Aktiviti sedia ada
22. (1) Bagi tujuan seksyen 21, mana-mana orang yang melibatkan diri dalam pengeluaran, pemerolehan, penyimpanan, pemindahan atau penggunaan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1 sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan mempunyai niat untuk meneruskan aktiviti itu pada dan selepas permulaan kuat kuasa itu hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan untuk mendapatkan kebenaran di bawah Akta ini.
(2) Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Kebangsaan mengenai permohonan di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah disifatkan dibenarkan di bawah Akta ini dan tiada tindakan boleh diambil terhadapnya kerana melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian tanpa kebenaran.
(3) Apabila kebenaran dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan di bawah seksyen 24 menurut permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah dengan serta-merta mengambil tindakan yang perlu untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan bersama-sama dengan kebenaran itu.
(4) Jika kebenaran enggan diberikan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan di bawah seksyen 24, pemohon yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah terhenti disifatkan dibenarkan di bawah subseksyen itu dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan Pihak Berkuasa Kebangsaan atau, jika terdapat rayuan di bawah seksyen 26, dari tarikh keputusan Menteri mengenai rayuan itu.
Permohonan untuk mendapatkan kebenaran
23. (1) Permohonan untuk mendapatkan kebenaran di bawah subseksyen 21(1) hendaklah dibuat dalam bentuk yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan. (2) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu ditentukan, Pihak Berkuasa Kebangsaan boleh, melalui notis bertulis,