Laman:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/11

Laman ini telah dibaca pruf

negara sekelian “pembolotan (monopoli²) asing” (perniagaan yang di-modalkan oleh orang asing). Sa-lanjut-nya ia mengeshorkan bahawa untok mengisi tempat yang di-kosongkan oleh, pembolotan asing itu maka negeri² yang berkenaan hendak-lah berpaling kapada negeri² Komunis untok mendapatkan bantuan ekonomi.

19. Maka akan di-boktikan kelak bagaimana dalam usaha menggalakkan tujuan² faham Komunis antara bangsa itu, sumbangan² ada di-beri oleh Parti Komunis luar negeri kapada perjuangan Komunis di-Persekutuan Tanah Tanah Melayu. Mithal-nya Parti Komunis British ada peranan yang di-ambil-nya dengan kerana kedudokan Britain bersama² dalam lengkongan Commonwealth ia-itu dengan menjemput Parti Komunis Malaya untok menyertai persidangan² Komunis Commonwealth dan sa-terus-nya dengan memberikan penyiaran dan sokongan kapada dasar Parti Komunis Malaya.

20. Sa-lain dari itu di‘ayah Komunis dari puncha² di-India Selatan dan Indonesia telah masok ka-Malaya tetapi pengaroh yang besar sa-kali dalam hal ini datang-nya dari Parti Komunis Negeri China. Perkara ini akan lebeh jelas lagi kelihatan dari bahagian² yang berikut dalam kertas ini.

PENGAROH PARTI KOMUNIS NEGERI CHINA

21. Dalam masa tiga puloh tahun yang lalu Parti Komunis China telah bergiat menyemaikan beneh² di‘ayah Komunis di-Tenggara Asia. Semenjak Tanah Besar China di-perentah oleh Parti itu pada tahun 1949 maka kedudokan-nya telah bertambah mustahak menjadi yang kedua mustahak-nya daripada Parti Komunis Soviet Union ia-itu dalam usaha mengembangkan faham Komunis di-seluroh dunia. Parti itu sekarang ia-lah kuasa terbesar, sunggoh pun bukan kuasa yang tunggal di-Asia Timor, bagi usaha mengembangkan faham Komunis serta lunas² dasar antara bangsa bagi Parti yang sedang berjalan pada masa ini, dan juga memberi nasehat² untok kepentingan bersama dan sumbangan fikiran serta pimpinan kapada Parti Komunis yang lain.

9