Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/18

Laman ini telah dibaca pruf
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 149


(b) nama dan kepekatan tiap-tiap perawis lain racun makhluk perosak itu;
(c) maklumat lengkap mengenai keracunan tiap-tiap perawis racun makhluk perosak itu dan keracunan racun makhluk perosak itu keseluruhannya;
(d) semua perkara yang dicadangkan untuk dimasukkan pada label racun makhluk perosak itu, termasuklah arahan, dan langkah-langkah bagi mengelakkan kemalangan yang hendaklah diambil berkaitan dengan, penggunaannya, apa-apa yang dikatakan dipunyai olehnya dan kelas racun makhluk perosak yang dicadangkan;
(e) suatu pernyataan mengenai, atau suatu contoh, bungkusan yang dicadangkan bagi racun makhluk perosak itu;
(f) laporan mengenai kemujaraban dan keselamatan racun makluk perosak itu;
(g) suatu pernyataan mengenai cara-cara mencerakinkan racun makhluk perosak itu dan mengenai kewibawaan atau punca maklumat yang dijadikan asas bagi pernyataan itu;
(h) suatu pernyataan mengenai cara menentukan baki racun makhluk perosak itu pada tumbuh-tumbuhan atau tanamtanaman yang padanya racun makhluk perosak itu dicadangkan hendak digunakan;
(i) alamat tempat perniagaan pemohon itu dan alamat tempat pemohon itu bercadang hendak menyimpan racun makhluk perosak itu;
(j) jika dia seorang pengilang, nama dan alamat kilang, bangunan, atau premis yang pemohon itu bercadang hendak mengilang racun makhluk perosak itu dan suatu