) dibayar secara bulanan pada hari terakhir tiap-tiap bulan atau pada mana-mana hari lain dalam bulan itu sebagaimana ditentukan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.
Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan
5. Jumlah wang yang dikehendaki bagi pembayaran di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan ke atas Kumpulan Wang Disatukan.
Elaun tidak boleh diserahhakkan, dsb. dan ketidakpakaian Akta Cukai Pendapatan 1967
6. (1) Elaun dan keistimewaan yang diberi di bawah Akta ini tidak