dibayar mengikut apa-apa kadar sebagaimana difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh diumpukkan semula di kalangan penerima lain yang berhak bila-bila masa sahaja seorang penerima mati atau tidak lagi berhak mendapat pembayaran itu.
6. (Dipotong oleh Akta A1447).
7. (Dipotong oleh Akta A568).
Pencen, dsb., terendah sekali bagi perkhidmatan penuh
8. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tetapi tertakluk kepada subseksyen 3(1), jika apa-apa pencen atau faedah lain yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini atau yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini adalah dihitung berdasarkan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada dua puluh lima tahun —
- (a) amaun pencen atau pencen terbitan terendah sekali yang kena dibayar selepas penyelarasan tidaklah boleh kurang daripada seratus lapan puluh ringgit sebulan;
- (b) amaun elaun persaraan atau elaun persaraan terbitan terendah sekali yang kena dibayar selepas penyelarasan tidaklah boleh kurang daripada tiga perempat daripada seratus lapan puluh ringgit sebulan.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta menambah amaun pencen atau faedah lain yang terendah sekali yang kena dibayar menurut seksyen ini.
9. (Dipotong oleh Akta A1447).