berkenaan dengan operasi kemudahannya berhubung dengan bahan kimia toksik itu.
(2) Daftar itu hendaklah—
- (a) disimpan semata-mata bagi tujuan mencatatkan apa-apa rekod dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan;
- (b) dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik; dan
- (c) disimpan selama tempoh yang ditetapkan itu.
(3) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyebabkan daftar itu tersedia bagi pemeriksaan jika dan apabila dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan, mana-mana Inspektor Kebangsaan, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dan mana-mana Pegawai Kanan Kastam.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bab 4 – Rejim Bagi Bahan Kimia Organik Diskret
Perisytiharan
36. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam pengeluaran bahan kimia organik diskret secara sintesis dalam apa-apa amaun yang lebih daripada amaun ambang sebagaimana yang ditetapkan hendaklah membuat perisytiharan berkala yang berikut kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan dalam apa-apa bentuk dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan:
- (a) suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti dalam tahun kalendar yang terdahulu; dan
- (b) suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti yang dijangkakan bagi tahun kalendar yang berikut.