Laman:Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).pdf/7

Laman ini telah dibaca pruf
Penyelarasan Pencen
7

anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf pegawai itu; dan

(ii) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
(b) iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri;

“elaun persaraan” termasuklah elaun tahunan yang dibayar atau kena dibayar kepada seseorang pegawai, dalam persaraan dalam jawatan tidak berpencen;

“gaji yang akhir diterima” ertinya —

(a) gaji hakiki bulanan yang akhir diterima sebenarnya oleh pegawai sebelum kematian atau persaraannya; atau
(b) jika adalah bagi faedahnya dalam hal seorang pegawai yang mati atau bersara sebelum disahkan dalam lantikan kedua atau kemudiannya yang dipegangnya pada masa kematian atau persaraan itu, gaji hakiki bulanan yang akhir diterima bagi jawatan terakhir dalam mana dia telah disahkan sebelum kematian atau persaraannya, termasuk apa-apa kenaikan gaji isyarat yang dia tetap berhak dapat, mengikut prinsip perkhidmatan yang terpakai bagi kesnya, kiranya dia telah kembali ke lantikan yang terakhir itu; atau
(c) dalam hal seorang yang mana sebahagian dari perkhidmatannya di mana-mana wilayah yang menjadikan Malaysia yang Kerajaan Persekutuan adalah bertanggungjawab atas pembayaran pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis, gaji