Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/24

Laman ini telah dibaca pruf
24
Undang-undang Malaysia
Akta 641

menghendaki pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(3) Jika mana-mana dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak disediakan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam notis atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.

(4) Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum kebenaran yang dipohon itu dikeluarkan atau enggan dikeluarkan.

Kuasa untuk mengeluarkan atau enggan mengeluarkan kebenaran

24. (1) Apabila diterima permohonan berserta dengan dokumen dan maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen 23 , Pihak Berkuasa Kebangsaan boleh mengeluarkan kebenaran dalam bentuk yang ditetapkan atau enggan mengeluarkan kebenaran tanpa memberikan apa-apa sebab bagi keengganan itu.

(2) Pihak Berkuasa Kebangsaan dalam mengeluarkan suatu kebenaran di bawah subseksyen (1), boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana Pihak Berkuasa Kebangsaan sifatkan patut dan boleh menambah, mengubah atau membatal apa -apa syarat dari semasa ke semasa.

(3) Jika Pihak Berkuasa Kebangsaan enggan mengeluarkan kebenaran, Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah dengan segera memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.

(4) Kebenaran, melainkan jika terlebih dahulu ditarik balik, hendaklah sah selama tempoh yang dinyatakan dalam kebenaran itu.