- (e) binatang yang dihargai oleh kerana sifatnya yang digemari;
“bungkusan” ertinya apa-apa benda yang dalamnya atau dengannya sesuatu racun makhluk perosak atau apa-apa makanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dikandungkan, dibalut, ditutup atau diisikan;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau peraturanperaturan;
“kaedah-kaedah” dan “peraturan-peraturan” ertinya kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“label” ertinya apa-apa benda bertulis, bercetak atau bergrafik—
- (a) yang dipasang, dilekatkan atau dicetak timbul, sama ada secara langsung atau selainnya, pada bungkusan suatu racun makhluk perosak; atau
- (b) yang menyertai suatu racun makhluk perosak;
“Lembaga” ertinya Lembaga Racun Makhluk Perosak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“makanan” termasuklah tiap-tiap bahan yang dijadikan makanan atau minuman oleh manusia atau yang termasuk dalam komposisi atau penyediaan bahan itu atau digunakan pada mengomposisikan atau menyediakan bahan itu, dan juga termasuklah benda dan rempah perasa, tetapi tidak termasuk sesuatu bahan atau campuran bahan yang digunakan oleh manusia sebagai suatu ubat;
“makanan yang tercemar” ertinya makanan yang dalamnya ada suatu racun makhluk perosak, atau suatu kuantiti, kadar, kekuatan, atau kepekatan suatu racun makhluk perosak, yang melanggar peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 21; dan suatu sebutan mengenai penggunaan atau adanya racun makhluk perosak dalam makanan termasuklah suatu sebutan mengenai penggunaannya atau adanya racun makhluk perosak itu pada makanan;