- (b) tujuan perlindungan, iaitu tujuan yang secara langsung berhubung dengan perlindungan terhadap bahan kimia toksik dan dengan perlindungan terhadap senjata kimia;
- (c) tujuan ketenteraan yang tidak berkaitan dengan penggunaan senjata kimia dan tidak bergantung kepada penggunaan sifat toksik bahan kimia sebagai kaedah perang;
- (d) tujuan penguatkuasaan undang-undang, termasuk kawalan rusuhan dalam negeri.
Undang-undang yang mengatasi
4. (1) Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan senjata kimia, agen kawalan rusuhan, bahan kimia yang dimaksudkan bagi tujuan yang tidak dilarang, dan bahan kimia organik diskret.
(2) Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan senjata kimia, agen kawalan rusuhan, bahan kimia toksik yang dimaksudkan bagi tujuan yang tidak dilarang dan bahan kimia organik diskret, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain itu dan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan.
Inspektor Kebangsaan
5. (1) Menteri boleh melantik, daripada kalangan pegawai awam, Inspektor Kebangsaan dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi tujuan Akta ini.
(2) Inspektor Kebangsaan hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, melaksanakan fungsi dan kewajipan yang