Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/21

Laman ini telah dibaca pruf
Konvensyen Senjata Kimia
21

cara, sesiapa jua untuk melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dilarang kepada Negara Pihak di bawah Konvensyen.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Agen kawalan rusuhan

19. (1) Kecuali bagi tujuan mengekalkan dan memelihara ketenteraman awam, tiada seorang pun boleh menggunakan sesuatu agen kawalan rusuhan sebagai kaedah perang.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Bahagian IV
BAHAN KIMIA TOKSIK

Bab 1 – Aktiviti Dibenarkan

Aktiviti bagi tujuan yang tidak dilarang di bawah Konvensyen

20. Mana-mana orang boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menghasilkan, mengeluarkan, memperoleh, menyimpan, memindahkan, memiliki atau menggunakan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3 bagi tujuan yang tidak dilarang di bawah Konvensyen.