Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/12

Laman ini telah dibaca pruf
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 149


“makhluk perosak” termasuklah bakteria, virus, kulat, rumpai, serangga, roden, burung, atau apa-apa tumbuh-tumbuhan atau binatang lain yang memudaratkan atau menyerang binatang, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau harta;

“mempek” ertinya memasukkan ke dalam sesuatu bungkusan;

“mengilang” berhubung dengan sesuatu racun makhluk perosak ertinya menyediakan, menyebatikan, merumuskan, mencampurkan, membuat, mempek, mempek semula, melabelkan, atau selainnya mengawetkan racun makhluk perosak itu dengan tujuan untuk menjualnya, tetapi tidak termasuk menjalankan sesuatu penyelidikan atau percubaan bona fide yang berhubungan dengan sesuatu racun makhluk perosak atau melakukan sesuatu perbuatan atau perkara yang menjadi sebahagian daripada atau bersampingan dengan penyelidikan atau percubaan itu;

“menjual” termasuklah menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, atau memiliki untuk jualan, apa-apa racun makhluk perosak, atau menawarkan untuk upah apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan racun makhluk perosak;

“Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak” ertinya seseorang Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak yang dilantik di bawah seksyen 16;

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya—

(a) Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak; atau
(b) pegawai awam yang ditetapkan sebagai pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta;

“perawis aktif” ertinya sesuatu perawis, sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, yang mempunyai sifat racun makhluk perosak dan yang memberikan sifat racun makhluk perosak kepada sesuatu bahan, benda, persediaan atau campuran, dan perawis