Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/27

Laman ini telah dibaca pruf
Konvensyen Senjata Kimia
27


(2) Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(a) atau (b) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Perisytiharan

28. (1) Mana-mana orang yang dibenarkan untuk mengeluarkan, memperoleh, menyimpan, memindah atau menggunakan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1 dalam apa-apa amaun yang lebih daripada amaun ambang sebagaimana yang ditetapkan, hendaklah membuat perisytiharan berkala yang berikut kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan dalam apa-apa bentuk dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan:

(a) suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti dalam tahun kalendar yang terdahulu; dan
(b) suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti yang dijangkakan bagi tahun kalendar yang berikut.

(2) Perisytiharan di bawah sub seksyen (1) hendaklah berhubung dengan—

(a) identiti kemudahan;
(b) nama bahan kimia toksik termasuk formula struktur bahan kimia toksik dan nombor daftar Khidmat Abstrak Kimia (jika diberikan);
(c) tujuan yang baginya bahan kimia toksik itu digunakan;
(d) kuantiti bahan kimia toksik bagi tujuan yang baginya bahan kimia toksik itu digunakan; dan
(e) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perisytiharan, sebagaimana yang ditetapkan.