Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/13

Laman ini telah dibaca pruf
Konvensyen Senjata Kimia
13

dikenakan ke atas mereka oleh Akta ini dan boleh menjalankan kuasa yang diberikan kepada mereka di bawah Akta ini.

(3) Menteri hendaklah mengeluarkan kepada setiap Inspektor Kebangsaan dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) suatu kad kuasa bagi tujuan pelaksanaan fungsi dan kewajipannya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.

(4) Semua Inspektor Kebangsaan dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Bahagian II
PIHAK BERKUASA KEBANGSAAN

Pihak Berkuasa Kebangsaan

6. (1) Maka hendaklah ditubuhkan bagi tujuan Akta ini suatu badan yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa Kebangsaan.

(2) Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) seorang Pengerusi, yang dilantik oleh Menteri;
(b) seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri, yang dilantik oleh Menteri;
(c) seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertahanan, yang dilantik oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;
(d) seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri, yang dilantik oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;
(e) seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa, yang dilantik oleh Menteri