Laman ini telah dibaca pruf
Konvensyen Senjata Kimia
35
Pemeriksaan
39. (1) Tertakluk kepada Akta ini, seseorang Inspektor Antarabangsa boleh, pada bila-bila masa yang munasabah dan selaras dengan peruntukan Akta ini dan Konvensyen—
- (a) memasuki mana-mana kemudahan di dalam Malaysia—
- (i) yang berkenaan dengannya perisytiharan telah dibuat di bawah Bahagian IV;
- (ii) yang tertakluk kepada pemeriksaan dicabar di tapak yang disebut dalam perenggan 8 Perkara IX Konvensyen; atau
- (iii) yang berkenaan dengannya suatu siasatan di bawah perenggan 9 Perkara X Konvensyen telah dimulakan;
- (b) menjalankan pemeriksaan di kemudahan itu dengan cara yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Konvensyen; dan
- (c) memasang, menggunakan dan menyenggara, di mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan mana-mana kemudahan itu alat pengawasan, sistem dan lak dengan cara yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Konvensyen.
(2) Mana-mana Inspektor Antarabangsa hendaklah, apabila diminta oleh tuan punya atau orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan yang hendak diperiksa oleh Inspektor Antarabangsa itu, menunjukkan perakuan kepada orang itu bagi pengesahan identitinya.
(3) Semasa menjalankan pemeriksaan dicabar, seseorang Inspektor Antarabangsa boleh diiringi oleh seorang pemerhati bagi tujuan memberikan kesan kepada perenggan 12 Perkara IX Konvensyen.