Laman:Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 (Akta 641).pdf/9

Laman ini telah dibaca pruf
Konvensyen Senjata Kimia
9


“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;

“Inspektor Antarabangsa” ertinya seseorang yang memegang perakuan yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah subseksyen 38(2);

“Inspektor Kebangsaan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 5(1);

“kemudahan” ertinya apa-apa tapak perindustrian yang terdiri daripada mana-mana yang berikut:

(a) apa-apa kerja atau kilang (“tapak loji”) yang merupakan persepaduan setempat satu loji atau lebih berserta mana-mana peringkat pentadbiran pertengahan, yang berada di bawah satu kawalan pengendalian, dan termasuklah infrastruktur lazim, seperti—
(i) pejabat pentadbiran dan pejabat lain;
(ii) kedai membaiki dan penyenggaraan;
(iii) pusat perubatan;
(iv) utiliti;
(v) makmal analisis pusat;
(vi) makmal kajian dan pembangunan;
(vii) kawasan efluen pusat dan rawatan buangan; dan
(viii) kawasan penyimpanan gudang;
(b) apa-apa kemudahan pengeluaran atau bengkel (“loji”) yang merupakan suatu kawasan yang agak lengkap, struktur atau bangunan yang terdiri daripada satu unit atau lebih berserta infrastruktur tambahan dan bersekutu, seperti—
(i) suatu bahagian pentadbiran yang kecil;