Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/17

Laman ini telah dibaca pruf
Konvensyen Senjata Kimia
17

Berkuasa Kebangsaan dan segala keperluan, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan.

(3) Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa Kebangsaan.

(4) Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Pihak Berkuasa Kebangsaan daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.

Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan

10. Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Pihak Berkuasa Kebangsaan arahan yang tidak berlawanan dengan Akta ini mengenai pelaksanaan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan dan Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah melaksanakan arahan itu.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan

11. (1) Pengerusi hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula selepas tamat tempoh jawatannya.

(2) Pengerusi boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri.

(3) Pengerusi boleh dipecat—

(a) jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Pihak Berkuasa Kebangsaan;
(b) jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan;