Laman ini telah dibaca pruf
Konvensyen Senjata Kimia
33
(2) Perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah berhubung dengan—
- (a) identiti kemudahan;
- (b) nama bahan kimia organik diskret;
- (c) kuantiti bahan kimia organik diskret yang digunakan; dan
- (d) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perisytiharan, sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penyenggaraan dokumen dan daftar
37. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dinyatakan dalam seksyen 36 hendaklah—
- (a) menyenggara suatu daftar dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan; dan
- (b) menyimpan semua dokumen selama tempoh yang ditetapkan,
berkenaan dengan operasi kemudahannya berhubung dengan bahan kimia organik diskret.
(2) Daftar itu hendaklah—
- (a) disimpan semata-mata bagi tujuan mencatatkan apa-apa rekod dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan;
- (b) dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik; dan
- (c) disimpan selama tempoh yang ditetapkan itu.