Laman ini telah dibaca pruf
18
Undang-undang Malaysia
Akta 641
- (c) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
- (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
- (ii) suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
- (iii) suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
- (iv) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;
- (d) jika dia dihukum bankrap;
- (e) jika dia didapati atau disahkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan urusannya; atau
- (f) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa Kebangsaan tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri.
(4) Jika Pengerusi dilantik selainnya daripada kalangan anggota perkhidmatan awam, Menteri boleh membenarkan pembayaran apa-apa elaun sebagaimana yang difikirkannya wajar.
Pengerusi sementara
12. (1) Menteri boleh melantik mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan untuk bertindak sebagai Pengerusi sementara semasa apa-apa tempoh apabila—
- (a) atas apa-apa sebab, Pengerusi tidak dapat melaksanakan kewajipan dan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini; atau
- (b) jawatan Pengerusi adalah kosong.