satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Waran bagi pemeriksaan
41. (1) Jika persetujuan tuan punya atau orang yang bertanggungjawab bagi mana-mana kemudahan untuk memasuki kemudahan itu bagi tujuan yang disebut dalam seksyen 39 tidak diperoleh, mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seseorang Inspektor Kebangsaan boleh memohon suatu waran bagi pihak Inspektor Antarabangsa.
(2) Seseorang Majistret yang kepadanya permohonan bagi mendapatkan waran dibuat di bawah subseksyen ini boleh, jika dia berpuas hati den gan perakuan bersumpah yang diikrarkan oleh mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seseorang Inspektor Kebangsaan bahawa —
- (a) syarat bagi kemasukan yang diperihalkan dalam seksyen 39 telah dipenuhi berkenaan dengan kemudahan itu;
- (b) kemasukan ke kemudahan itu adalah perlu bagi apa-apa tujuan yang berhubungan dengan pentadbiran Akta ini; dan
- (c) kemasukan ke kemudahan itu telah ditolak,
mengeluarkan waran yang membenarkan anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seseorang Inspektor Kebangsaan dan Inspektor Antarabangsa yang dinamakan memasuki kemudahan itu bagi tujuan pemeriksaan yang disebut dalam seksyen 39, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam waran itu.
Menggunakan kekerasan
42. Jika kekerasan diperlukan untuk memasuki mana-mana kemudahan yang dinyatakan dalam waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 41, orang yang melaksanakan waran itu boleh meminta bantuan pegawai polis untuk menggunakan kekerasan yang munasabah dalam hal keadaan itu.