Laman ini telah dibaca pruf
14
Undang-undang Malaysia
Akta 641
yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa;
- (f) seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi teknologi, yang dilantik oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi teknologi;
- (g) seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi alam sekitar, yang dilantik oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi alam sekitar;
- (h) Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal, Kementerian yang bertanggungjawab bagi kesihatan atau wakilnya;
- (i) Pengerusi Lembaga Racun Makhluk Perosak atau wakilnya;
- (j) Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling atau wakilnya;
- (k) Ketua Polis Negara atau wakilnya;
- (l) Ketua Pengarah Kastam atau wakilnya;
- (m) Ketua Pengarah Kimia atau wakilnya;
- (n) Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau wakilnya; dan
- (o) Ketua Pengarah Institut Kajian Sains dan Teknologi bagi Pertahanan atau wakilnya.
(3) Menteri yang berkenaan boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(b) hingga (g), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa Kebangsaan apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.