Laman ini telah dibaca pruf
Konvensyen Senjata Kimia
25
(5) Seseorang, yang kepadanya kebenaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) telah habis tempoh, boleh dalam masa tiga puluh hari sebelum tarikh habis tempoh memohon suatu kebenaran baru mengikut seksyen 23.
(6) Jika mana-mana orang yang dibenarkan untuk mengeluarkan, memperoleh, menyimpan, memindahkan atau menggunakan suatu bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1 berhasrat untuk memberhentikan aktiviti itu, orang itu hendaklah dalam masa tujuh hari sebelum pemberhentian itu—
- (a) memberitahu Pihak Berkuasa Kebangsaan secara bertulis; dan
- (b) menyerahkan kebenaran itu kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan, dan apabila diterima pemberitahuan dan kebenaran itu, Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah dengan segera membatalkan kebenaran itu.
Penarikbalikan kebenaran
25. (1) Pihak Berkuasa Kebangsaan boleh menarik balik sesuatu kebenaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 24 jika ia berpuas hati bahawa—
- (a) orang yang kepadanya kebenaran dikeluarkan telah gagal untuk mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini;
- (b) orang itu telah melanggar mana-mana syarat kebenaran itu, atau mana-mana peruntukan Akta ini, tanpa mengira hakikat bahawa tidak ada pendakwaan bagi kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu;
- (c) orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
- (d) orang itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi kebenaran itu, atau pada bila-bila masa selepas pengeluaran