Laman ini telah dibaca pruf
Penyelarasan Pencen
9
mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini, atau yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“perkhidmatan awam” ertinya—
- (a) perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
- (b) perkhidmatan awam am bagi Persekutuan;
- (c) pasukan polis;
- (d) perkhidmatan keretapi;
- (e) perkhidmatan pelajaran;
- (f) perkhidmatan awam bersama yang tersebut dalam Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan;
- (g) perkhidmatan awam bagi tiap-tiap satu Negeri;
- (h) Perkhidmatan Parlimen yang tersebut dalam [1]Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394]; dan
- (i) mana-mana perkhidmatan lain yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah dalam Warta sebagai perkhidmatan awam bagi maksud Akta ini;
“perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya apa-apa perkhidmatan seseorang pegawai di Malaysia atau dalam mana-mana wilayah yang sekarang ini menjadi sebahagian dari Malaysia yang telah digunakan dalam menghitung pencen atau faedah lain bagi pegawai itu apabila ia bersara atau bagi tanggungannya apabila ia mati;
- ↑ CATATAN—Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394] telah dimansuhkan oleh perenggan 7(d) Akta A837— lihat juga seksyen 7 untuk kedudukan ahli Pekhidmat Parlimen.