Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/38

Laman ini telah dibaca pruf
38
Undang-undang Malaysia
Akta 641


Bahagian VI
PENGUATKUASAAN

Kuasa penguatkuasaan

43. (1) Seseorang Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam boleh menjalankan semua kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

(2) Tiap-tiap Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam, apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah menyatakan jawatannya dan hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu apa-apa kad kuasa yang telah dikeluarkan kepada Inspektor Kebangsaan atau pegawai itu.

Kuasa penyiasatan

44. (1) Mana-mana Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah terpakai dan Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam hendaklah mempunyai segala kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

45. (1) Sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh