Laman ini telah dibaca pruf
36
Undang-undang Malaysia
Akta 641
Kuasa anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan berhubung dengan pemeriksaan oleh Inspektor Antarabangsa
40. (1) Pemeriksaan di bawah seksyen 39 tidak boleh dijalankan melainkan jika Inspektor Antarabangsa itu diiringi oleh seorang anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seorang Inspektor Kebangsaan.
(2) Mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seseorang Inspektor Kebangsaan boleh mengarahkan tuan punya atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan yang sedang diperiksa supaya—
- (a) memberi Inspektor Antarabangsa akses kepada apa-apa kawasan, bekas atau benda di kemudahan yang sedang diperiksa itu dengan cara yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Konvensyen;
- (b) membenarkan Inspektor Antarabangsa memeriksa apa-apa jua di kemudahan yang sedang diperiksa itu;
- (c) membenarkan Inspektor Antarabangsa membuat salinan apa-apa maklumat yang terkandung di dalam rekod, dokumen atau data berkomputer yang disimpan atau digunakan berhubung dengan kemudahan yang sedang diperiksa itu dan membawa keluar salinan itu daripada kemudahan itu;
- (d) membenarkan Inspektor Antarabangsa mengambil gambar apa-apa jua di dalam kemudahan yang sedang diperiksa itu;
- (e) membenarkan Inspektor Antarabangsa menemu bual mana-mana orang di kemudahan yang sedang diperiksa itu; dan
- (f) membenarkan Inspektor Antarabangsa mengambil sampel di dalam kemudahan, pengangkut atau mana-mana tempat lain yang sedang diperiksa, bagi analisis.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi