Laman:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/41

Laman ini telah dibaca pruf
Universiti dan Kolej Universiti
41


(iii) sesuatu pemerintah berdaulat;
(iv) sesuatu suruhanjaya; dan
(v) sesuatu badan atau pihak berkuasa awam;
(g) memperoleh syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) melalui langganan asal, tender, pembelian, pindah hakmilik, pertukaran atau selainnya;
(h) menjalankan dan pada amnya menguatkuasakan segala hak dan kuasa yang diberikan melalui atau bersampingan dengan pemunyaan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) dan khususnya untuk menjual, memindahkan hakmilik, menukarkan atau selainnya melupuskan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti itu; dan
(i) membeli, memajak atau menyewa atau selainnya memperoleh dan melabur dalam apa-apa harta tanah dan harta diri yang difikirkan perlu atau sesuai bagi mana-mana maksud Universiti.

(2) Seksyen 4B hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(c).


Peruntukan yang berhubungan dengan perbadanan


4B. (1) Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh tertubuhnya mana-mana perbadanan di bawah perenggan 4A(1)(c), menetapkan melalui peraturan-peraturan—

(a) maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;
(b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
(c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan
(d) hubungan antara perbadanan itu dengan Universiti dan hak kawalan oleh Lembaga ke atas perbadanan itu.

(2) Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu dibuat di bawah Perlembagaan ini.

(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat berkenaan dengan manamana perbadanan di bawah subseksyen (1).