(2) Perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah berhubung dengan—
- (a) identiti kemudahan;
- (b) nama bahan kimia toksik termasuk formula struktur bahan kimia toksik dan nombor daftaran Khidmat Abstrak Kimia (jika diberikan);
- (c) tujuan yang baginya bahan kimia toksik itu digunakan;
- (d) kuantiti bahan kimia toksik bagi tujuan yang baginya bahan kimia toksik itu digunakan; dan
- (e) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perisytiharan, sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebih satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pengeksportan atau pengimportan bahan kimia toksik dalam Jadual 2
32. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam mana mana aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 31(1)(a) tidak boleh mengeksport atau mengimport bahan kimia toksik kepada mana-mana Negara bukan Pihak kepada Konvensyen.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.