Laman ini telah dibaca pruf
20
Undang-undang Malaysia
Akta 641
Penyediaan kemudahan oleh Kementerian
16. Kementerian yang bertanggungjawab bagi Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah menyediakan kakitangan, dana dan kemudahan lain yang perlu kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan untuk membolehkannya menjalankan fungsinya.
Kaedah-kaedah untuk mengawal selia mesyuarat dan prosiding
17. Tertakluk kepada Akta ini, Pihak Berkuasa Kebangsaan boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia mesyuarat dan prosidingnya, dan mesyuarat dan prosiding jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 8.
Bahagian III
LARANGAN MENGENAI SENJATA KIMIA DAN AGEN KAWALAN RUSUHAN
Larangan
18. (1) Tiada seorang pun boleh—
- (a) menghasilkan, mengeluarkan, memperoleh, mengumpul stok atau menyimpan apa-apa senjata kimia;
- (b) memindahkan, secara langsung atau tidak langsung, apa apa senjata kimia kepada orang lain;
- (c) mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa apa senjata kimia;
- (d) menggunakan apa-apa senjata kimia;
- (e) melibatkan diri dalam apa-apa persediaan ketenteraan yang tidak sah untuk menggunakan sesuatu senjata kimia; atau
- (f) membantu, menggalakkan atau mendorong, dengan apa-apa