(2) Dalam seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.
Pelucuthakan senjata kimia, dsb.
47. (1) Semua senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
(2) Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dipertuduh melakukan kesalahan di bawah Akta ini boleh pada akhir perbicaraan itu, sama ada orang itu didapati bersalah atau tidak, memerintahkan supaya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita daripada orang itu dimusnahkan.
(3) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3 itu, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer hendaklah diambil dan disifatkan dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).