Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/22

Laman ini telah dibaca pruf
22
Undang-undang Malaysia
Akta 641


Bab 2 – Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik Yang Disenaraikan Dalam Jadual 1

Larangan dan pengecualian

21. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bab ini, tiada seor ang pun boleh mengeluarkan, memperoleh, menyimpan, memindahkan atau menggunakan bahan kimia toksik yang disenaraikan di bawah Jadual 1 melainkan jika—

(a) pengeluaran, pemerolehan, penyimpanan, pemindahan atau penggunaan itu adalah untuk tujuan kajian, perubatan, farmaseutikal atau perlindungan;
(b) jenis dan kuantiti bahan kimia toksik adalah benar benar dihadkan kepada bahan kimia toksik yang boleh dijustifikasikan bagi tujuan itu;
(c) amaun agregat bahan kimia itu pada bila-bila masa yang dibenarkan bagi tujuan tersebut adalah sama dengan atau kurang daripada sepuluh kilogram bagi setiap kemudahan dalam satu tahun kalendar; dan
(d) pengeluaran, pemerolehan, penyimpanan, pemindahan atau penggunaan itu dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(3) Bagi maksud Bab ini, “pemindahan” termasuklah import, eksport, atau apa-apa pergerakan apa-apa amaun bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1 di luar sempadan geografi kemudahan di Malaysia ke destinasi lain di Malaysia, atau apa-apa pergerakan sedemikian antara dua bahagian di dalam satu syarikat atau penjualan dari satu syarikat ke syarikat yang lain.