Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/16

Laman ini telah dibaca pruf
16
Undang-undang Malaysia
Akta 641


(2) Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Jawatankuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan

8. (1) Pihak Berkuasa Kebangsaan boleh dari semasa ke semasa melantik apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

(2) Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 17, setiap jawatankuasa itu boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(3) Anggota jawatankuasa itu boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan kerja jawatankuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Pewakilan fungsi dan kuasa

9. (1) Pihak Berkuasa Kebangsaan boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasa, kecuali kuasa untuk mewakilkan dan kuasa untuk membuat kaedah-kaedah di bawah seksyen 17, kepada—

(a) Pengerusi;
(b) mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan; dan
(c) sesuatu jawatankuasa.

(2) Mana-mana orang atau jawatankuasa yang kepadanya diwakilkan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak