Laman ini telah dibaca pruf
- (e) racun makhluk perosak itu dikilang oleh seorang pengilang selain pengilang racun makhluk perosak yang satu lagi itu; atau
- (f) racun makhluk perosak itu adalah berlainan pada kualiti, jenis, sifat, atau kemujarabannya daripada racun makhluk perosak yang satu lagi itu.
(3) Bagi maksud Akta ini, sesuatu racun makhluk perosak hendaklah disifatkan sebagai salah jenama jika—
- (a) labelnya itu mengandungi suatu pernyataan, reka bentuk atau grafik yang berhubungan dengan racun makhluk perosak itu yang adalah palsu atau mengelirukan pada apa-apa butir matan, atau jika bungkusannya adalah selainnya memperdayakan berkenaan dengan kandungan bungkusan itu;
- (b) ia merupakan suatu tiruan, atau dijual bawah nama, suatu racun makhluk perosak lain;
- (c) labelnya tidak mengandungi apa-apa amaran atau ingatan yang perlu dan, jika dipatuhi, memadai bagi mengelakkan risiko kepada manusia atau binatang;
- (d) apa-apa perkataan, pernyataan, maklumat atau perkara lain yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan supaya ditunjukkan atas labelnya tidak sedikit pun ditunjukkan atasnya atau tidak ditunjukkan mengikut cara yang ditetapkan;
- (e) ia tidak dipekkan atau dilabelkan mengikut cara yang ditetapkan;
- (f) ia mempunyai suatu keracunan yang berlainan daripada keracunan yang dikatakan ia mempunyainya;
- (g) ia dicampurkan atau dipekkan dengan sesuatu bahan