Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/20

Laman ini telah dibaca pruf
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 149

pendaftaran yang ditetapkan, mendaftarkan racun makhluk perosak yang kepadanya permohonan itu berkaitan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan, menyatakan kelas racun makhluk perosak itu, memberikan suatu nombor pendaftaran kepada racun makhluk perosak itu, dan mengeluarkan kepada pemohon itu suatu perakuan pendaftaran racun makhluk perosak itu, jika Lembaga berpuas hati bahawa—

(a) semua perkara yang terkandung dalam permohonan itu dan yang disertakan bersamanya adalah benar pada semua butir material;
(b) perkara yang dicadangkan untuk dimasukkan pada label racun makhluk perosak itu, dan bungkusan yang dicadangkan bagi racun makhluk perosak itu, adalah mematuhi kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang berhubungan dengan pelabelan dan pembungkusan atau, jika tidak ada kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan itu pada masa ini, mematuhi dasar Lembaga yang berhubungan dengannya; dan
(c) racun makhluk perosak itu, jika digunakan atau dikendalikan mengikut arahan yang dimasukkan pada labelnya yang dicadangkan, adalah mujarab dan adalah—
(i) selamat kepada manusia dan binatang; atau
(ii) menjadi suatu risiko kepada manusia dan binatang pada suatu takat atau darjah minimum yang amat sedikit jika dibandingkan dengan betapa perlu atau berfaedahnya racun makhluk perosak itu digunakan.

(2) Jika Lembaga tidak berpuas hati dengan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1), ia tidak boleh mendaftarkan racun makhluk perosak itu.

(3) Jika sesuatu penentuan standard berkenaan dengan racun