Laman ini telah dibaca pruf
56
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—
- (A) dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen pengendali di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen pengendali itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pengendali berlesen itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung; atau
- (B) dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b), (c) atau (d), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen pengendali itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pengendali berlesen itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), kemungkiran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 23(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai suatu kemungkiran yang merupakan bahaya kepada orang awam.
(3) Jika suatu lesen pengendali—
- (a) telah dibatalkan, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pengendali berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
- (b) telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.