Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/43

Laman ini telah dibaca pruf
Konvensyen Senjata Kimia
43

dikehendaki atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui.

(2) Jika apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadam hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

(3) Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui siapa pemberi maklumat itu, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.

Bahagian VII
PELBAGAI

Notis bagi pendedahan maklumat

51. (1) Pihak Berkuasa Kebangsaan boleh menghantar notis kepada mana-mana orang yang Pihak Berkuasa Kebangsaan percaya berdasarkan sebab yang munasabah mempunyai maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan penguatkuasaan Akta ini, meminta orang itu memberikan maklumat atau dokumen itu kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan.

(2) Seseorang yang menerima notis yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah memberikan maklumat dan dokumen yang