Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/44

Laman ini telah dibaca pruf
44
Undang-undang Malaysia
Akta 641

diminta kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan dalam bentuk yang ditetapkan dan dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.

(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan.

Maklumat adalah istimewa dan sulit

52. (1) Apa-apa maklumat dan dokumen yang diperoleh menurut Akta ini atau Konvensyen adalah istimewa dan sulit.

(2) Maklumat dan dokumen dalam subseksyen (1) tidak istimewa atau sulit jika ia dikehendaki supaya didedahkan atau disampaikan bagi tujuan kepentingan negara, keselamatan negara atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(3) Tiada seorang pun yang memiliki maklumat atau dokumen istimewa atau sulit boleh secara sedar, tanpa keizinan bertulis orang yang daripadanya ia diperoleh, menyampaikan maklumat atau dokumen itu atau membenarkan maklumat atau dokumen itu disampaikan kepada mana-mana orang, atau membenarkan mana-mana orang mendapat akses ke pada maklumat atau dokumen itu, kecuali—

(a) bagi tujuan penguatkuasaan Akta ini atau memberikan kesan kepada Konvensyen; atau
(b) menurut obligasi Kerajaan Malaysia di bawah Konvensyen.

(4) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun boleh dikehendaki, berkaitan dengan apa-apa prosiding undang-undang, mengemukakan apa-apa pernyataan atau rekod lain yang mengandungi maklumat atau dokumen istimewa atau sulit, atau memberikan keterangan yang berhubungan dengannya, melainkan jika prosiding itu berhubung dengan penguatkuasaan Akta ini.